ZUK atau ZAUK
APA ITU ZUK atau ZAUK ?
Saya ambil contoh : 3 hari lepas, seorang kawan bertanya saya.. doc, malam tadi saya solat dengan konsentrasi. Ketika itu saya rasa yg Allah tersangat hampir, dan saya rasa sangat takut kpd Nya.
Dia minta saya terangkan.
Inilah contoh zuk / zauk, iaitu perasaan yg Allah campakkan ke dalam hati kita. Jika ia hanya sekali sekala, ia dipanggil hal. Tetapi kalau berpanjangan, ia dipanggil maqam... maqam takut kpd Allah
Mari kita baca ayat 12 surah al Mulk :
إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ
Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.
Jika kita benar2 takut kpd Allah, mudah-mudahan Allah akan ampunkan semua dosa kita dan memberi kurnia yg besar... apakah kurnia yg besar itu ?
Yang ke 2 , jika hati sudah benar2 takut kpd Allah, mudah-mudahan Allah akan jauhkan kita dari segala macam kejahatan... amiin.
Comments
Post a Comment