AN NISA' : 79 ...KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
Assalamualaikum
An-Nisa' : 79
مَّآ أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ وَمَآ أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ ۚ وَأَرْسَلْنٰكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا ۚ وَكَفٰى بِاللَّهِ شَهِيدًا
Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.
Allah dengan sifat Pemurah dan Pengasihnya sentiasa mahu memberi kebaikan kpd manusia. Walaupun apa yg menimpa manusia spt sakit dan kemiskinan kelihatan buruk, tetapi jika ia merupakan takdir dari Allah yg bertujuan untuk mengujinya dan memberi ganjaran kpdnya, maka semua itu adalah baik..
Tetapi jika keburukan itu datang kerana kesalahan manusia sendiri spt menum arak menyebabkan kerosakan hati dan otak... maka keburukan tersebut adalah kerana kesalahan manusia sendiri.
Ada juga kemiskinan yg disebabkan oleh kesalahan manusia. Contohnya, apabila berlaku rasuah, pilih kasih dalam memberi, hak2 orang miskin dan fakir tidak diberikan, ketirisan wang negara/baitulmal, tanggung jawab tidak diserahkan kpd yg layak memegangnya, rakyat yg tidak layak saling berebut jawatan, amalan politik jahat jadi kebiasaan ... semua ini boleh menjejaskan ekonomI negara dan rakyat.
Allah telah menetapkan pembahagian harta warisan secara adil, menyerahkan tanggung jawab ekonomi kpd lelaki lbh dari kepada wanita, kewajiban berlaku ihsan sesama manusia, melarang membolot harta, melarang menyorok/melonggok barang keperluan dgn bertujuan manipulasi harga. Jika ini dilanggar, akibatnya adalah kerana kesalahan manusia sendiri
Amalan ihsan di dalam ekonomi adalah ganti kpd amalan riba. Bantu2 membantu adalah pengganti kpd sikap tamak dan mahu membolot untuk sendiri. Amanah hendaklah menggantikan sikap khianat mengambil hak awam. Berpada2 dengan mengambil secara berpatutan, bukannya rakus merebut harta secara berlebihan tanpa kewajaran ...
Semua ini mustahil akan dapat dijadikan amalan jika hati sudah mati, hitam, keras dan kotor. Ia juga adalah mustahil jika penyucian diri tidak menjadi teras dlm pendidikan.
Asah, asah, asah ...
Apa yg diasah ?
Yang diasah hanya otak fikir yg di dalam tengkorak. Jika hati sudah kotor, dan hawa nafsu bermaharaja lela, otak yg cerdas akan hanya menjadi alat untuk mengusai harta sebanyak mungkin tak kira apa hukumnya di sisi Allah.
Biarpun dirinya sudah dilanda penyakit2 kronik, harta tetap menjadi matlamat untuk kesenangan anak cucunya.
Tetapi bila nyawa sudah sampai ke kerongkongan, pintu taubat sudah ditutup, dan rumah yg kekal sudah terpampang samaada di syurga atau di neraka... ketika itu barulah timbul penyesalan.
Allah sudah janjikan keuntungan dan kejayaan bagi siapa yg mahu MENYUCIKAN DIRINYA.
Itu adalah janji Allah...
Dan Allah sudah janjikan KERUGIAN bagi yg mengotorinya. Ini juga adalah janjiNya.
Menangislah selagi menangis itu berfaedah. Tetapi, jangan menangis lagi setelah perahu itu tak dapat diundurkan lagi...
Comments
Post a Comment