TADABBUR AL QUR'AN

Lama juga saya renungkan ayat di bawah ini...  jika kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka , maka bagaimana boleh  terjadi kebinasaan langit dan bumi ?

Al-Mu'minun : 71

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَآءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمٰوٰتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنٰهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ

Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.

Memikir-mikirkan, mencari kefahaman dan berusaha menghadamkan maksud ayat2 al Qur'an inilah yg saya dapat fahami dari apa yg dimaksudka  oleh perkataan TADABBUR.. Al-Mu'minun : 68

أَفَلَمْ يَدَّبَّرُوا الْقَوْلَ أَمْ جَآءَهُم مَّا لَمْ يَأْتِ ءَابَآءَهُمُ الْأَوَّلِينَ

Maka apakah mereka tidak memperhatikan (yadabbaru) perkataan (Kami), atau apakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka dahulu?

Ayat2 al Qur'an patut direnungi dan difikirkan. Ia bukan perkataan manusia. Isinya sangat mendalam... Dengan tadabbur al Qur'an in syaa Allah kita akan menjadi orang yg faqihhu fiddeen, ia itu orang yg mempunyai kefahaman yg mendalam tentang agama.

Sudah tentu kita kena ada ilmu2 lain untuk mampu tadabbur. Tapi.. dengan merenung lebih bersungguh-sungguh, in syaa Allah sudah mencukupi untuk kita mendapat kefahaman,  kerana al Qur'an itu Allah datangkan sebagai ayat2 yg mudah difahami.

HAWA NAFSU YG MASIH KAFIR

Apa yg dimahukan oleh HAWA NAFSU hanyalah kepuasan.

Hawa nafsu hanya mahu ia dipuaskan hingga hawa nafsu menjadi  GEMUK ....

Hawa nafsu tidak hiraukan kebaikan masa depan. Yang lebih penting ialah dia mahu puas.

Hawa nafsu yang KAFIR tidak pentingkan siapa itu RABB atau TUHAN PENCIPTA DAN PENGATUR ALAM. 

Untuk mendapat kepuasan, kekayaan dll... hawa nafsu YANG KAFIR akan sanggup menyembah SYAITAN, HARTA dan TUHAN2 YANG BATIL.

HAWA NAFSU YG KAFIR  tidak hiraukan KETUHANAN YANG ESA atau KEADILAN SEJAGAT.

Ia juga tidak hiraukan hari kebangkitan semula dan hari ditegakkan keadilan. 

Tuhan hawa nafsu yang KAFIR hanyalah KEPUASAN dan KESERONOKAN ....

Hawa nafsu yg kafir berkata : TIDAK ADA KEBENARAN. Yang ada ialah apa2 yg dapat memuaskan KEINGINANKU.

Sebab itu kita dapat lihat bagaimana orang2 kafir menyembah syaitan di tempat2 sembahyang mereka. Apa yg mereka mahu dari penyembahan itu ?  Yang mereka mahu bukanlah akhirat atau membesarkan Rabb yg sebenar, tetapi hanyalah kepuasan HAWA NAFSU.

Jikalau benarlah TUHAN2 ITU ADA BANYAK SEBAGAIMANA YG HAWA NAFSU KAFIR MAHUKAN... tentulah akan binasa langit, bumi dan seisinya sekali.

Bagaimana tidak binasa ?   Bila TUHAN2 sudah banyak, masing2 tuhan mengikut kehendak hawa nafsu setiap penyembahnya, maka akan hancurlah alam ini.

BERPERANGLAH TUHAN2 ITU.

Katakanlah PERAK ada perlawanan dengan PAHANG..  penyokong  PERAK  melakukan sembahyang untuk menang..minta TUHANNYA menangkan pasukan mereka.

Penyokong PAHANG juga sembahyang.. minta TUHANNYA menangkan mereka.

Yg disembah oleh pasukan PERAK dan PAHANG itu pula adalah tuhan2 yg berbeza...

Maka, masing2 tuhan akan mahukan kemenangan untuk pasukan yg menyembahnya. Berperanglah tuhan2 itu...

Tetapi kerana Perak dan Pahang menyembah Rabb yg ESA.. Rabb kita gilirkan kemenangan.

Mana pasukan yg bersusaha bersungguh2 dan menyediakan kekuatan yg lbh baik akan diberikan kemenangan.  Dia tersangat adil... dan tidak ikut hawa nafsu penyembah2 Nya.

Ada juga HAWA NAFSU KAFIR yg tidak mahu RABB PENJAGA ALAM ITU WUJUD.

Ia mahu agar Rabb itu tidak wujud sbb bagi hawa nafsu kafir, kewujudan Rabb hanya menyusahkannya sebab ada banyak peraturan yg kena dipatuhi.

Apa akan jadi jika RABB penjaga alam ini tidak wujud ? 

Semua yg wujud di alam ini akan musnah, kerana kewujudan alam ini sangat bergantung kpd KEKUASAAN DAN PENJAGAAN ALLAH. 

Dari mana datangnya kekuatan matahari, bumi dan semua bintang dan planet beredar kalau buka  dari kekuatanya ?

Begituu juga setiap pergerakan, pernafasan, denyutan jantung, fungsi saraf... malah segala2nya mendapat kekuatan dari Allah, kerana LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH .

Tidak ada daya dan upaya melainkan pada Allah atau kepunyaanNya.

Setiap sel, molikul dan atom mampu kekal sebagaimana adanya kerana ia mendapat kekuatan dari Allah. Tanpa kekuatan itu, semua atom akan musnah.

Jika atom sudah musnah... bagaimana alam ini akan mampu kekal wujud ? 

Itulah ;  Allah adalah al QOYYUM .. yg menjadi pergantungan makhluk.

Jika tempat pergantungan itu TIDAK WUJUD, semuanya akan musnah.

KITA PERLUKAN ALLAH UNTUK TERUS WUJUD.

Penyokong Melaka ke faham, bahawa mereka hanya berusaha. Baiki pasukan... kalau belum cukup baik,  RABB tak akan bagi kemenangan, in syaa Allah

Ada buku terbaru : Maslahah negara dlm konteks Malaysia, ikut pemikiran al Ghazali. harga RM110  , di TV

Al Ghazali terkenal sebagai prof yg telah rasionalkan tasauf dl kehidupan bersyari'at.

Dia juga mahir dalam falsafah.

Masaalahnya ialah, wujudnya riwayat2 yg tidak sahih di dalam kitab2nya, termasuk kitab ihya ulumuddin.  Saya ada beli kitab ihya itu, tapi tak habis baca.

Almarhum guru saya pula tak ada simpan kitab atau mengarang kitab.. itu yg ganjilnya.

Beliau hanya terus menerus mengingat Allah segingga bermimpi pun mimpi ingat Allah. Katanya, ia adalah hasil dari latihan yg sangat banyak

Tetapi orang2 yg bersungguh2 belajar dengan almarhum guru saya itu, kehidupan mereka banyak berubah.

Kalau sebelumnya, mereka menumpukan kpd DIRI LUARAN, setelah belajar, mereka lbh menumpukan kpd DIRI DALAMAN.

Hasilnya ialah orang2 yg rindu untuk pertemuan dengan Rabb

Segala amalan dan pahala2 yg dikutip.. semuanya dibelanjakan untuk mendapat pertemuan.  Al-Insyiqaq : 6

يٰٓأَيُّهَا الْإِنسٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلٰى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلٰقِيهِ

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.

Almarhum guru sangat menekankan tentang SOLAT YG TIDAK PUTUS INGATAN KPD ALLAH.

Baginya, inilah di antara perkara yg sangat penting dlm hidup ini... iaitu PENYEMBAHAN. 

Siapa yg kita ingat di dalam solat, maka itulah yg kita sembah (secara filosofi) .

Elakkan diri dari hanya menjadi pembaca2 kitab, tetapi tidak amalkannya.

Kitab kata :  KHUSUKLAH dlm SOLAT.  Ikhlaslah kpd Allah..

Kita baca semua ini. Banyak kitab di rumah kita,  TETAPI  tetap bukan Allah yg kita ingat di dalam solat. Di luar solat pun kita habiskan ingat kpd yg lain.. sikit sangat ingatan kita kpd Allah.

Kalau begitu, kata al marhum guru ... kita jadi KALDAI PEMBAWA KITAB.

Kita hanya mampu baca, tapi tak mampu amalkan.

Comments

Popular Posts