BELAJAR ZIKIR SIR

Zikir hati itu dilakukan di mana2 dan pada semua ketika. Ketika zikir mulut terhalang oleh keuzuran dll, zikir hati tetap berjalan... tidak berhuruf dan bersuara

ZIKRULLAH ADALAH AMALAN PALING BAIK

1 ) Sabda Rasulullah S.A.W :“ Sukakah kamu akan diberitahu sebaik-baik amalan kamu dan sebersih2nya di sisi Tuhan kamu, paling tinggi darjat kamu, lebih baik dari mendermakan emas dan perak, lebih baik dari kamu menetak leher musuh dan mereka menetak leher kamu ? Para sahabat menjawab : Bahkan .  Baginda bersabda:   Zikrullah.    ( HR Tarmizi dan Ibn Majah )

2 )  Sabda Rasulullah SAW:   “Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka,   dan mereka juga memotong leher kamu!”   Kemudian sekalian sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?” Baginda SAW menjawab: “Zikir kepada kepada Allah.”    (Hadis riwayat Al- Baihaqi )

3 )   Telah mendahuluilah  orang-orang “Mufarridun”, Sahabat bertanya: Siapakah Mufarridun itu ya Rasulullah? Nabi menjawab: Orang-orang yang banyak ingat Allah, laki-laki, maupun perempuan (H.R. Muslim – Shahih Muslim II hal 467, & 1100 Hadits Terpilih/Qobasum Min Nuri Muhammad SAW hal 80 ) .

Zikir hati yg paling baik ialah HHDA = hubungan hati dengan Allah. Hubungan ini tiada huruf dan tiada suara. Ia adalah hubungan rasa dari hati yg paling dalam, di tengah dada, kpd DIA yg Maha Tinggi...

Hubungan ini berterusan, tiada hentinya, walaupun ketika kita tidur, bekerja atau dlm sebarang situasi keuzuran.

Ia tidak dapat dilihat secara zahir, tetapi sangat jelas pada pandangan orang yg mampu melihat secara batin. Ia bagaikan cahaya yg sangat terang, bersinar, memancar.. bagaikan cahaya laser menuju ke ufuk yg sangat tinggi.

Ia adalah hubungan rasa, tepat ke arah yg dituju...ia tidak menggunakan huruf, bacaan atau suara. Inilah zikir sir iaitu zikir yg sangat rahsia.

Ia sangat berkesan untuk membersihkan hati dari kotoran yg telah gagal di cuci selama ini. Menjadikan hati kita jadi hidup kembali, lembut, bersih lagi sucI berseri.

Di dalam surah al Hadid : 16  ada difirmankan yg bermaksud : Belum sampaikan waktunya untuk orang yg beriman hatinya khusuk ingat Allah ... ?

Begitulah kehendak Allah agar hati kita selalu khusuk ingat kpd Nya. Itulah yg dikatakan zikir hati, atau zikir rahsia, atau zikir batin.

Zikir ini dilakukan dengan rasa, tanpa huruf, tanpa suara, tetapi dapat dihayati kewujudannya dan dapat dilihat kesannya pada diri yg melakukannya.

Ia juga dapat dilihat dengan pandangan batin orang yg mempelajarinya, dan dapat dikesan dgn ilmu rasa oleh orang orang yg menguasainya.

Setelah zikir yg paling batin ini dilatih hingga benar2 mantap, barulah hati dilatih dgn menumpukan bacaan2 di hati. Setiap kali rasa merosot.. berhentilah membaca, dan tumpukan kembali kpd rasa. Bila sudah pulih, baca kembali dengan menyatukannya bacaan dengan rasa... jalan sekali.

Kekuatan rasa hendaklah lbh mantap berbanding dengan bacaan.

Dengan itu hati akan terus ingat Allah tanpa mudah kelupaan... itulah yg disebut HHDA .. hubungan hati dengan Allah.

Bukannya HMAA / hati menyebut asma Allah. Hati menyebut asma Allah itu dilakukan pada step kedua.. setelah HHDA  cukup mantap. 

Ini terus menerus di latih kecuali ketika mendirikan solat, kerana sebahagian dari bacaan2 di dalam solat spt alfatihah adalah rukun qauli.

Masaalah pada sesetengah sahabat saya ialah dia sukar untuk menumpukan kpd rasa di hati kerana asyik kembali kpd tumpuan di fikiran.

Ia adalah natijah dari latihan selama berpuluh2 tahun untuk membentuk otak fikir yg sangat powerful... hingga otak itu bagaikan mendidih dan tidak mampu bertenang.

Hingga apabila otaknya mendidih , ia terasa sangat enak. Itu jugalah yg dirasai oleh pemain2 dam aji, pemain2 chess dan orang2 yg tidak habis2 berbincang dan berdebat.

Akhirnya, ketika dia mendirikan solat pun, biji2 chess, dam dan debat yg terus bermain di otak dan hatinya.

Padahal ketika Rasulullah saw dan sahabat2 baginda sedang duduk2 di pinggir jalan di Madinah... dan sahabat2 meinta baginda saw nercerita kisah2 ummat di zaman purba, tiba2 turun ayat 16 surah al Hadid : Belum sampaikan ketikanya untuk orang yg telah percaya, agar khusuk hati mereka ingat kpd Allah ... ?

Berkata seorang sahabi.. belum pun lama kami percaya (masuk Islam)  sudah datang teguran ini ...

Untuk sahabat2 yg sukar memahami atau melakukan zikir rasa yg merupakan rahsia di hati ini, datanglah ke sini. In syaa Allah saya sedia untuk menjelaskan lbh lanjut

Menurut 1 riwayat ada disebutkan: Kelebihan Abu Bakar bukanlah pada solat dan puasa, tetapi pada rahsia yg di dalam dada.

Janganlah datang hanya di majlis2 yg di adakan kerana ketika majlis2 tersebut ada ramai tetamu, dan sukar untuk kita berkomunikasi panjang. Datanglah sendirian atau berdua... datang dengan membawa hati dan minda yg telah dikosongkan.

Jangan takut atau segan dengan saya, kerana sikap yg macam itu tak akan membawa kita ke mana2.. dan akan hanya menyusahkan kita di kemudian hari..

Cuba lihat kembali kpd sirah perjuangan Salman al Farisi dan Abu Zar al Ghifari...mereka keluar mencari kebenaran

Kerana ada 3 perkara yg sangat penting di dalam hidup ini ini

Kebenaran

Kesabaran

Keikhlasan

Jika kita ada ke tiga2 perkara ini, in syaa Allah kita akan selamat

Anda tentunya suka jika dapat jadi orang yg pakar didalam sesuatu perkara, atau professor. Di negara Mesir, professor dipanggil dgn gelaran ustaz.

Ada banyak jalan atau qaedah untuk menjadi seorang pakar di dalam ilmu kerohanian.

Jalan2 tersebut berbeza2 kerana bakat manusia adalah berbeza.

Jika jalan atau uslub yg dilaluinya sesuai dengan bakatnya, in syaa Allah dia akan lbh mudah menjalaninya dan lbh cepat berjaya... menjadi pakar.

Begitulah maksud kata guru saya apabila dia berkata : Begitulah ..aku ajar engkau beberapa cara yg berlainan, supaya dapat engkau sesuaikan dgn orang yg kau ajar

Comments

  1. Maa Syaa Allah Tabarakallah mohon share Jzkk atas perkongsian ilmu moga diterima sebagai amal soleh In Syaa Allah Aamiin Allahumma Aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts