RASA

RASA

Seringkali kita dengar perkataan ini dlm dunia tasauf , tetapi apakah maksudnya ?  Ia ada dua maksud iaitu

1 ) Rasa yg kita gunakan sebagai alat untuk berkonsentrasi .
Rasa ini adalah salah satu dari pecahan 5 pancaindera batin iaitu melihat , mendengar , bau , sentuhan dan rasa .Indera rasa itulah yg digunakan untuk membuat penumpuan ketengah dada dan rasa bergerak naik kembali kepadaNya, yg disebut mikraj .
Dalam ilmu epistemology, ada 2 sumber pengetahuan iaitu  pertama reasoning dan keduanya pancaindera
Rasa ialah alat yg paling awal dan paling penting dalam perjalanan kerohanian isra dan mikraj. Rasa juga adalah sumber ilmu yg bermaksud, dengan menggunakan indera rasa, kita akan mendapat ilmu dan pengalaman . Hakikatnya, banyak  ilmu yg kita dapat di dunia ini datangnya dari capaian indera rasa. Bahkan ilmu yg dicerap oleh bayi yg masih berada di dalam rahim ibu itu, adalah permulaan penggunaan indera rasa sebagai sumber ilmu. Bayi itu mengetahui dan mengenali keadaan sekitarannya dengan indera rasa.
((  Sebahagian aliran tasauf tidak menggunakan ilmu rasa ini tetapi mereka gunakan zikir bacaan atau sebutan . Penggunaan nafas yg turun naik pula dijadikan alat untuk membantu mendisiplinkan zikir tersebut . Mereka mahu mencuci 7 latifah di dalam tubuh yg menjadi punca sifat2 buruk , mengharapkan untuk mendapat zauq atau ketinggian maqam rasa , dan keyakinan iman yg disebut ilmu hakikat dan makrifat . Dengan qaedah2 zikir mereka juga berusaha menghayati hakikat kesucian dan kebesaran Allah swt . Aliran zikir ini ada bermacam2 cabangnya dan juga bermacam2 teorinya. Ada yg mendekat kpd Allah dan ada pula yg berusaha mendekat kepada Nabi Muhammad saw )).
(( Kumpulan lain pula tertumpu kepada melatih istiqomahkan tasawwur hakikat yg mereka selalu bincangkan dan yakini . Sebagai contohnya ialah keyakinan kpd hakikat bhwa apa yg berlaku semua ni adalah perbuatan atau af'al Allah swt . Maka mereka cubalah hayati ini dengan sepenuh keyakinan pada sepanjang masa agar keyakinan ini menjadi maqam yg mantap . Mereka kata hakikat adalah setinggi2 ilmu , dan itulah yg kita ingin capai dari proses tasauf atau tazkiyyah )).

2 ) Rasa yg dikatakan sebagai zauq .
Zauq adalah rasa yg diberikan Allah swt kpd hamba2Nya . Secara mudahnya bolehlah  diceritakan begini:
Zauq yg awal adalah perasaan yg mendorong seseorang itu bertaubat kpd Allah swt , disertai penyesalan yg teramat sangat atas segala ketelanjurannya dan keinginannya untuk membersihkan diri dgn mendekatkan dirinya sedekat2nya kpd Allah swt . Ketika bersendirian mungkin dia akan menitiskan air mata penyesalan , teringatkan maksiat2 yg besar dan kecil kpd Allah swt , kesedarannya bhwa dia telah begitu banyak membuang waktu hidupnya , terasa serba kekurangan bekalannya untuk kembali ke alam yg baqa.

Apabila hatinya sudah dikuasai oleh perasaan tadi , dan ia sudah tidak menghiraukan lagi perkara2 duniawi yg lain, maka dia sudah kemasukkan zauq. Jika zauk itu hanya sebentar seperti beberapa jam atau hari , maka ia dikatakan keadaan atau hal . Tetapi apabila ia berkekalan , maka ia dikatakan maqam yg bermaksud zauk yg sudah tetap atau tidak berubah-ubah lagi.

Mungkin kita katakan perasaan yg seperti ini pun ada pada orang2 lain yg tidak mempelajari tasauf . Memang benar , kerana perasaan ini datangnya dari Allah swt . Mungkin penyebabnya ialah kerana beliau rajin bertafakkur ,  telah mendapat peringatan dlm bentuk nasihat2 , pembacaan atau peristiwa2 yg berlaku dlm kehidupan harian spt kematian adik beradik atau kawan rapatnya , kemalangan jalan raya yg mengerikan didepan mata , ziarah ke perkuburan , mimpi yg anih spt termimpikan hari kiamat , azab kubur , titian sirat atau dia termimpi yg dia sudah mengalami saat2 kematian . Ada juga yg penyebabkan timbulnya perasaan tersebut hasil dari umrah ke Mekah , sedekah , mendengar azan , mendengar bacaan al Qur'an atau persahabatan dengan orang2 yg saleh .

Hud : 3
وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتٰعًا حَسَنًا إِلٰىٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِى فَضْلٍ فَضْلَهُۥ ۖ وَإِن تَوَلَّوْا فَإِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan , keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.

Hud : 52
وَيٰقَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلٰى قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ
Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa".

Hud : 90
وَاسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّى رَحِيمٌ وَدُودٌ
Dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

At-Tahrim : 8
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا تُوبُوٓا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسٰى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّـَٔاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ يَوْمَ لَا يُخْزِى اللَّهُ النَّبِىَّ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا مَعَهُۥ ۖ نُورُهُمْ يَسْعٰى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمٰنِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَآ ۖ إِنَّكَ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Nur memenuhi dada

Secara kebatinan , orang ini sudah dimasuki cahaya atau nur dari Allah kehatinya , yg menyebabkan hatinya terbuka untuk menerima kebenaran  dan iman . Mungkin juga perasaan itu timbul dari jiwa batinnya yg ingin sangat untuk kembali kepada jalan Allah swt . Kesan dari hati yg bercahaya atau jiwa yg meruntun kepada kebenaran itulah timbulnya zauq atau rasa yg sangat kuat , sehingga dia dengan sedaya upayanya ingin sangat memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah swt . Sering termenung , menitisan air mata dan keinginan untuk segera mendirikan solat apabila mendengar seruan azan .

Zauq yg menerbitkan taubat ini tidaklah menyebabkan seseorang itu mencapai fana , tetapi ia sangat penting kerana kekuatan taubat itulah yg akan mendorong manusia itu untuk bermujahadah selanjutnya . Mujahadah atau jihad itu sendiri adalah sifatnya orang yg beriman . Selain itu taubat yg betul akan menerbitkan niat yg suci atau ikhlas dlm beribadat kepada Allah swt . Taubat itu mestilah benar2 kerana Allah swt . Makna taubat itu sendiri adalah balik , yg bermaksud si pelaku maksiat menyesali semua ketelanjurannya dan berazam untuk balik kepada perintah2 Allah , menghubungkan diri dan mendekat kepadaNya .

Setelah bertaubat , bagaimana pula caranya untuk mendapat zauq ?

Cara paling berkesan untuk meraih zauq ialah dengan melakukan zikrullah swt secara konsentrasi . Tanda awal orang itu benar2 bertaubat ialah dia mahu mendirikan solat sebagai bukti baiknya hubungan dengan perintah dan baiknya hubungan dengan Allah swt .  Setelah orang itu mendirikan solat dengan baik dan istiqomah ingatan atau konsentrasinya kpd Allah swt ,  maka ketika itu barulah Allah swt kurniakan zauq kpdnya . Jangan lupa kepada niat yg betul yg merupakan kunci terpenting . Niatnya hendaklah betul2 ikhlas untuk bertemu dgn Allah swt shj . Tidak boleh berniat untuk mendapat kekeramatan atau kebahagiaan yg lain . Kebagusan zauqnya itu adalah mengikut niat dan ketajaman konsentrasinya kpd Allah swt . Antara zauq terawal yg akan diraihnya ialah rindu kpd Allah . Ia akan dilanda rasa rindu dan menangis kerana ingin bertemu dgn Allah swt . Selain itu ada zauq lain seperti gembira yg amat sangat atau perasaan takut dan gerun kpd Allah swt .

Fana'

Fana' ialah keadaan hilang kesedaran keujudan diri kerana tenggelam kedalam kekaguman akan kehebatan Allah swt . Itulah maksudnya fana' dalam tasauf . Fana'  ini terjadi kerana zauq batin yg sangat kuat , dan bukan sekadar perasaan hati yg sederhana shj . Zauq yg dapat menghilangkan kesadaran itu adalah mengikut bakat seseorang juga , kerana ia berlaku kesan pengalaman indera batin . Orang yg sangat berbakat mungkin akan mencapainya dlm tempoh beberapa hari , sedangkan yg tidak berbakat mungkin tidak pernah dapat merasanya walaupun bertahun2 berzikrullah .  Semua itu adalah kurnia Allah.

Comments

Popular Posts