KEINGINAN UTK BERTEMU
Al-'Ankabut : 5
مَن كَانَ يَرْجُوا لِقَآءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَءَاتٍ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
MENGHARAPKAN PERTEMUAN ini difahami oleh sebahagian kecil manusia sebagai keinginan untuk bertemu Allah dan memandang wajahNya yg mulia. Pada pandangan mereka, inilah nikmat yg tiada taranya jika dibandingkan dgn nikmat2 syurga yg lain.. biarpun syurga firdaus. Pelengkap nikmat syurga ialah pertemuan dengan TUAN SYURGA. Maka hanya dengan pertemuan TUAN SYURGA itulah kerinduan hati mereka akan terubat.
Sebahagian yg lain memahaminya sebagai mengharapkan berlakunya hari keadilan lalu mereka mendapat balasan yg baik dari Allah. Jika inilah yg mereka fahami dari ayat di atas, mereka akan kehilangan perasaan spiritual iaitu perasaan cinta dan rindukan pertemuan dengan Rabbnya. Kerana itulah sebahagian besar orang Islam tidak memikirkan tentang kecintaan dan kerinduan kpd Allah. Penghayatan Islam hanya terbatas kpd halal, haram, tauhid, syirik, syurga dan neraka...
Pemahaman yg begini adalah amat kasar untuk kehidupan beragama. Ia bagaikan kita berumah tangga, tetapi tidak ada perasaan kasih sayang. Yang ada hanyalah peraturan berumah tangga, kewajiban2 dan larangan2nya.
Yaa.. memang ada orang yg berkata : Saya tak ada perasaan cinta kasih dengan isteri, dan yg saya inginkannya.. Yang ada hanya tanggung jawab.
Dia inginkan rasa kasih sayang kpd isterinya sbb ia adalah kemanisan hidup berkeluarga. Tanpa perasaan tersebut, hidup berkeluarga hanya bagaikan makan ubat. Makan ubat kan tidak enak langsung, tetapi kita kena mengambilnya untuk sembuh. Melakukan sesuatu hanya kerana kewajiban, tanpa diiringi oleh kelazatan.
Apakah kita ingin menghayati agama hanya sebagai kewajiban2 dan tanggung jawab ?
Allah sendiri menyebutkan yg Dia itu adalah PEMURAH dan PENYAYANG sebanyak ratusan kali di dalam al Qur'an.
Allah juga menyebutkan tentang rasa kecintaan orang2 beriman kpd Nya dan kepada sesama mukmin
Dia juga menyebutkan tentang keinginan untuk BERTEMU DENGANNYA dan MENGHARAPKAN WAJAHNYA di beberapa tempat di dalam al Qur'an
Selain itu, al Qur'an juga menyebutkan tentang kecerian muka penduduk syurga kerana dapat memandang kpd WAJAHNYA...
Dan Rasulullah saw pernah menerangkan tentang kecemburuan Allah yg melebihi cemburu bagunda sendiri.
Sslain itu, baginda pernah bersabda yg bermaksud : Siapa yg ingin bertemu Allah, Allah pun ingin bertemu dgn nya... (dan seterusnya)
Sayang sekali jika ayat 5 surah al Ankabut di atas itu ditafsirkan secara yg berbeza.
Comments
Post a Comment