APA KHABAR IMANMU ?

Assalamualaikum,

Pada suatu hari terjadi dialog  antara  Rasulullah SAW dan sahabatnya yg masih muda bernama Muaz bin Jabal r.a.

Rasulullah SAW bertanya,  ” Bagaimana keadaanmu di pagi hari ini, hai Muaz?,

Jawab Muaz bin Jabal r.a, ” *Di pagi hari ini aku benar-benar telah beriman, ya Rasulullah”*

Berkata Rasulullah SAW,  ” *Setiap kebenaran ada hakikatnya, maka apakah hakikat keimananmu* ?”

Jawab Muaz,  ” *Setiap berada di pagi hari, aku menyangka tidak akan menemui lagi waktu sore. Dan setiap berada di waktu sore, aku menyangka tidak akan mencapai lagi waktu pagi .  Dan tiada satu langkah pun yang ku langkahkan, kecuali aku menyangka tiada akan diiringi dengan langkah lainnya .Dan seolah-olah kesaksian setiap ummat jatuh berlutut, dipanggil melihat buku catatannya . Dan seolah-olah ku saksikan penduduk surga menikmati kesenangan surga .  Sedang penduduk neraka menderita siksa dalam neraka*.

Maka sabda Rasulullah SAW : " *Memang, kamu mengetahuinya, maka pegang teguhlah jangan dilepaskan* . . . . !

Barulah kita tahu, rupa2nya pada zaman Nabi saw mereka sering bertanya khabar ... apa khabar pagi ini?  Jawabannya ialah khabar iman...

Maka ada yg menjawab: Di pagi ini aku benar2 beriman..

Kenapa bila ditanya khabar, mereka jawab dengan khabar iman ?

Saya fikir mungkin kerana keutamaan iman dlm kehidupan.

Kalau jawabnya sihat, barang kali pagi ini kita sihat, tapi jam 12 tengah hari sudah mati ditimpa setandan buah sawit, atau accident, atau jatuh pokok dll..

Biasanya sahabat2 akan menjawab dengan 4 dalil iman, iaitu

1. Dalil tentang keyakinan kpd kuasa Allah ke atas dirinya... aku tidak menyangka yg aku akan dapat hidup sampai ke petang. Artinya, pada bila2 masa aku mungkin akan dipanggil balik oleh Allah. Aku tidak tahu..

2. Perasaannya tentang kehidupan dunia, yaitu kehidupan di dunia ini adalah bagaikan orang sedang bermusafir

3. Tentang amalan, spt mujahadah di waktu malam dan siang

4. Tentang penglihatan batin, spt seakan2 melihat kehidupan di alam barzah, arasy yang besar, hari pengadilan dll

Setelah Rasulullah saw meminta bukti keimanan dan kemudian menerima jawabannya.. Baginda sambut dgn perakuan : Engkau telah mengetahui.. pegang eratlah.

Muaz bin Jabal adalah anak didik Rasulullah saw, seorang pemuda Ansar bani Khazraj  yg lawa, bijak dan berkarisma.

Beliau masuk Islam hasil dari dakwah seorang pemuda yg bernama Mus'ab bin Umair, iaitu pendakwah yg Rasulullah saw kirim ke Yathrib untuk menyebarkan Islam di sana.

Setelah itu, Muaz telah datang untuk perjanjian Aqobah ke 2  , yg berlaku sebelum hijrah ke Madinah

Muaz bin Jabal ini digelar baginda sebagai orang yg paling pandai halal - haram.  Dia juga adalah salah seorang dari 4 orang yg Rasulullah saw anjurkan untuk belajar al Qur'an dari mereka...

Yang 3 lagi ialah Ibnu Mas'ud, Ubai bin Kaab dan Salim maula Abu Hudzaifah

Rasulullah saw juga bersabda yg Mus'ab adalah pemimpin ulama di Jannah

Comments

Popular Posts