SULTAN TIPU MYSORE
Mengikut bahasa Hindi dan Sanskrit, TIPU bermakna harimau, atau seperti harimau.
Nama Tipu ini biasa diguna pakai untuk anak lelaki.
Di India Selatan pada zaman dahulu ada 1 kerajaan bernama the kingdom of Mysore. Pada tahun 1782 ia diperintah oleh raja yg sangat berani bernama Sultan Tipu.
Dikhabarkan, pada 1 hari ketika senapangnya rosak, sultan Mysore telah membunuh 1 ekor harimau dengan pedang/pisau
Pada masa itu, British sedang berusaha meluaskan penjajahannya di India.
Sultan Tipu tidak mahu tunduk, dan sanggup berperang dgn British. Pada awalnya Sultan Tipu menang, tapi pada peperangan yg lain, dia tewas... Sultan Tipu mati terbunuh. Ada orang gelar baginda Sultan Tipu Shaheed
Sultan Tipu cuba mendapatkan sokongan dari kerajaan2 yg lain spt kerajaan Turki dan Perancis. Masa itu Perancis diperitah oleh Napoleon... British jadi bimbang. Dihentamnya Mysore dengan tentera seramai 40,000+ sedangkan tentera Mysore hanya 30,000 .. Tewaslah ..
Ketika hampir tewas, orang2 Perancis nasihatkan Sultan Tipu supaya berundur ikut laluan rahsia. Lain kali boleh perang lagi. Apa sultan itu jawab ?
Sultan Tipu jawab, " Lebih baik hidup 1 hari sebagai harimau daripada hidup 1000 hari sebagai anjing liar "
Lepas itu orang2 British menulis sejarah Sultan Tipu dengan menggambarkannya sebagai Sultan yg zalim, jahat dll . Maklumlah.. benci sangat dengan baginda.
Kalau nk jatuhkan harga diri sesuatu bangsa adalah dengan mengubah sejarah bangsa itu.
Lebih 200 tahun dahulu, India Selatan adalah dibawah pemerintahan orang Islam walaupun majoriti penduduknya Hindu.
Sekarang Mysore adalah merupakan 1 bandar di Selatan India. Di Selatannya lagi ada Malabar..
Sultan Tipu menjadi raja sebelum usia 18 tahun, setelah ayahnya mangkat kerana penyakit kenser. Sebelum menjadi Sultan, baginda pernah menang ketika mengepalai perang 1 kali... (usia macam sekolah menengah sudah jadi panglima perang)
Pada asalnya Sultan Tipu berhajat utk menjadi seorang sufi.
Diberitakan bahawa kerajaan Mysore di bawah Sultan Tipu inilah yg pertama kali menggunakan roket dlm peperangan. Senapang mereka juga dikatakaan antara yg termoden ketika itu.. dibuat dengan bantuan pakar2 dari Barat spt Perancis
KURUN KE 18
Kurun ke 18 iaitu tahun 1700+ adalah abad yg tak menggalakkan untuk ummat Islam.
Pada kurun itu, empayar British semakin berkembang.
Perancis kalah dengan British dalam perebutan kuasa.
Empayar Othmaniah Turki semakin mengecut dan pada hujung kurun ia kalah perang dengan Rusia.
British telah bersahabat dgn Turki dan Russia untuk mengalahkan Perancis.
Memahami sejarah adalah penting.
Semoga dgn memahami sejarah, kita dapat elakkan berpecah belah sesama orang Islam.
Selain kita, kita dapat jumpa kembali jalan untuk mencapai kekuatan ummat... diantaranya ialah memahami isu2 pendidikan dari pemahaman sejarah
Penulisan sejarah adalah 1 bentuk peperangan..
Comments
Post a Comment