JANGAN KOTORI DIRI SEBENAR
Allah sudah janjikan, siapa yg menyucikan dirinya.. dia akan berjaya. Yang mengotorinya.. akan merugi
Jadi, kita perlu fahami : Apa itu menyucikan diri ? Bagaimana cara menyucikan diri ?
Bila kita sudah faham perkara ini, maka kita sudah berada di lorong yg betul.
Ada orang fikir, menyucikan diri itu bermaksud meninggalkan perbuatan dosa/maksiat.
Ini betul, tetapi kena difahami secara mendalam.... jangan hanya dipermukaannya sahaja.
Saya ingin menerangkan tentang penyucian diri, iaitu diri yg perlu disucikan..
Siapakah yg dimaksudkan DIRI tersebut ?
Adakah ia tubuh jasmani ini ?
Adakah dia itu amalan2 yg kita lakukan ?
Ataukah ada DIRI yg lain ?
Bilakah ketika atau zamannya WUJUD diri kita ini ?
Kita semua tahu bahawa diri kita ini telah wujud sejak sebelum kita lahir ke dunia lagi..
Ketika itu kita sudah ada the conscious self, yg mempunyai kesedaran, mampu melihat, mendengar, mengenal, memahami dan berkata2
Ketika itu, DIRI KITA YG SEBENAR telah disoal oleh Allah : Tidakkah aku ini RABB kamu ?
Kita menjawab : Benar, kami menyaksikan.
Itulah yg disebut sebagai musyahadah atau penyaksian
Kemudian diri kita telah ditempatkan pada tubuh jasmani yg dibentuk dari unsur2 bumi atau tanah.
Kita diberikan kemampuan untuk melihat, mendengar, berkata2 dengan menggunakan tubuh yg dibuat dari tanah tadi...
Adakah DIRI KITA YG SEBENAR , yg pernah musyahadah kpd Allah tadi masih wujud, atau ia telah musnah dengan kewujudan diri jasmani ?
Sudah tentu ia masih wujud, hanya kita sering melupakannya...
Di dalam kehidupan kita seharian, kita berinteraksi dengan alam fizikal. Kita bergembira dan berbahagia dgn kemewahan alam fizikal. Dan pada waktu yg sama, kita lupakan diri kita yg sebenar yg telah wujud sebelum ada tubuh fizikal ini..
Tanpa kita sedari, DIRI KITA YG SEBENAR yg pernah musyahadah kpd Allah dahulu telah kita kotori dgn hawa nafsu duniawi, angan2 duniawi dan cita2 duniawi.
Diri sebenar yg pernah berada di alam spiritual yg tinggi lagi mulia itu telah terlupa akan pertemuan dgn RABB nya.
Kita telah asuh diri kita yg sebenar dengan HAWA NAFSU duniawi, ANGAN2 duniawi dan PEMIKIRAN duniawi... semuanya asuhan bersifat duniawi yg tiada hubungan dengan RABB yg pernah kita musyahadah dan berdialog dengan Nya.
Diri kita yg sebenar telah bertukar menjadi diri yg hanya pentingkan diri sendiri dan pentingkan keinginan yg singkat.
Diri yg dahulunya terpesona dan mencintai Allah menjadi diri yg lbh mencintai diri sendiri dan perhiasan alam fizikal.
Hidup di alam fizikal dianggap sebagai matlamat, dan diri itu telah kita asuh hingga enggan meninghalkan alam fizikal ini apabila sampai ketika untuk kembali..
Diri yg suci murni yg pernah terhiasi dengan makrifat dan ketenangan dalam zikrullah, serta cinta untuk kembali kpd Nya telah bertukar menjadi diri yg KOTOR...
Kotor kerana ia sudah melupakan Allah, menjadikan dunia dan kelazatannya sebagai matlamat.. bahkan ada diri yg sudah menafikan kewujudan Allah yg pernah ditemuinya.
DIRI YG SEBENAR..., yg telah diciptakan dgn ciri2 yg sempurna hingga mampu musyahadah dgn Rabbnya , serta mampu menerima ilham2 dari Nya telah bertukar menjadi hamba hawa nafsu dan hamba dunia..
Kotor sekali diri itu jadinya diri yg sebenar itu, dan sangat rugilah orang yg mengotori dirinya..
Marilah kita analisa dengan lbh lanjut lagi, TENTANG diri kita yg sebenarnya itu ... yg boleh jadi telah disucikan atau dikotori..
Setelah diteliti dengan saksama, didapati diri kita itu terdiri dari 3 UNSUR UTAMA, iaitu HAWA NAFSU, AKAL dan ANGAN2.
3 unsur inilah yg membentuk diri kita yg dipanggil dlm bahasa Arab sebagai NAFS.
Hawa nafsu, akal dan angan2 inilah yg wajib disucikan.
Setelah ketiga2nya berjaya disucikan, maka dengan diketuai oleh QOLBU/hati , ia akan menjadi penggerak kpd semua amalan kita.
QALBU yg telah suci ...sebagai raja, dan NAFS yg juga telah suci bertugas sebagai pembantu2nya ; seluruh amalan yg terbit darinya adalah amalan2 yg baik, yg bersih dari kekotoran samaada zahir atau batin.
Amalan ketaatan itu menjadi amalan yg disertai dengan ingatan kpd Allah, dikerjakan dgn sebenar2 Ikhlas kerana Allah semata2.
Semua perilaku yg buruk dikalangan ummat adalah bermula dari qolbu, akal, hawa nafsu dan angan2 yg ada di dalam diri mereka. Dari unsur2 tersebut itulah timbulnya amalan luaran yg dapat kita lihat.
Peranan diskusi sufi ialah mengubah yg dalaman, dan nanti yg dalaman itu akan mengubah yg luaran.
Kerana itulah dakwah Rasulullah saw berjaya.. Baginda membentuk dalaman terlebih dahulu. Setelah dalamannya suci dan kukuh, tibalah saat untuk meninggakkan kampung halaman utk berhijrah ke Yathrib.
Di sana, mereka telah membangunkan 1 tamaddun yg baru... iaitu TAMADDUN SOLAT, atau tamaddun yg dibina di atas asas SOLAT YG KHUSUK dengan INGATAN KPD ALLAH.
Comments
Post a Comment