SAD : 27 HIKMAH KEJADIAN KULIT

Assalamualaikum, semoga kita dirahmati dan diberkati oleh Allah

Sambil bersantai di pagi ini, marilah kita tadabburkan ayat berikut :

Sad : 27

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَآءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بٰطِلًا ۚ ذٰلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ

Dan *tidaklah kami menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah*   Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.

Apa yg dimaksudkan tanpa hikmah ?  Ia bermakna *tanpa maksud di sebaliknya*. 

Biasanya seorang Nabi, cerdik pandai atau pujangga, apabila mereka berkata2... kata2nya itu akan sarat dengan hikmah atau pengajaran di sebaliknya.

Apabila kita terbaca suatu cerita yg menarik, ia jadi menarik kerana ada pengajaran di dalamnya.

Tetapi kalau kita bercakap tanpa berfikir, tanpa tujuan... hanya sekadar mahu bersuara tanpa arti, maksud atau pengajaran, ia dipanggil bercakap tanpa hikmah.

Ada juga orang yg apabila bertemu kawannya, dia akan kutuk2 kawannya dahulu dgn percakapan yg karut marut. Ini kita panggil sebagai percakapan tanpa hikmah.

Sering juga kita melihat orang yg berbelanja tanpa hikmah. Dia ada banyak duit, lalu dia pun berbelanja tanpa fikiran yg waras. Dia beli barang yg harganya mahal, tetapi qualitinya rendah... sedangkan banyak lagi yg berqualiti tinggi dan murah harganya dia tak beli. Sebabnya... dia rasa dia  ada banyak duit. Itu sahaja sebabnya.

Ada orang yg sudah berusia 55 tahun, dan sudah kurang mampu bekerja keras.. Dia dapat duit kwsp sebanyak 100,000 . Tetapi dia gunakan untuk besarkan dan indahkan rumahnya sedangkan apa yg ada pun sudah mencukupi. Tidak lama lepas itu, wangnya habis dan dia terpaksa habiskan usia tua dengan mencari duit. Padahal jika wangnya tidak dihabiskan, bolehlah juga dia pergi menuntut ilmu agama.

Artinya melakukan sesuatu dengan hikmah ialah melakukannya dengan kecerdikan, tujuan yg bernas, ada maksud tertentu yg tinggi nilainya...

Kalau kita tanam 1 anak pokok mangga.. mudah sahaja nk tahu apa tujuannya, iaitu untuk dapat buah mangga.

Tetapi, apabila Allah Subhanahu wa Taala mencipta bumi, langit dan segala apa yg ada ini dengan begitu  sempurna, seimbang, hebat tiada tandingan ... apakah tujuannya ?

Orang2 kafir kata ia terjadi dgn sendiri tanpa tujuan. Ada yg kata, Allah menciptanya sekadar suka2 atau main2...

Seolah2 mereka kata Allah melakukan sesuatu itu tanpa ada hikmahnya. Sedangkan kita sendiri pun akan mengutuk manusia yg melakukan sesuatu kerja tanpa hikmah, atau bercakap tanpa hikmah... bagaimana boleh kita kata Allah jadikan alam yg begitu luas dan hebat ini tanpa hikmah ?

Di dalam ayat 27 surah Sad di atas, kata batil telah digunakan, dan diterjemahkan kpd tanpa hikmah.

Batil ialah sesuatu yg tak berguna, tak sah, tak boleh pakai, tak ada artinya ... dan lain2 maksud yg negatif. Batil adalah bagaikan buih air atau buih besi yg tidak ada harganya. Kandungan buih itu hanya udara. Bila buih itu pecah, tiada apa yg tinggal.

Itulah dia batil.

Allah tidak jadikan langit, bumi dan segalanya ini hanya bagaikan buih yg tiada harga/faedahnya.

Lihat sahaja pada tubuh kita ini... setiap juzuk tubuh kita ini ada faedahnya. Hal ini dapat dicerap dengan baik oleh doktor2 perubatan.

Lihat pada kulit kita...

Kalau nk diceritakan tentang kulit kita sahaja pun dah perlukan masa yg panjang.

Kulit kita terdiri dari

1. Epidermis ...iaitu lapisan paling luar

2. Dermis ... di bawah epidermis

3. Tisu lemak bawah kulit

Bahagian epidermis itu terdiri dari beberapa lapis.

Lapisan ini tiada salur darah. Bekalan oksijen datang dari resapan.

Fungsi lapisan luar ini ialah pertahanan dari jangkitan, rupa yg cantik, elak kecederaan, melepaskan peluh , macam2 lagi

KECEDERAAN KULIT

Salah 1  kecederaan yg ditakuti ialah kebakaran kulit. Risikonya dinilai mengikut berapa luas kawasan yg terbakar dan berapa dalam bahagian kulit yg tejejas.

Jika yg terbakar itu melibatkan dermis (bahagian kedua) atau tisu bawah kulit ... maka risikonya lbh tinggi.

Kebakaran yg melibatkan lapisan kulit paling luar (epidermis) lbh cepat sembuh. Ia tidak melibatkan saraf, urat darah dan kelenjar di kulit.

Kebakaran melibatkan epidermis dipanggil 1st degree skin burn atau kebakaran paling ringan. Ia terasa sakit bila disentuh, tetapi mungkin segera sembuh  tanpa komplikasi

Setiap benda yg terdapat pada lapisan kulit ini adalah penting dlm kehidupan kita.

Kewujudan sel2 pigmen dengan kandungan melanin tidak ditunjukkan di sini... tetapi ia penting untuk mencegahenyakit kenser kulit yg disebabkan oleh cahaya ultra ungu.

Kita dapat hargai nilai kulit apabila kulit terbakar. Kebakaran kulit yg serous sangat bahaya, dan jika tidak dirawat dengan baik, ia boleh menyebabkan kematian.

Kematian tersebut boleh berpunca dari jangkitan kuman sbb sudah tidak ada lagi lapisan pelindung.

Kebakaran kulit yg serius akan menyebabkan kehilangan air melalui kulit kerana kulit adalah tisu yg berfungsi mengawal kehilangan air dari tubuh kita.

Kehilangan cecair darah akan menyebabkan tekanan darah rendah dan shock. (Shock ialah keadaan yg mana tekanan darah turun sangat rendah, tak dapat dipulihkan lagi.. dan risiko kematian sgt tinggi)

Apa rawatan yg diberikan apabila kulit terbakar ?

Jika hanya kebakaran ringan melibatkan epidermis spt kerana sun burn atau tercurah air yg panasnya sederhana sahaja.. boleh disejukkan dengan mengalirkan air sejuk yg bersih apt air paip dalam masa beberapa minit.

Bahagian yg terbakar boleh disapu ubat2 spt antibiotic atau lain2 ubat moden/tradisional yg bersih

Jika kulit yg terbakar itu lbh dalam dan luas, pesakit kena dimasukkan ke dalam wad... kalau tidak boleh merbahaya.

Dia akan di sapu ubat dan dibalut untuk elakkan jangkitan dan kehilangan air.

Tambahan cecair melalui drip, suntikan dan lain2 lagi mungkin diperlukan.

Bila kita lihat bagaimana seriusnya doktor2 merawat kes kebakaran kulit, sedarlah kita akan hikmahnya Allah cipta kulit untuk kita.

Kulit bukan sekadar untuk lawa... yg kulitnya halus, putih, gebu akan lbh beruntung..

Kulit juga bermakna hidup dan mati kerana kehilangan kulit yg serius akibat kebakaran boleh menyebabkan kematian.

Kulit kita berfungsi membantu membuang haba dari badan dengan perpeluhan.

Reptilia spt buaya tak dapat sejukkan tubuhnya spt kita... buaya kena berendam di dalam air untuk sejukkan badan dan berjemur untuk panaskan badan.

Maksudnya, setiap mikron, setiap milimeter dari tubuh kita ini Allah ciptakan dengan ada hikmahnya.

*Cuba fikirkan.. bagaimana kalau setiap mikron tubuh kita ini ada hikmah dalam penciptaannya, artinya tidak sia2, tidak batil... bagaimana orang kafir boleh menyangka bahawa semua keajaiban ini terjadi dengan sendiri, atau dijadikan oleh Allah TANPA  tujuan yg tertentu, yg maksudnya diciptakan tanpa hikmah* ?

Comments

Popular Posts