KERJA MALAM

Assalamualaikum

Kebanyakan kita hanya bekerja di waktu siang, tapi kilang McTronic di Benut .... ramai pekerja yg bekerja selama 12 jam di sebelah malam.

Ada segelintir dari pekerja  yg kerja shift malam itu yg datang ke klinik untuk rawatan. Sebahagian besar tak ada masaalah.

Saya sangat kagum dengan kemampuan mereka berjaga sepanjang malam itu kerana saya sendiri sudah lama sangat tidak melakukan berjaga sepanjang malam.

Kalau kita berjaga sepanjang malam, atau sekadar tidur sangat lewat spt jam 3 pagi, pada keesokannya tubuh kita akan terasa tidak selesa. Mengantuk, pening, letih, kurang tumpuan, menggeletar dan macam2 lagi..

Entah berapa RM mereka dapat dengan bekerja sepanjang malam .. Mungkin dapat upah lebih kerana bekerja lbh masa.

Saya sangka, mereka tak suka kerja lbh masa, rupa2nya mereka lbh suka dapat kerja lbh masa, terutama pekerja2 Vietnam.

Bila tak ada kerja lebih masa, iaitu ketika kilang kekurangan order, mereka rasa tak seronok.

Bagaimana kalau duit yg dia dapat tu tak akan habis kalau dibelanjakan ?

Kalau ada duit 100,000 , ia tidak akan habis walau kita belanjakannya setiap hari... tetapi kita hanya boleh membeli benda2 yg rendah qualitinya. 

Kalau hp, kita hanya boleh beli hp yg harganya di bawah RM100.

Dan kalau kita mahukan hp yg lbh baik, kita kena bekerja lebih keras supaya kita ada duit yg lbh banyak.

Bila wang simpanan kita meningkat, kita akan dibenarkan untuk membeli hp yg lbh qualiti... 😁

Dengan simpanan serendah 100,000 , kenderaan yg kita boleh beli ialah basikal.

Rumah.. macam rumah pprt. Tak ada kipas.

Makanan.. yg paling simple..Tak ada peluang nk makan murtabak, roti telur, ikan bawal atau bariani.

Minuman pula, tak boleh beli kopi racun atau kopi vietnam.

Kalau kita mahukan yg terbaik, spt dapat beli kapal terbang, helikopter, istana, melancung seluruh dunia, suduk hotel paling mahal, bag tangan paling mahal, hp pintar yg paling handal... dah kahwin dengan wanita paling cantik, paling manis, paling baik, paling rajin dan paling cerdik.... KITA KENA BEKERJA LBH MASA, dan yg paling penting... WORK SMART ..

Mahukah kita memilih yg terbaik ?

Hakikatnya, kesanggupan kita untuk bekerja atau berusaha adalah setakat kedalaman keyakinan kita.

Jika keyakinan kita sudah benar2 masuk ke dalam hati, ia pasti akan ada kesannya.

Tetapi, keimanan pasti akan ada pertentangan dengan hawa nafsu,  KECUALI HAWA NAFSU kita sudah DISUCIKAN

Comments

Popular Posts