JANGAN BERKATA YG BURUK KECUALI ...

Assalamualaikum , semoga hidup kita diberkati Allah subhanahu wataala.

Apa maksudnya diberkati ?  Maksudnya ialah diberi banyak kebaikan, dan kebaikan itu berterusan dan bertambah banyak

Tahun berganti tahun.. zaman berganti zaman. Sekali air bah, pasir turut berubah, kerana air bah itu membawa dan menghanyutkan pasir.

Begitulah juga apa yg melanda ummat ini spt kemajuan teknologi maklumat spt telefon pintar yg menyebarkan gambar, video, suara dan segala macam maklumat samaada benar atau salah.

Ada pula gambat dan video yg diubah sesuka hati sebagai gurauan, untuk mengangkat atau merendahkan darjat orang di sisi sesama manusia

Yang baik kurang disebarkan, yg buruk pula menjadi viral.

Kalau zaman dahulu gosip hanya di dalam majalah dan akhbar... sekarang dah bersepah di mana2.

Jangan kita buat benda buruk dan dapat ditangkap oleh video.. habislah.  Ia mungkin akan viral dalam tempoh 1 hari.

1400 tahun dahulu, Allah sudah turunkan firmanNya yg mulia berkenaan perkara ini

An-Nisa' : 148

لَّا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوٓءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا

Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Pertama, Allah tidak suka, yg artinya benci kpd kata2 yg buruk yg diucapkan dengan terang-terangan.

Kedua, diberikan pengecualian.. iaitu kecuali dalam situasi teraniaya.

Dalam mendidik anak, sangat dilarang kita mengggunakan kata2 yg buruk spt bangsat, babi, bodoh, goblock, celaka, pergi mampos ... dan macam2 lagi.

Kesannya sangat buruk kpd anak2. 

Semakin baik bahasa yg digunakan, maka semakin baiklah kesan pendidikan kpd mereka.

Maklumlah... anak2 itu bagaikan kertas putih. Kalau kita warnakan merah, merahlah warnanya. Kalau nak warnakan, warnakanlah dengan warna2 yg disukai Allah

Apa yg kita tulis di dalam FB, WA dan blog ... semuanya ada kesan tarbiah kpd anak2 dan kawan.

Apa yg kita poskan spt catatan2 orang lain, gambar dan video, semuanya ada kesannya kpd mereka... kerana kita ini adalah ibarat seorang pelukis yg melukis di atas kertas.

Tv juga dilarang mengucapkan kata2 yg buruk terang-terangan. Kalau ada yg terang-terangan menggunakan kata2 yg buruk atau menghina tanpa keizinan syara' kita patut tukar ke saluran yg lain.

Ada kata2 yg sesuai digunakan di sesetengah tempat, waktu atau pendengar yg tertentu, tetapi tak sesuai digunakan pada situasi lain.

Contohnya, ada penjelasan tentang hukum fikh berkaitan mandi janabat yg sesuai pada orang dewasa, tetapi tidak sesuai pada anak kecil yg masih halus perasaannya.

Ada ucapan2 politik yg kasar dan boleh membentuk jiwa yg kasar jika didengari oleh anak2 yg masih putih bersih jiwanya.

Di antara kata2 yg paling buruk ialah apabila menuduh orang yg beriman itu kafir !  Inilah kata2 yg paling buruk yg mesti dijauhi. Lainlah kalau ia sudah diputuskan oleh hakim/kadhi ... maka kadhi itulah yg bertanggung jawab. 

Itupun.. sebagai Muslim, janganlah kita dibizikan dengan memburuk2kan orang.. Tak ada faedahnya bercakap yg buruk2 itu kecuali hawa nafsu kitalah yg mendapat kepuasan.

Kita burukkan orang, kemudian kita ketawa.. 🤣🤣🤣  .

Hawa nafsu itulah yg rasa tersangat bahagia tanpa memikirkan kesannya kpd diri kita.

Kita patut sebat atau didik hawa nafsu kita ini supaya ia bercita2 untuk dapat bertemu dengan Pencipta, bukannya hanya mencari kepuasan yg memakan diri

Pengecualiannya ialah apabila di zalimi.. Di mahkamah nanti, kita boleh siarkan keburukan orang sskadar yg patut.

Kita juga boleh buat pengaduan tentang keburukan orang kpd mahkamah.

Tapi.. kalau kita siarkan keburukan si mamat sesuka hati dengan sangkaan atau alasan mamat itu zalim.. bersedialah untuk pengadilan Allah. Mungkin kita selamat.. dan mungkin juga sangkut. 

Kalau sangkut, sangkut itu nanti di akhirat iaitu hari yg penuh kegawatan. Kesalahan itu pula ialah kesalahan sesama manusia...

Zaman sekarang ... bagaimana situasinya, wahai teman sekalian?

Kata2 yg buruk ada di mana2.. bersahut-sahutan

Pesanan Allah, pun tidak dihiraukan.

Kata2 buruk disebarkan, dengan alasan kerana mahukan kebaikan.

Atau kerana mencegah kezaliman..

Berhati-hatilah kerana di 1  hari nanti kita semua akan berhadapan

Berhadapan dengan Rabb ar Rahman

Layanan Rabb yg macam mana yg kita mahukan ? 

Kalau kita mahukan dari Nya kebaikan

Di saat hidup di dunia ini, marilah ambil perhatian

Akan segala firman2 Nya di dalam al Qur'an

Comments

Popular Posts