ORANG YG SESAT
Assalamualaikum
Ibrahim : 3
الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيٰوةَ الدُّنْيَا عَلَى الْءَاخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا ۚ أُولٰٓئِكَ فِى ضَلٰلٍۭ بَعِيدٍ
(yaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari pada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.
*Lebih menyukai kehidupan dunia dari akhirat* .. ayoh kita tadabburkan ayat ini.
Akhirat sana lbh hebat dari dunia.
Ia adalah negeri yg kekal.
Azabnya tiada tandingan, dan bahagianya tiada taranya.
Tidak patut jika hanya kerana ia berlaku selepas kita mati, maka kita meremehkannya.
Di dunia ini kita makan, di akhirat juga kita makan. Jika kita masuk ke syurga, makanannya terlampau hebat, hingga di dalam perut kita makanan itu tidak bertukar menjadi najis, tetapi menjadi wap yg wangi.
Di neraka pula makanannya pahit, busuk, panas dan dan menjijikan. Ia akan membakar perut kita lbh teruk dari kita makan apa sahaja benda panas di dunia ini.
Di dunia kita hidup, sihat, sakit dan mati. Di dalam syurga nnanti, kita akan terus hidup.. tidak akan mati. Dan yg lbh hebat lagi, di dalam syurga nanti, kita akan dapat melihat yg memberi hidup.. siapa? Tentunya Allah.
Di dalam neraka, kita tidak hidup dan tidak mati. Separuh hidup, separuh mati... atau setengah mati.
Al-A'la : 13
ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيٰى
Kemudian dia tidak akan mati di dalamnya dan tidak hidup.
Kalau dengan bahasa kita : *kemudian dia akan setengah mati*
Setengah matinya itu adalah kerana azabnya yg tidak terperikan, bukan kerana setengah mati itu relax macam orang tidur mati..
Di dunia ini kita kahwin dan isteri kita hamil, bersalin dan kita pelihara anak kita. Mungkin ada yg bermasaalah ketika hamil. Ada yg kena melalui pembedahan. Dan kita hadapi bermacam2 ujian..
Di syurga nanti, kita kahwin dengan isteri2 dan bidadari. Terus menerus spt pengantin baru. Tiada pembedahan, tiada sakit dan tiada ujian. Semuanya enak dan bahagia, dan setiap hari bertambah enak.
Di sana nanti, kalau kita ke pasar.. bila balik dari pasar kita akan kelihatan bertambah berseri seri. Kalau di dunia ini, sekembalinya dari pasar kita akan kotor, berpeluh dan busuk, dan kita kena mandi.
Di neraka pula, tiada apa2 kebahagian... Sepanjang masa akan menjerit, menangis, mengeluh, marah, merayu dan berpurus asa. Di neraka nanti *tidak ada istilah sabar* kerana manusia dan jin tidak akan mampu bersabar.
Orang yg paling hebat kesabarannya pun tidak akan mampu bersabar azab neraka.
Alangkah sesatnya manusia yg lbh sukakan kehidupan dunia dari akhirat.
Di dunia sekarang ini ..kita menyembah yg kita tidak lihat dgn mata jasmani, *tetapi* di akhirat nanti kita tidak perlu beribadat dan dapat pula melihat wajah Pencipta kita yg kita amat cintai.
Orang yg sukakan dunia dari akhirat sudah pasti dalam kesesatan... tetapi istilah *SUKA* ini payah untuk diberikan alasan.
Seperti kita sukakan durian kerana rasa dan baunya.
Ada pula orang yg benci durian kerana dia kata baunya macam bau najis.
Anak saya sendiri ada yg beli dan makan durian, tetapi ada yg menutup hidung bila ada durian di dapur.
Adakah dia menyukai dunia lbh dari akhirat itu sama spt cerita durian tadi ?
*Ada orang yg mudah tunduk kpd hawa nafsu* .
Dia ada penyakit gout yg serius. Doktor kata, jangan makan daging, hati dll... tetapi dia lbh suka melayan nafsunya berbanding mendapat sihat, free dari serangan gout.
Dilantaknya 1 mangkuk sup daging kambing.
Enak... benar enak.. tapi besok kau akan rasa bagaimana sakitnya.
Besok pagi, kakinya sudah bengkak. Nak jalan ke toilet pun tak mampu. Dia ke toilet dengan melompat lompat.. Sampai dipintu toilet, dia berfikir sejenak macam mana nak buat. Nak melompat di lantai toilet, dia mungkin terjatuh kerana lantainya licin. Dia pun mengesot masuk ke toilet..
Asuh.. mak.. hanya yg pernah merasai sakitnya gout tahu apa rasanya.
Sebelum kena dia lupa... Setelah kena, dia menyesal.
Adohai... lain kali aku akan berpantang betul2...
Di dunia ini, bolehlah kita menyesal ; lain kali, lain kali...
Allah berfirman : *mereka itulah orang2 yg sangat sesat* , atau *sesat yg jauh*
Sesat yg jauh sehingga tidak masuk akal yg logik ..
Memikir2kan kehebatan *bahagia dan azab di akhirat* ... kita boleh lupa kpd apa tujuannya di ciptakan syurga dan neraka.
Allah jadikan manusia, jin, langit, bumi, syurga, neraka .. adalah kerana *Allah suka di PERTUHANKAN* .
Maksudnya, dia jadikan semua itu supaya kita ibadat kpd Nya.
Ibadat ialah berbakti dan menyembah.
Asasnya ialah kita cinta dan takut kpd Allah. Kita terima Allah sebagai Rabb dan Ilah kita .. dan kita berbakti dan menyembah Nya hanya kerana Dia.
Menyembah Allah kerana Allah... Inilah yg dipanggil *tulus ikhlas* , tiada lain tujuan penyembahan, melainkan kerana Dia.
Ini hanya dapat dilakukan oleh orang yg bersifat *mukhlis* atau mukhlisin.
Mukhlis artinya orang yg ikhlas.
Iblis kata yg bermaksud : Ya Tuhanku, lantaran Engkau telah jadikan daku sesat, maka aku akan perhiasi di bumi dan aku akan perdayakan mereka semuanya. Kecuali hamba2 Engkau yg *ikhlas* di antara mereka. Surah al Hijr , ayat 39-40
Tentang ikhlas ini, Allah berfirman yg bermaksud : *katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Rabb sekalian alam..* al An'am , ayat 162
Di ayat 5 surah al Bayyinah pula .. *dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan untuk ibadat kpd Allah dengan ikhlaskan deen hanya untuk Nya*
Pada 1 zaman, ada seorang abid yg rasa sangat marah kerana dikampungnya ada orang menyembah pokok.
Abid itu ambil kapak dan mahu tebang pokok itu.
Ketika itu, datanglah syaitan yg mahu menghalang niat sucinya... bergelutlah si abid dengan syaitan. Abid menang, dan syaitan kalah.
Syaitan pujuk dia, janganlah tebang pokok tu... nanti tiap pagi aku akan letak wang dibawah sajadahmu. Kalau kau tebang pun, orang kampung itu akan tetap cari pokok lain atau apa2 untuk disembah. Tindakanmu menebang pokok itu tak akan datangkan apa2 hasil positif...
So abid bersetuju.
Lepas itu, setiap minggu si abid akan jumpa 100 ringgit di bawah sajadah.
Pada hari ke 8, dirabanya bawah sajadah... dia tak jumpa wang.
Dia tahu, dia sudah kena tipu.
Diambilnya kapak, diserangnya pokok yg disembah orang.
Kemudian syaitan dan si abid pun bergelut... si abid kalah.
Abid kalah *kerana niatnya tidak suci* .. suci artinya bersih. Tidak suci artinya dia mahu tebang pokok itu bukan kerana Allah, tetapi kerana mahu wang RM100 ....
Yang jadikan abid tadi kalah dgn iblis ialah kerana dia *tidak jujur kpd Allah*
Kalau kita benar2 jujur kpd Allah, nanti Allah akan mencintai kita dan iblis akan kalah...
Iblis akan menangis. Percayalah ...
Almarhum guru pernah berkata : Aku fikir Allah berikan aku semua ini adalah kerana kejujuranku.
Mahukah anda ada suami atau isteri yg tidak jujur ?
Tentu tidak, kan ...
Kalau begitu, anda dan saya kena benar2 jujur kpd Allah.
Kalau kita tak suka teman yg tidak jujur, Allah juga tidak suka kpd hamba yg tidak jujur.
Nabi saw bersabda yg bermaksud : *sedikit amalmu memadai asalkan ikhlas*
Sedikit do sini maksudnya ialah yg sunnat2 , bukan yg wajib.. kerana kalau kita tinggalkan yg wajib, tentulah Allah murka.
Berapa banyak yg dikatakan sikit ? Ada orang solat sunat banyak2... tapi kita hanya solat sunnat muakkad dengan ikhlas dan khusuk.. ok lah...memadai.
Apa solat sunat yg diberatkan ?
Solat sunnat 2 rakaat sebelum subuh, sebelum dan selepas zohor, selepas maghrib dan selepas isya. Ada yg masukkan sebelum isya. Solat tahajud dan witir.. kerana solat tahajjud ini ada disebutkan dlm al Qur'an.
Ketika kita solat, kita kena beradab dgn Allah, kerana walaupun solat itu sunnat, tetapi beradab dengan Allah itu mesti.
Comments
Post a Comment