CARA2 UNTUK KHUSUK
Assalamualaikum,
Budak2 dan orang tua yg hampir meninggal pun boleh belajar konsentrasi, kerana ia ilmu untuk khusuk
Konsentrasi adalah isu khusuk, cara untuk mendapat khusuk.
Belajar bahasa Arab untuk fahami, membantu tadabbur. Ia boleh bantu untuk khusuk, tapi bukan satu2nya cara.
*Jika tidak tahu bhsa Arab berarti tak akan khusuk*, saya fikir itu salah
Kita boleh mencapai khusuk walaupun tak tahu bahasa Arab. Ada caranya. Dengan tahu bahasa Arab, kita dapat kontrol fikiran kita ketika solat dengan memahami bacaannya.
Ada orang Melayu yg tak tahu bahasa Arab usaha untuk khusuk dengan memerhatikan makhraj huruf dan lain2 hukum tajwid.
Ada macam2 cara... tapi kalau kita tanya kebanyakan orang, majoriti akan kata yg mereka tak khusuk, termasuk orang2 yg pandai bahasa Arab.
Ada 1 makcik berusia hampir 80 tahun. Saya ajar ilmu konsentrasi dan dia terus mampu melakukannya dlm solat. Dia kata, kalau gunakan ilmu konsentrasi rasa itu, dia tak ingat lain2 lagi ketika solat. Alangkah baiknya jika makcik2 lain dapat lakukan yg serupa .. lepas itu, pelan2 la belajar bahasa Arab.. mudah2an makcik2 tu akan mahir bahasa Arab untuk tadabbur al Qur'an sebagaimana perintah Allah
KONSENTRASI ialah ilmu menggunakan *rasa* untuk mengawal hati, minda dan hawa nafsu .
Bila *rasa* dicantumkan dengan *perasaan* , itu jadi lbh baik.
Kalau dapat faham kebanyakan apa yg dibaca, lagi bagus.
Yg mampu belajar bahasa Arab, mereka ada tugas yg lbh berat sbb kena lbh tadabbur dan sebarkan isi kandungan al Qur'an
Tadabbur dengan tafakkur tu maksudnya hampir sama.
Tapi tafakkur lbh kepada memikir2kan..
Tadabbur pula meneliti hingga ke hujungnya, apa maksudnya..
Contohnya, kita patut tafakkur atau tadabbur ayat 1 surah fatihah. Dengan nama Allah yg Maha Pemurah, Penyayang.
Sebagai orang Melayu yg tak pandai Arab pun kita boleh tafakkur/tadabbur ayat ini.
Kita kena ingat yg tadabbur ialah perintah Allah... perlu dihormati perintah2 Allah ni.
Sahabat2 Nabi saw dahulu ada diriwayatkan yg mereka belajar al Qur'an tak terus banyak. Hanya 10 ayat. Baca dengan betul, fahami / tafakkur/ tadabbur .. dan amalkan.
Kalau kita nk ikut cara mereka pun cantik sangat. Tapi oleh kerana syariat sudah lengkap, kita kena amalkan syariat seutuhnya
Comments
Post a Comment