AL ANFAL : 45 , BANYAKKAN ZIKRULLAH

Al-Anfal : 45

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguhlah dan INGATLAH ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA agar kamu beruntung.

Allah Ta'ala sangat suka disembah dan diingat..Memang begitulah selayaknya Rabb Yang Sebenar-benar Rabb,  iaitu Rabb Yang Maha Pencinta lagi Maha Kuasa.

Dia suka diingat ketika kita berdiri, duduk, baring, ketika mendirikan solat ....  bahkan ketika berperang.

Banyak mengingati Allah adalah kunci kemenangan...

Berusahalah agar ingat kpd Allah dengan sebenar2 ingat.

Berusahalah agar ketika mulut kita memuji-muji Allah, hati kita juga ada ingat kpd Allah.

Cara untuk mencapainya ialah dengan membanyakkan latihan menumpukan RASA ke hati sehingga apabila kita bercakap pun terasa seakan-akan suara kita itu datangnya dari hati..

Hasil dari latihan itu nanti, in syaa Allah, ialah apa sahaja yg kita lakukan tidak lagi terlepas dari " khusuk hati berzikrullah " .. al Hadid : 16

Ketika itu, hati kita akan berterusan bercahaya, in syaa Allah. 

Bukankah kita sudah berdoa agar ada cahaya di dalam qolbi dan diri kita ? 

Tidak cukup dengan hanya berdoa minta cahaya... tetapi kita kena usahakan juga. 

Berdoa dan berusaha, barulah betul ..

Comments

Popular Posts