KEHIDUPAN DI DUNIA
Al-Kahf : 35
وَدَخَلَ جَنَّتَهُۥ وَهُوَ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِۦ قَالَ مَآ أَظُنُّ أَن تَبِيدَ هٰذِهِۦٓ أَبَدًا
Dan dia memasuki kebunnya sedang dia zalim terhadap dirinya sendiri; ia berkata: "Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya,
😆 Sangat menghairankan sangkaan orang 👆🏾....
Di sangka kebunnya yg cantik itu akan kekal abadi. Mungkin kerana kebun itu terletak di dataran tinggi yg tidak pernah kena banjir.
Atau kebunnya itu terlindung dari ribut taufan.
Atau barang kali kerana tempat itu jauh dari pusat mala petaka spt tsunami, gempa bumi atau letusan gunung berapi....
Semoga Allah jauhkan kita dari cara berfikir orang di atas.
Biarpun kita sangka kita dapat selamat dari mala petaka alam yg biasa berlaku, dapatkah kita lari dari Allah subhaanahu wa Taala ?
Sesungguhnya, Allah yang kita sembah itu adalah lbh besar, lebih kuat, lbh hebat dari segala sesuatu dan tidak akan terkalahkan...
Allah sudah membuat 1 hukum bahawa kehidupan dunia ini hanya bagaikan hujan yg turun menyirami tumbuh2an... maka tumbuhan itu menjadi subur, tetapi kemudian ia akan jadi kuning, mati dan kering , lalu diterbangkan angin.
Al-Kahf : 45
وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلَ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا كَمَآءٍ أَنزَلْنٰهُ مِنَ السَّمَآءِ فَاخْتَلَطَ بِهِۦ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيٰحُ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ مُّقْتَدِرًا
Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia), kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka menjadi subur karenanya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah, Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Comments
Post a Comment