MIMPI SANG CACING
Seekor cacing tinggal di dalam 1 gua, di dasar lautan yg sangat gelap..
Cacing itu terfikir2... bagaimanalah rasanya kalau dia berada di luar gua ini, apakah sama spt berada di dalam gua ?
Kedua, dia terfikir... dI atas lautan ini, adakah lautan yg lain ?
Panjangnya fikiran si cacing tadi, sehingga dia terasa amat letih dan tertidur
Bagaimana cacing yg lemah lagi kecil itu akan mampu untuk keluar dari gua dan naik ke permukaan lautan yg terletak beberapa km di atas gua ?
Dengan takdir Allah, ketika terlelap itulah sang cacing telah bermimpi...
Di dalam mimpinya itu, sang cacing di datangi oleh seekor ikan yg besar, cantik dan berwarna wani.
Dengan senyuman yg menawan, ikan tadi telah mempelawa cacing untuk menunggang dirinya...
Dengan berhati2 agar sang cacing tidak tercampak, ikan yg baik hati itu mula bergerak ke arah pintu gua, lalu berenang keluar dengan gemalai ke arah lautan yg luas
Mimpi sang cacing tadi berlangsung bagaikan mimpi yg benar. Hati cacing menghayatinya dengan penuh ketakjuban..
Di dalam samar lautan tadi, cacing dapat melihat dasar lautan yg berlumpur. Haiwan2 bercengkerang, batu dan karang, kurita, kerang dan lokan..dan segala macam makhluk yg sukar untuk diceritakan
Inci demi inci, kaki demi kaki, semakin lama semakin tinggi naiknya si cacing.....hingga hampirlah sudah sang cacing yg lemah tadi utk sampai ke permukaan lautan
Pelbagai pengalaman samaada pengalaman rasa atau penglihatan yg dialaminya. Lautan yg asalnya gelap bertukar menjadi semakin terang...cahaya semakin bertambah dan yg pemandangan yg indah itu menjadi semakin indah
Tetapi bagi sang cacing, yg dia benar2 impikan di dalam mimpi itu ialah untuk mengetahui, bagaimana rupa dan rasanya lautan di atas lautan... Lautan bagaimanakah yg diatas lautan yg ujud ini ? Alam apakah yg ada di atas alam yg dihuni ini ?
Kewujudan di atas kewujudan, rasa di atas rasa... cahaya di atas cahaya
Perasaan berada di dalam gua yg terletak didasar lautan tak sama dengan perasaan berada di luar gua..
Berada di dasar lautan tak sama dengan berada di permukaan lautan kerana alamnya begitu berbeza sekali..
Daripada hanya gelap gelita yg menghimpit diri, berubah kpd suasana yg terang dan indah .. kemudian menembusi arus lautan yg berlapis2 hingga menjengah kepermukaan yg diliputi cahaya.
Manakan sama alam yg dipenuhi cahaya yg gilang gemilang berwarna warni dengan alam yg gelap gulita dan menghimpit diri....
Ribuan anak ikan berwarna warni berenang bermain2 dipermukaan air.
Dihayatinya hempasan ombak dan deruan angin kencang, disaksikannya kapal2 yg besar dan tinggi bagaikan gunung ganang, serta keindahan alam yg tidak pernah dirasainya ketika berada di dalam gua.
Di ufuk sana pula dilihatnya awan mendung yg begitu indah hasil dari refleksi cahaya suria. Awan yg berarak itu kelihatan seakan2 berada satu di atas yg lain. Yg cerah berada di atas yg lbh gelap.. dengan warna putih kuning keemas emasan berombak ombak, indah sekali ..
Seakan2 deria tubuh atau physical senses nya telah bertambah berlipat kali ganda banyaknya...yg mana dengan deria2 baru itu sang cacing dapat merasai kelazatan2 baru yg tidak pernah terdetik dihatinya sebelum ini.
Seakan2...terlupalah sang cacing akan segala penderitaannya selama ini, terpukau oleh kehebatan alam yg amat tinggi..
Jauh... jauh sekali perbezaannya jika dibandingkan dengan segala pengalamannya sebelum ini.
Tidak mampu dia nk ceritakan .. Takjub bin takjub bin takjub. Semuanya hanya dapat dinukilkan dengan satu perkataan sahaja, iaitu TERCENGANG...
Comments
Post a Comment