KESEIMBANGAN DAN KESEMPURNAAN
Assalamualaikum semua.
Ketika engineer mencipta sebuah kereta, mereka akan membinanya dari bahagian2 atau komponen2 kereta kemudian memasang atau menyambungkan setiap bahagian kpd bahagian yg lain hingga kereta itu mampu berfungsi dengan baik.
Setiap bahagian kereta akan disesuaikan dgn bahagian yg lain supaya komponen2 itu tidak saling bertentangan atau berselisih akibat ketidak sesuaiannya.
Semakin baik kesesuaiannya, atau semakin tiada perbezaan atau pertentangan di antara setiap bahagian kereta itu, makin semakin baiklah jadinya hasil ciptaannya
Saiz roda dan tayar, berat kereta, panjang dsn lebarnya, ketinggian dinding, saiz pintu, tingkap, cermin, kelajuan kereta yg mahu dicapai, stering, enjin, injection, komputer, lampu, brake, gear dan bermacam2 lagi mesti seimbang dan tidak boleh saling berbeza atau bertentangan.
Kesempurnaan dicapai dengan ketepatan keseimbangan, walaupun keseimbangan itu sendiri tidaklah rigid atau tetap, tetapi setiap komponen tadi mestilah saling membantu, menguatkan atau support di antara 1 dengan yg lain.
Sebab itu, apabila 1 bahagian kereta itu rosak, mekanik akan mencari pengganti yg paling tepat atau sama dengan yg telah rosak. Perbezaan alat ganti yg baru dengan yg sepatutnya akan menjadikannya cepat rosak, tidak berfungsi atau membahayakan nyawa penumpang.
Inilah yg dikatakan bagaimana setiap bahagian itu saling tidak berbeza atau bertentangan.. hasilnya ialah dapat mengelakkan perpecahan dan kerosakan.
Jika bahagian2 yg membentuk tubuh kereta itu saling berbeza, tidak sesuai atau saling tidak kena diantara 1 sama lain, natijahnya ialah rosak, pecah dan kehancuran.
Situasi inilah yg dipanggil keseimbangan yg sempurna. Bahkan kesempurnaan itulah keseimbangan, dan keseimbangan itu juga adalah kesempurnaan.
Bukan sahaja engineer.. tetapi arkitek, penulis, petani, pendidik, ibu bapa, tukang gunting rambut, doktor, pemuzik, tukang masak, juru hias rumah, mak andam...malah, setiap professional akan mengejar keseimbangan kerana pada keseimbangan itulah wujudnya kesempurnaan.
Saling bertentangan akan melahirkan perpecahan dan kerosakan. Saling bersamaan dan saling seimbang akan melahirkan kekuatan, keindahan dan kesempurnaan...
Lihat kpd alam ini, kita akan dapat nampak keseimbangan yg menghasilkan kesatuan dan kesempurnaan penciptaannya
Al-Mulk : 3
الَّذِى خَلَقَ سَبْعَ سَمٰوٰتٍ طِبَاقًا ۖ مَّا تَرٰى فِى خَلْقِ الرَّحْمٰنِ مِن تَفٰوُتٍ ۖ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرٰى مِن فُطُورٍ
Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang bertentangan/berbeza. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu perpecahan/perselisihan ?
Di arena kehidupan disatu savanna, pasti mereka perlukan keseimbangan untuk mengelakkan saling merosakkan dan kehancuran. Flora dan fauna mesti seimbang. Beburung, haiwan, tumbuhan, bekalan air, angin, hujan, teduhan kepanasan dan jenis2 haiwan yg tinggal di sana berada di dalam situasi keseimbangan.
Itulah kesempurnaan keseimbangan ekologi.
Setelah mencapai takat keseimbangan, sesuatu daerah ekologi itu akan mampu bertahan ratusan tahun sehinggalah ada sesuatu yg merosakkan kesempurnaan keseimbangan tersebut.
Bagaimana dgn kehidupan insan atau an nas ? Kehidupan manusia sebagai individu dan ummat ?
Jika kesimbangan adalah kesempurnaan, bagaimana manusia dapat menjadi insan dan ummah yg sempurna ?
Bagaimana dapat dicapai keseimbangan diantara hati, jiwa, nafsu, akal, angan2, spiritual, fizikal, emosi, intelek dll ?
Bagaimana dapat dicapai baik hubungan dengan perintah dan baik hubungan dgn yg Memberi Perintah ?
Bagaimana nk seimbangkan diantara syariat, hikmat syariat, ilmu2 hakikat dan makrifat ?
Bagaimana nk seimbangkan di antara kepentingan individu dan ummat ? Sebanyak mana untuk diri kita sendiri dan sebanyak mana untuk ummat ?
Adakah 100% untuk diri sendiri itu yg paling baik... hingga kita menjadi orang yg terbaik, sedangkan kita melupakan ummat ?
Bagaimana kita dapat mencapai keseimbangan kerana di sanalah letaknya kesempurnaan.
Sesungguhnya masing2 bahagian itu ada haknya...diri, masyarakat, alam dan Allah. Hak masing2 perlu ditunaikan.
Nabi saw bersabda yg bermaksud : Aku Berpuasa dan aku berbuka, aku bangun dan tidur dan aku bergaul dgn wanita... Barangsiapa tidak mengikut sunnahku, maka dia bukan golonganku.
Sunnah Rasulullah saw adalah keseimbangan, bahkan... Islam adalah agama kesempurnaan keseimbangan...
Comments
Post a Comment