FIKRAH DAN AMALAN
Assalamu'alaikum sekalian ahli diskusi sufi..
Mari kita bersarapan dengan konsentrasi, berbual konsentrasi dan sebarkan ilmu konsentrasi.
Konsentrasi adalah kunci kpd ibadat secara IKHSAN .. iaitu ibadat yg terbaik yg dapat dilakukan oleh orang2 Mukmin.
Ada Mukmin yg mampu dlm situasi IKHSAN sepanjang masa..
Ada yg IKHSAN ketika solat
Ramai yg tak mencapai iKHSAN, tetapi hanya mampu BERKONSENTRASI..
Ada yg lebih banyak berada di dalam konsentrasi dari di dalam kelalaian
Ada yg hanya konsentrasi ketika solat
Ada yg baru nk belajar konsentrasi, alhamdulillah
Ramai yg tiada ilmu konsentrasi atau PENUMPUAN..
Maka mereka beribadat / solat dengan bacaan dan ingatan kpd ayat, pujian2, huruf dan nama/asmaul HUSNA, alhamdulillah
Apabila kita berada di 1 tangga/makam, kita patut berusaha untuk naik ke makam yg lbh tinggi
Ketika kita berada di makam memuji Allah dengan mulut dan lidah, kita patut berusaha untuk ingat dengan sepenuh jiwa dan hati.
Janganlah lemah hati atau berputus asa. Jiwa yg putus asa adalah jiwa yg MATI. .. Yang lemah hati adalah jiwa yg SAKIT.
Ada banyak cara untuk menyebarkan kefahaman.
1. Penulisan, WA, blog, buku
2. Seminar, ceramah
3. Lujnah, kumpulan diskusi kecil, ngeteh bersama, TTS
4. Pertemuan fardiyah berdua2..
5. Youtube
Perkembangan ilmu KONSENTRASI meliputi 2 aspek
1. FIKRAH / kefahaman
2. Amalan, terutamanya amalan dalaman/spiritual.
Kefahaman/fikrah tanpa amalan dalaman/amalan rasa/amalan spiritual adalah ibarat kita belajar bertani tetapi kita tidak bertani... kita hanya faham dan pandai bercakap.
Amalan spiritual tanpa fikrah adalah seperti kita bertani, ada hasilnya... tetapI tak ada kepuasan kefahaman, sukar untuk menerangkan dan sesekali melakukan kesilapan kerana kurang faham.
Yg terbaik ialah kita usahakan kedua-duanya.
Comments
Post a Comment