APA ITU RASA DAN AKIBAT DEBAT
Assalamu'alaikum
Semoga anda semua berbahagia
Anda mungkin bertanya, sebab apa perlu belajar ilmu rasa
Kita sudah faham berdasarkan dalil2 bahawa Allah sangat suka di *Ingat dan disembah* , dan Allah mahu diingat ketika *berdiri, duduk dan baring* , yg bermaksud diingat dlm semua keadaan.
Kita pula ada banyak kerja, spt mengajar di sekolah yg perlukan kita bercakap dengan pelajar.
Ingat pula bukanlah hanya dengan *menyebut nama Allah* atau *memuji* Nya dengan lisan. Ada juga orang yg mampu memuji2 Allah dengan minda. Contohnya ketika dia berbual, mindanya akan selalu menyenut *Allah, Allah ...*
Mengamalkan menyebut nama Allah dengan minda itu sudah sangat baik, jika mampu dilakukan berterusan.. berarti mindanya akan melakukan 2 kerja sekali jalan, iaitu mengajar anak murid dan menyebut2 nama Allah.
Sekarang, mari kita fikirkan situasi ketika kita demam, sakit perut, atau sakit gigi.. , dan kita pula kena siapkan 1 artikal atau lapuran kerja.
Disepanjang proses menyiapkan kerja tersebut, kita tetap *tidak lupakan penyakit kita itu* . Minda kita kita tidak menyebut ; demam, demam, demam... , tetapi kita tetap tak lupa yg kita sebenarnya sedang demam.
Inilah yg dikatakan mengingat dengan *rasa*.
Bagaimana pula mengingat dengan perasaan ?
Katakanlah kita disakitkan hati oleh seorang lelaki.... hati kita cukup marah dgnnya. Perasaan marah itu begitu meluap2 sehingga apa sahaja yg kita lakukan, perasaan itu sentiasa kita rasai. Jantung berdebar laju, nafas cepat dan jari menggeletar... ini semua adalah tanda2 tubuh kita sedang dikuasai oleh emosi yg berlebihan. *Inilah perasaan marah* yg sentiasa menyerang kita, yg juga difahami sebagai *mengingat dengan perasaan*
Ketika kita rasa sangat marah itu, *dada kita terasa panas hingga terasa tidak selesa dan sukar untuk tidur* . Rasa panas ini mungkin bertahan beberapa jam atau hari. Inilah yg dikatakan *mengingat dengan rasa*
Bagaimana boleh timbul *rasa* panas tadi ?
Ketika kita sedang sangat marah *ada sesuatu seakan2 wap atau asap berwarna merah timbul di dalam dada kita* . Wap merah inilah yg dirasai kepanasannya...
Tetapi wap ini bukanlah wap yg dapat dilihat dengan pandangan mata zahir. Ia hanya dapat dilihat dengan pandangan batin sebagai sesuatu yg kemerah-merahan seperti wap atau gas yg di dalam dada kita.
Mereka yg punya deria batin yg sensitif akan dapat merasai kewujudan wap merah ini. Yg tidak sensitif, tidak dapat merasanya....
Bagaimana pula jika yg masuk ke dalam dada kita itu seuatu yg berwarna putih, spt cahaya atau aura yg berwarna putih ?
Warna putih ini boleh terbit apabila hati kita tenang mengingat Allah... Maksud saya mengingat, bukan sekadar menyebut, tetapi benar2 ingat kpd Allah.
Ketika itu kita mungkin akan terasa sedikit dingin di dalam dada kita. *Yang membolehkan kita merasa itu ialah deria rasa batin*
Apa yg dapat menumpulkan *rasa spiritual* ?
*BERDEBAT*
Berjidal itu ada kalanya ada faedahnya. Lihatlah.. ada surah yg namanya mujadilah atau wanita pendebat. Wanita memang pendebat yg baik.
Tapi, wanita2 yg sentiasa berdebat, berminda debat, sentiasa fikir bagaimana nak mendebat kata2 orang akan tumpullah bakat *rasa spiritualnya*
Lelaki pun sama jugak.. jangan nk berlagak 😄
Mendebat itu ada tempatnya... *maka jidallah dengan lebih baik/ahsan* , Allah lbh mengetahui siapa yg tersesat dari jalan Nya.
Kerana itulah di dalam kitab ulama sufi, mereka tidak menggalakkan jidal. Kalau tak percaya, cubalah anda berjidal selama 1 jam , kemudian serta merta dirikan solat.. *solat anda tidak akan mampu berdiri melainkan jungker walik* .. sekian
Ada orang yg mampu berdebat tanpa goyah konsentrasinya... tetapi *rasanya akan tetap merosot*
Kenapa konsentrasinya tak goyah ? Sebab ketika dia berdebat, dia mengekalkan konsentrasi, atau ingatan kpd Allah, dan debatnya juga kerana Allah.
Tetapi... kalau kita berdebat sekadar kita suka berdebat untuk mengasah minda, suka dianggap pandai, suka menang.. apa gunanya ?
Debat untuk memenangkan agama itu tidak mengapa, malah di suruh. Dr Zakir Naik pun berdebat untuk meyakinkan manusia akan Tauhid dan Islam. Dia itu memang hujjatul Islam.
Kita pula hujjatul apa ?
Hujjatul hawa nafsu ?
.... tak guna
Comments
Post a Comment