DISKUSI SUFI , REFLEKSI DIRI
Assalamualaikum
Diskusi sufi telah dibentuk pada 23 April 2014.
Beberapa hari lagi ia akan berusia 3 tahun.
Alhamdulillah, di sepanjang tempoh ini diskusi telah semakin berkembang dan menjadi lbh fokus kpd tujuan ia dibentuk, iaitu diskusi ilmu2 penyucian diri.
Telah banyak ayat suci, hadith Nabi saw, riwayat2 dan nasihat2 yg terus terang dan satira dikirimkan... semoga ia membawa kesan yg positif kpd pembaca setia.
Kita berusaha, Allah yg memberi
Kalau dahulu ada banyak kiriman berunsur politik dgn alasan yg amalan politik pun perlu dibersihkan, tetapi alhamdulillah sekarang sudah banyak berkurangan.
Tazkiyah yg menjadi tujuan diskusi sufi ini adalah berkaitan hati dan jiwa dalaman kita, bukannya amalan berpolitik yg merupakan penzahiran dari situasi hati dan jiwa dalaman.
Yang saya maksudkan dengan jiwa dalaman ialah NAFS, spt apa yg disebutkan di dalam al Qur'an : Beruntunglah orang yg menyucikan NAFS nya dan merugilah orang yg mengotorinya
NAFS ialah diri kita yg tidak kelihatan yg tersembunyi di sebalik tubuh fizikal kita. Ia terbentuk dari hawa nafsu, akal dan angan2 kita..
Biarpun NAFS ini tersembunyi di sebalik JASMANI kita, tetapi kewujudannya dapat kita rasai, dan kesan aksinya juga dapat dirasakan.
Jika NAFS kita kotor, aksinya ialah HASIL yg tidak baik. Contohnya, jika ketika kita SOLAT ... hanya tubuh jasmani yg benar2 solat, tetapi NAFS hanya solat sambil lewa, maka hasilnya ialah solat yg tidak sempurna. Solat tadi tidak mampu mengubah keperibadian kita dan tidak mampu mencegah dari keji dan mungkar.
Sebab itu ketika kita solat, kita mesti kawal HATI , HAWA NAFSU, AKAL dan ANGAN2 kita. Tidak cukup dengan kita bertengkar soal ketepatan aksi tubuh jasmani dan bacaan lisan ketika solat, tetapi hendaklah juga dijaga amalan2 batin di dalam solat.
Apakah dalilnya ?
Di zaman ini, orang sukakan dalil kerana agama mesti ada dalil....
Dalil pertama ialah ayat 1 dan 2 surah al Mukminun yg bermaksud : TELAH BERJAYA ORANG2 MUKMIN, IAITU ORANG2 YG KHUSUK DI DALAM SOLATNYA.
Dalil kedua , ayat ke 14 surah at Ta Ha yg bermaksud : Sesungguhnya Aku adalah Allah, tidak adalah ILAH (Tuhan yg disembah/diabdikan diri) melainkan Aku, maka abdikanlah diri kpd Aku, dan DIRIKAN SOLAT UNTUK INGAT AKU.
Dalil ke3 , ayat ke 16 surah al Hadid yg bermaksud : Belum sampaikah waktunya bagi orang2 yg percaya.. untuk KHUSUK HATI MEREKA INGAT ALLAH DAN APA YG TURUN DARI ALHAQ ... dan janganlah mereka seperti orang2 yg sebelumnya telah diberikan al kitab kpdnya, kemudian berlalulah masa yg panjang dan HATI MEREKA MENJADI KERAS. Dan kebanyakan mereka adalah fasik (orang2 yg melakukan kerosakan/pembuat dosa2 besar).
Dalil ke4 , ayat 45 surah al Ankabut yg bermaksud : ...... , sesungguhnya SOLAT ITU MENCEGAH KEJI DAN MUNGKAR, DAN SESUNGGUHNYA INGAT ALLAH ADALAH LBH BESAR...Dan Allah mengetahui apa yg kamu usahakan.
Dalil ke5 , ayat 46 surah al Baqarah yg bermaksud : Dan dapatkanlah pertolongan (dari Allah) dengan sabar dan solat, dan sesunguhnya yg demikian itu sungguh payah, KECUALI ORANG2 YG KHUSUK.
Dalil ke6 , Sabda Nabi s.a.w. yg bermaksud ; “Sesungguhnya seorang lelaki selesai menunaikan solat, namun tidak ditulis pahala untuknya melainkan sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, sepernam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua”
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban dari ‘Ammar bin Yasir r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini soheh. Lihat. Al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 1978).
Dalil ke7 , Rasulullah s.a.w. bersabda: “Amal seseorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari kimat adalah solatnya, jika(solatnya) baik maka dia telah berbahagia dan beruntung, dan jika(solatnya) telah rosak maka dia telah celaka dan merugi. Jika dia mengurangi kewajipan, Allah berfirman: “Periksalah, apakah hamba-Ku mempunyai amalan sunah(solat sunat) yang dapat menutupi kekurangan kewajipannya?” kemudian, begitulah semua amalnya dan dihisab.” H.R. At-Tirmidzi –katanya hadis ini hasan
Dalil ke8 , Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :“Siapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya.“ (Hadis Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)
Dalil ke9 , Rosulullah saw bersabda : Jika seseorang sholat pada awal waktunya, maka sholat itu akan naik ke atas langit merupakan cahaya hingga berhenti di ‘arsy, lalu sholat itu memintakan ampun untuk pelakunya hingga hari kiamat, sambil mengatakan : Semoga Allah melindungimu, sebagaimana engkau telah menjaga aku. Dan jika seorang sholat di luar waktunya, maka sholatnya itu naik ke atas langit dengan diliputi kegelapan. Kemudian telah sampai ke atas langit lalu dilipatlah sholat orang itu seperti melipat kain yang robek, dan kemudian dipukulkan kepada pelaku sholat tersebut sambil berucap : Semoga Alloh mengabaikan kamu sebagaimana engkau telah mengabaikan aku. (Tabrani)
Cahaya solat yg meluncur naik keatas langit itu sudah tentu tidak dapat disaksikan dengan mata jasmani, tetapi keujudannya telah disahkan oleh hadis Nabi saw ini.
Banyak lagi dalil2 tentang betapa pentingnya KHUSUK SOLAT dan PEMBERSIHAN HATI / JIWA ...
👆🏾 Semua yg diatas itu adalah sebagai MOTIVASI kerana kita mungkin kita sudah sama2 faham perkara ini.
Yg menjadi masaalahnya bukanlah tak mahu, tetapi TAK MAMPU utk melakukannya..
Jadi, apakah tindakan yg terbaik yg patut kita lakukan ?
Comments
Post a Comment