TANYA SAMA HATI
Assalamu'alaikum kpd semua ahli diskusi dan selamat datang kpd yg baru.
Hati atau fuad adalah 1 kurnia Allah yg sangat berharga.
Kerja hati adalah bagaikan raja di dalam diri kita.. Jika kita mahu mengubah diri kita, maka kenalah kita ubah hati kita terlebih dahulu..
Setelah hati itu berubah, maka seluruh diri kita akan jadi bagaikan kerbau dicucuk hidung.
Biar sebesar mana tubuh kerbau itu, ia akan menurut kehendak tali yg terikat di hidungnya.
Ke mana sahaja tali itu ditarik, ke sanalah perginya dia
Kerana itu, baik-baiklah kita menjaga dan mendidik hati kita.. amiin ya Allah.
*Lirik Lagu Bila Hati Sudah Sayang*
Bila hati sudah sayang
Semua menjadi indah
Marah bagaikan gurauan
Bencimu tak kudendami
Apalagi senyumanmu
Ku terbayang kala rindu
Tidak perlu kujelaskan
Apa yang aku inginkan
Berkasih biarlah satu
Bercinta setia di hati
Hanya itu yang kuharap
Moga hatikan bersatu
Sepenuh rindu hatiku merindu
Debunga cinta penuh di jiwa
Terlalu payah nak ku melupakan
Bila hati sudah sayang
Aku jadi gila bayang
Memuja bulan bintang yang membisu
Entah apa lagi kuluahkan
Untuk ku menyatakan cinta
Setengah nyawaku menahan
Mabuk cinta sakit cinta
Rindu makin menyesak
Namun orang yang di sayang
Diam bersahaja
Usah bermain rasa jika hanya menduga
Nanti tersentuh hati pedih menyeksa diri
Dengarkanlah rayuanku
Berikanlah kasih sayangmu
[25/04 6:40 AM] Rashid benut: Hati adalah tempat terletaknya kekuatan dan kelemahan kita.
Jika hati sudah benar jalannya, sihat dan penuh kesadaran akan Penciptanya, maka bahagialah kita.
*Tetapi jika hati kita sakit, lalai, tidak ada kekuatan untuk menguasai hawa nafsu.. maka disitulah titik tolak kelemahan kita*
Ketika itu hati kita pula yg akan jadi bagaikan kerbau dicocok hidungnya oleh hawa nafsu yg ammarah.
Biarlah hati yg memimpin kita kpd Allah, dan hawa nafsu yg dicocok hidungnya...
Janganlah jadi hawa nafsu yg memimpin, sementara hati pula yg dicocok hidung. Jika ini yg berlaku.. maka akan punahlah kehidupan kita.
*Bila hati sudah sayang*
Bila rasa kasih sudah masuk ke hati lalu menguasai hati
*Semua menjadi indah*
Persepsi kpd apa yg dipandang akan berubah
Apa sahaja yg ada pada yg disayangi, yg dilakukan oleh yg disayangi dan apa kemahuan yg disayangi akan jadi indah
*Marah bagaikan gurauan*
Bila hati sudah terpaut, sudah gila bayang... marah yg disayangi akan dianggap gurauan. Apa sahaja yg diterima akan ditafsirkan secara positif.
*Bencimu tidak ku dendami*
Ketika itu tidak ada lagi dendam kesumat walaupun dia dibenci atau direndahkan ... Tetap yg disayangi juga yg dikejar...
*Apa lagi senyumanmu*
Ketika dimarahi pun dia rasa gembira, maka sudah tentu ketika diberikan senyuman..maka dia akan melonjak bagaikan gila..
*Ku terbayang kala rindu*
Kemana dia berjalan, berdiri, duduk dan baring... asyik terkenang. Terbayang2 wajahnya dalam kerinduan..
Saya tuliskan ini semua untuk menunjukkan kuasa hati yg dihadiahkan Allah kpd kita. Bila hati sudah jadi spt di 👆🏾, *apa lagi nk dikata...*
Semua yg dipandang dan didengar adalah bagaikan bunga dan nyanyian..
Ada 1 lagi lagu yg sudah biasa kita dengar, iaitu *tanya sama hati*
Lirik Lagu Tanya Sama Hati - P.Ramlee
Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
*Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang* ,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali
Tanya sama hati, apa rasa sayang,
Adakah tandanya, nampak dipandang ?
Adakah zuk sayang itu boleh dipandang ?
Sudah tentulah tidak boleh ..
Yang boleh dilihat hanyalah tanda2nya..
Pada kemesraan
Pada kerinduan ..
Pada mimpi yg melanda
Maka tidak hairanlah al Qur'an berulang kali menyebut pasal hati.
Allah sebutkan tentang pendengaran, penglihatan dan hati yg jarang disyukuri.. As-Sajdah : 9
ثُمَّ سَوّٰىهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۦ ۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَالْأَفْـِٔدَةَ ۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ
Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya Roh-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu *pendengaran, penglihatan dan hati; sedikit sekali kamu bersyukur*
*BAGAIMANA NK MENGUBAT HATI* agar hati menjadi sihat, kuat dan mampu memimpin diri kita ke jalan yg lurus ?
Sepatutnya, ilmu hati inilah yg kita pelajari terlebih dahulu sebelum belajar ilmu2 lain..
Sebelum belajar a b c , alif ba ta, sebelum belajar matematik dan sains.. kerana biar berapa tinggi banyak ilmu kita, tetapi yg paling tinggi ialah ilmu hati.
Apa sahaja yg kita lakukan, Allah akan lihat apa yg di dalam dada
Luqman : 23
وَمَن كَفَرَ فَلَا يَحْزُنكَ كُفْرُهُۥٓ ۚ إِلَيْنَا مَرْجِعُهُمْ فَنُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوٓا ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Dan barangsiapa kafir maka kekafirannya itu janganlah menyedihkanmu. Hanya kepada Kami-lah mereka kembali, lalu Kami beritakan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. *Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi dada*.
Comments
Post a Comment