BUKTI ADANYA ALLAH

PERBEZAAN KAMBING DAN MANUSIA

Kambing :

Menyusu hingga usia 3 bulan

Usia 7 bulan ... bunting

Usia 12 bulan... beranak

Lepas itu, setiap 8 bulan akan bunting dan beranak

Pada usia 8 atau 9 tahun, ia sudah mencapai usia tua.

Untuk kambing2 baka biasa, tempoh penyusuan hanya 3 bulan, dan selepas itu susunya kering.

Manusia

Menyusu hingga usia 2 tahun

Usia 1 tahun, belajar berdiri, berjalan dan bercakap

Proses belajar akan berterusan selagi dia hidup

Usia 10 - 15 tahun .... akil baligh

Kekerapan hamil dan beranak... 2 tahun 1 kali

Usia 50 menopause

Usia 70 - 80 .... tua

Jelas sekali, manusia sangat ketinggalan dengan kambing.

Jika pada usia 1 tahun, kambing betina sudah pandai menjaga anak dan menyusukan anak, bayi perempuan pula baru belajar berjalan dan bercakap.

Jadi, di manakah kelebihan manusia jika dibandingkan dengan kambing ?

Kelebihan manusia ialah pada kemampuannya untuk belajar.

Biarpun manusia lambat mencapai usia matang, tetapi kelemahan ini di compensate oleh kebolehan manusia untuk belajar...

Kenapa manusia mampu belajar ?  Kenapa kambing tak mampu belajar seperti manusia ?

Ketika saya memindahkan kambing yg beranak ini ke bilik yg khas.. ibu ini sangat sayang pada anaknya. Dia jilat seluruh tubuh anaknya dari basah air mentuban. Dia rawat anaknya dan cuba bantu anaknya berdiri. Lepas itu, dia akan tolak anaknya kebelakang, iaitu kearah puting susu supaya anaknya hisap susu. 

Dari mana ibu kambing itu belajar ilmu sebegini, sedangkan tiada mana2 kambing lain mengajarnya buat kerja nursing ..

Bagaimana kita kawal benda2..?

ehm .. contohnya kereta, roket, hp dll

Biasanya kita akan gunakan kawalan secara makanikal, elektronik dan yg paling canggih ialah kawalan digital komputer moden.

Di dalam tubuh kambing dan manusia, kawalannya ialah kawalan biologi.

Salah 1 kawalan biologi ini ialah kawalan hormon.

Hormon ialah bahan biokimia yg dihasilkan oleh tubuh.

Dalam tubuh manusia dan kambing ada banyak hormon. Semuanya sangat penting sebagai alat mengatur kesempurnaan fungsi tubuh.

Pada manusia ada hormon lelaki dan wanita.

Hormon wanita akan merangsang proses akil baligh dan persediaan badan untuk boleh hamil dan berzuriat.

Hormon2 tersebut ialah estrogen, progesteron, LH, Vasopressin, prolactin dan oxytocin.

Estrogen, progestron dan LH ... mengatur pusingan kesuburan dan haid.

Vasopressin ada kaitan dgn emosi

Prolactin dalam pengeluaran susu

Ozytocin dalam proses kelahiran, pengeluaran susu dan emosi...

Dengan adanya pengeluaran hormon tadi, maka timbullah rasa kasih ibu kambing kpd anaknya.

Ketika rahimnya masih sakit, dia sibuk bersihkan bulu anaknya, membantu anaknya berdiri dan menyusukan anaknya.

Mengikut kajian sains, kasih ibu ini adalah hasil tindakan hormon prolaktin, hormon oxytocin dan vasopressin.

Hormon2 itu dihasilkan di dalam otak, iaitu di hypothalamus , dilepaskan ke pituitari belakang, dan kemudian dilepaskan ke aliran darah..

Otak emosi pula terletak di daerah sistem limbik yg merupakan lokasi hipothalamus tadi.

Otak terdiri dari sel2 yg berfungsi dengan tindak balas biokimia. Ada bermacam2 bahan biokimia yg dihasilkan oleh sel2 otak... dan semuanya berfungsi sebagai alat untuk kita mampu berfikir, beremosi, bertindak balas, berkhayal, menyelesaikan masaalah, menikmati musik, puisi, berkomunikasi, respond kpd pelbagai ransangan dan macam2 lagi...

Kalau komputer hanya beasaskan sistem digital... otak jauh lbh kompleks kerana ia melibatkan pelbagai hormon,  neurotransmitters, enzim dll . 

Paras bahan2 tersebut sentiasa berubah mengikut keperluan dan suasana.

Biarpun ilmu sains sudah maju, masih banyak lagi yg kita tak faham tentang apa yg berlaku di dalam tubuh kita, terutamanya di dalam otak.

Biarpun kita belum faham apa yg mengatur fungsi biologi diri kita ini, tetapi tubuh kita tetap berfungsi dengan sempurna sejak dahulu kala lagi...

Apa yg kita perlu buat hanya berkahwin, kemudian akan hamil, melahirkan anak, menjaga hingga anak dewasa... dan seterusnya.

Kita kata kita membesarkan anak, tetapi apa yg sebenarnya kita buat bukanlah membesarkan anak.

Kita hanya jaga kebersihannya, jangan kesejukan, menyusukan, beri makan dll..

Kita susukan, dan kita harap anak itu akan membesar dengan sihat. Kita tidak besarkan anak kita...

Bila kita menyuap makanan ke dalam mulut, kita hanya berharap semoga setiap komponan makanan itu akan terproses sebagaimana sepatutnya....

Kita tidak ambil tahu langsung bagaimana Allah uraikan daging ayam menjadi asid amino yg cukup halus dan boleh diserap ke dalam darah.

Darah akan membawanya ke sel2 otak.. di hypothalamus, asid amino tadi dijadikan bahan untuk membentuk sejenis protein atau poleptide yg dinamakan hormon oxytocin dan prolaktin dll..

Proses ini pula berlaku pada waktu yg tepat mengikut tahap kehamilan si ibu.

Hanya selepas ribuan tahun manusia wujud di muka bumi, batulah saintis menjumpai rahsia2 ini.. itupun mazih banhak yg belum difahami.

Kalau kita harapkan kecerdikan kita untuk mengatur semua proses yg rumit ini, tentulah mustahil.  Kita nk melihat benda2 itupun memerlukan mikroskop elektron.

Benda2 itu semua, iaitu sel2, molikul2 hormon dan lain2 bahan biokimia semuanya tak ada akal untuk berfikir.. Jadi siapa yg mengatur semua itu hingga menjadi begitu sempurna ?

Kita semua ada talifon pintar. Kita boleh ambil gambar dan video dgn nya.

Otak kita juga mampu merakam gambar dan video.

Kita yg bersekolah di sekolah yg sama pada 40 tahun dahulu, masih ingat lagi wajah kawan kita ketika itu, cara dia bercakap, bergurau, perangainya dan macam2 lagi. 

Suara kawan2 seperti hj Razif, KJ  pada masa ini masih ada persamaan dengan suara mereka 40 tahun dahulu..

Kalau kita takjub dengan talifon pintar yg baru dicipta, tidakkah kita takjub dengan otak kita yg begitu pintar ?

Kita kata, telefon tu dibuat oleh saintis dan engineer Samsung .... jadi siapa yg mencipta otak kita yg jauh lbh hebat dari telefon pintar Samsung ? 

Telefon pintar tak ada fungsi emosi spt marah, suka, cinta dll.. tapi otak kita ada fungsi itu

Baru beberapa tahun telefon itu kita beli, ia sudah rosak .... kena beli baru.

Otak saya ini saya dah pakai sejak tahun 1961 ... sampai sekarang masih baik lagi.

Emak saya pakai otaknya sejak tahun 1937.. memorinya masih sangat baik, walaupun dah 2x kena stroke.

Komputer di dalam kereta merce tu.. baru berusia 22 tahun sudah rosak 2x ..

Otak manusia pula kalau baru berusia 22 tahun, masih tip top lagi.

Kata orang, masih dalam garentee .. Kalau masuk universiti , belum dapat ijazah

Yang hairannya, ada orang2 yg kata otak manusia yg begitu hebat boleh jadi dengan sendiri tanpa ada PENCIPTA nya..

Bagaimana sesuatu yg berlipat kali ganda lebih hebat dari komputer ciptaan manusia boleh dikatanya sebagai jadi sendiri ?

Sebab itu Allah suruh kita perhatikan semua keajaiban ciptaannya, agar iman kita bertambah.

Apakah mereka tidak perhatikan bagaimana unta diciptakan ?

Bagaimana langit ditinggikan ?

Bagaimana gunung ditegakkan ?

Bagaimana bumi dihamparkan ?

Surah al Ghasyiah ayat 17 - 20

Comments

Popular Posts