DALAM PERJALANAN KEMBALI
Assalamualaikum, semoga kita mendapat rahmat...
Al-Mu'minun : 60
وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَآ ءَاتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلٰى رَبِّهِمْ رٰجِعُونَ
Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, sesungguhnya mereka kembali kepada Tuhan mereka,
Tadabbur pagi ini adalah berkenaan orang yg hatinya bergetar kerana *ila Rabbihim raajiuun* yg bermakna *kembali kepada Tuhan mereka*
Kata *raajiuun* ini juga menurut sudut nahu bahasa adalah bermakna *sedang dan akan kembali*
Adakah kita merasai yg *kita ini sedang dan akan kembali kpd Nya ?*
Yaa... dengan merasai proses kembali ini, in syaa Allah kita akan mendapat hati yg bergetar, yg memberi kerana Allah, yg solat kerana Allah ... semuanya kerana Allah.
Apabila kita sedang merasai bahawa sesungguhnya kita ini sedang dan akan kembali kpd Nya... maka kita akan terasa betapa perlunya kita berhati2 dalam setiap urusan yg dilalui.
Tetapi kalau kita terasa yg kita belum lagi memulakan perjalanan kembali... masih lama lagi akan kembali, atau entah bila akan kembali kpd Rabb, *maka hati kita akan rasa biasa2 sahaja, dan kita akan jadi orang yg lalai dan bertangguh dalam melakukan kebajikan*
Allahu a'lam
Dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu berkata,
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam
memegang kedua pundakku lalu bersabda, *Jadilah engkau hidup di dunia inibagaikan orang dalam perjalanan* Lalu Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu menyatakan, *"Apabila engkau berada di sore hari, maka janganlah menunggu hingga pagi hari. Dan apabila engkau berada di pagi hari maka janganlah menunggu hingga sore hari. Pergunakanlah waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu. Dan pergunakanlah hidupmu sebelum datang kematianmu."* (HR. Al-Bukhariy no.6416)
Caranya orang yg di dalam perjalanan ialah tidak suka bertangguh. Maklumlah.. cepat ingin bertemu yg menunggu dan bimbang kehabisan bekalan.
Tak banyak bekalan yg kita bawa di sepanjang perjalanan ini. Sebagai seorang musafir, kita kena berhati2 dalam membelanjakan bekalan yg kita bawa... bimbang tak cukup... Al-Mu'minun : 3
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna ..
Comments
Post a Comment