MATA BATIN
MATA BATIN
Apa yg dimaksudkan mata batin?
Untuk tujuan diskusi dan memudahkan pemahaman, kita boleh bahagikan alam kepada 4 dimensi:
Dimensi pertama ialah alam ketuhanan, yg tidak terikat dengan masa dan tempat.
Dimensi kedua ialah alam malaikat
Dimensi ketiga ialah alam jin
Dimensi keempat ialah alam kasar atau alam jisim
Setelah itu, ketahuilah pula bhwa setiap yg zahir spt jasmani kita , ada batinnya di alam yg lbh halus atau alam malakut . Alam malakut ialah alam dimensi ketiga dan kedua. Untuk melihat alam kasar maka kita akan gunakan mata kasar . Untuk melihat alam dimensi ketiga dan kedua , kita gunakan mata batin . Mata itu berpusat di dalam dada tetapi bersambung ke otak .
Keujudan juzuk dimensi batin pada diri manusia tidak dapat dinafikan . Dalil tentang adanya dimensi batin pada tubuh manusia ialah apabila Rasulullah saw menyebutkan tentang qolbu manusia yg akan dipenuhi titik2 hitam apabila dia melakukan maksiat . Qolbu itu ialah sesuatu yg batin atau halus di dalam diri kita. Sudah tentu qalbu itu bukan jantung atau liver yg merupakan jisim iaitu benda kasar. Di zaman ini sudah ada orang yg berjantung palsu mekanikal dan jantung pemberian orang lain . Apa akan terjadi jika qolbu itu bermakna jantung ? Apakah selepas pembedahan mengganti jantung tiruan itu bermakna dia sudah tiada qolbu atau menggunakan qolbu tiruan?
Jika qolbu pula dimaksudkan sebagai liver , ia kurang sesuai juga kerana letaknya liver ialah disebelah kanan tubuh , di ruang abdomen , di bawah diaphragm . Al Qur'an secara jitu menyebutkan bhwa qolbu itu di dalam dada . AlQur'an juga menyebutkan bhwa qolbu itu hanya satu , sedangkan hati itu ada 4 bahagian . ( The liver is a reddish brown organ with four lobes of unequal size and shape. wikipedia ) .
Kenapa orang Melayu terjemahkan qolbu kepada hati ialah kerana hati itu bermaksud batin , inti atau bahagian dalaman yg paling berarti . Hati itulah tempat tersimpannya perasaan , keinginan dan keperibadian sebenar seseorang . Kata2 seperti ada hati , bermaksud ada keinginan . Hati batu , bermaksud orang yg degil . Lembut hati , bermaksud bersedia untuk menerima seuatu perkara . Kerana itu apabila mereka terjemahkan qolbu , mereka pilih perkataan hati kerana fungsi hati yg menentukan corak , keperibadian atau sikap seseorang , dan bukanlah mereka maksudkan hati liver yg di dalam perut itu .
Di dalam alQur'an ada mengisyaratkan tentang mata batin atau mata qalbu .
Al-Hajj : 46
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِى الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَآ أَوْ ءَاذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصٰرُ وَلٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِى فِى الصُّدُورِ
maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai qalbu yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah qalbu yang di dalam dada.
Benarkah manusia punya mata qalbu yg boleh melihat alam yg lebih halus?
1. Jawabnya benar ! Nabi dan Rasulullah saw dapat berdialog dan melihat malaikat dan alam barzah adalah dengan mata batin . Jika mereka lihat alam itu dengan mata zahir , sudah tentulah kita pun mampu melihatnya .
2. Saidina Abu Bakar telah mengadu akan sifat lupanya untuk terus menerus ingat akan apa yg diajarkan oleh Rasulullah saw . Nabi saw bersabda : jika kamu dapat mengekalkan ingat begitu , tentulah kamu akan dapat berjabat tangan dengan para malaikat ( au kama qaal ) ..
3. Kemampuan S Usman melihat kesan kecurangan mata seorang sahabatnya sering disebut sebagai firasat mukmin , yg hakikatnya adalah mata batin .
4. Begitu juga penglihatan S Umar kpd tentera Islam yg sedang berperang dgn tentera Farsi , sambil menjerit di atas mimbar masjid , " Ya Sariyah , bukit itu , bukit itu ! adalah bukti mutawatir selanjutnya .
5. Ini adalah mata batin Muaz bin Jabal pula . Rasulullah SAW bertanya Muaz bin Jabal ,” Bagaimana keadaanmu di pagi hari ini, hai Muaz?, jawab Muaz bin Jabal r.a,” Di pagi hari ini aku benar-benar telah beriman, ya Rasulullah” Berkata Rasulullah SAW,” Setiap kebenaran ada hakikatnya maka apakah hakikat keimananmu?” Jawab Muaz” Setiap berada di pagi hari, aku menyangka tidak akan menemui lagi waktu sore. Dan setiap berada di waktu sore, aku menyangka tidak akan mencapai lagi waktu pagi .Dan tiada satu langkah pun yang kulangkahkan, kecuali aku menyangka tiada akan diiringi dengan langkah lainnya .Dan seolah-olah kesaksian setiap ummat jatuh berlutut, dipanggil melihat buku catatannya . Dan seolah-olah kusaksikan penduduk surga menikmati kesenangan surga .Sedang penduduk neraka menderita siksa dalam neraka. “Maka sabda Rasulullah SAW : Memang, kamu mengetahuinya, maka pegang teguhlah jangan dilepaskan . . .
Apakah maksudnya perkara ghaib yg Allah sahaja mengetahui, dan diberitahu hanya kepada Rasul-Rasulnya?
1. Alam malakut adalah alam yg ghaib dari mata kasar atau mata jasmani . Adapun yg dimaksudkan perkara2 ghaib yg diberitahukan kpd Rasul2Nya adalah bermaksud perkara ghaib seperti apa yg akan berlaku pada hari qiamat kelak , atau apa yg akan terjadi pada waktu yg akan datang dengan pastinya . “(Dialah Allah) Yang Mengetahui perkara ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada Rasul yang diridhai-Nya” (Q.S. Al-Jin [72] : 26-27) .
2. Kalaulah yg dimaksudkan perkara ghaib yg hanya diketahui oleh Allah swt shj itu adalah alam yang halus seperti alam jin , di dalam surah Jin pun ada disebutkan tentang maknusia yg meminta tolong kpd kaum Jin .
Al-Jinn : 6
وَأَنَّهُۥ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.
3. Jin itu pun masing2 dapat melihat sesama mereka , dan para malaikat pun dapat melihat sesama mereka . Adakah mereka telah menyalahi maksud ayat tersebut , bhwa hanya Allah yg mengetahu perkara2 ghaib dan Rasul2 yg dipilihnya , sedangkan jin2 itupun bukan Rasul Allah tetapi dapat melihat alam yg ghaib dari mata manusia ?
4. Ayat ini menerangkan bhwa yg ghaib itu ialah pengetahuan yg diwahyukan , bukannya melihat alam dimensi ketiga dan kedua .
Al-An'am : 50
قُل لَّآ أَقُولُ لَكُمْ عِندِى خَزَآئِنُ اللَّهِ وَلَآ أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَآ أَقُولُ لَكُمْ إِنِّى مَلَكٌ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحٰىٓ إِلَىَّ ۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الْأَعْمٰى وَالْبَصِيرُ ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ
Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?"
5. Al-Jinn : 26
عٰلِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلٰى غَيْبِهِۦٓ أَحَدًا
Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak menzahirkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu.
Comments
Post a Comment