TERLAMPAU BIMBANG
Pada 1 petang ada 1 pesakit wanita muda yg sudah bersuami datang menemui saya untuk rawatan. Usianya dalam hujung 20an.
Mula2 dia mengadu telinganya kurang dengar.. saya periksa telinganya, bagus
Lepas itu, dia kata mukanya rasa tebal di kedua2 belah. Tak ada rasa sakit. Tak ada herot.
Semuanya nampak OK
Nampak macam stress dan sesekali tergagap2.
Tak ada demam.
Tekanan darah , 100 / 80.
Nadi dalam 80/minit.
Jantung baik.
Pendek kata, semuanya nampak baik kecuali kelihatan ada tanda2 risau dan stress
Saya perhatikan sungguh2... saya fikir masaalah sebenar wanita tersebut ialah kerisauan atau dlm bhsa Inggeris ialah enxiety.
Kerisauan atau kebimbangan sehingga menimbulkan gejala2 pelik spt tadi.
Rupa2nya, sudah lama dia kurang sihat. Sudah ke hospital, Xray dan macam2 test lagi. Doktor di sana pun memberitahu yg dia ada penyakit enxiety.
Waktu malam dia sukar tidur. Sebabnya ialah kerana dia takut kalau dia tidur nanti dia mati dalam tidur...
Selera makan sangat kurang.
Dia tanya saya tentang rasa tebal muka itu ada kaitan dengan kenser atau tidak.
Saya jawab, semua tu adalah kerana kerisauan yg melampau.
PENYAKIT TERLAMPAU RISAU
Patutkah kita terlampau risau dgn masa depan atau kesihatan kita ?
Adakah patut kita risau sehingga risau itu menimbulkan gejala2 yg lain pula spt gangguan pernafasan, pemakanan, debaran dada, gangguan saraf, gangguan tidur, payah nk solat dll ?
Kenal atau makrifah kpd Allah akan menerbitkan rasa cinta dan rindu kpd Allah.
Ia juga menerbitkan tawakkal, ridha, syukur dan kebergantungan kpd Nya.
Makrifah kpd Allah akan menjadikan kita percaya bahawa apa yg Allah tentukan untuk kita adalah baik belaka.
Tetapi, itu semua hanya tiori. Kita tak boleh suruh orang supaya tawakkal dan ridha kalau hati dan jiwanya belum sampai ke makam atau perasaan spt itu.
Semua makam2 di atas adalah hasil dari makrifah, dan makrifah adalah hasil dari usaha / mujahadah untuk mengenali Allah.
Hasil dari mujahadah2 kita itu ialah kurnia berbentuk makrifah dan makam2 perasaan yg berkaitan kenal kpd Allah
Berdasarkan hal ini, saya ajar wanita tadi terapi spiritual, iaitu penumpuan ke hati dan menghampirkan diri kpd Allah.
Alhamdulillah, wajahnya bertambah merah.
Kata2 yg tergagap2 tadi dah kurang.
Saya suruh dia tarik nafas dalam2.. dia boleh lakukan.
Saya minta dia praktis apa yg saya ajar itu, dan saya beri pil penenang agar dia boleh tidur.
Ketika dia berkonsentrasi dia dapat buat ssbagaimana yg diharapkan.
Di sepanjang pengalaman saya merawat pesakit dgn enxiety... biasanya mereka memang mampu melakukan konsentrasi dgn baik sbb deria batin mereka cukup sensitif.
Sbb itulah mereka dapat rasa debaran jantung yg kencang, padahal bila saya oeriksa jantungnya, degupannya hanya sederhana sahaja.
Debaran itu sebenarnya bukan datang dari jantung, tetapi dari 1 kawasan di tengah dada yg sedikit ke kanan dari posisi jantung.
Di sanalah letaknya qalbu kita. Qolbu yg tak tenang kerana risau berlebihan dan kurang tawakkal kpd Allah akan berdebar2... tetapi ini akan hanya dapat dikesan oleh orang yg ada deria batin.
Jika kita rajin berlatih menumpukan ke qolbu kita, lama kelamaan dada kita juga akan jadi sensitif.
Dada kita boleh jadi radar, dan mampu mengesan penyakit debaran atau rasa sesak nafas di dada pesakit jika betul2 menumpukan konsentrasi kita kpd dada pesakit tersebut.
Jika kita menumpukan rasa kebatinan kita ke dada wanita tadi, kita akan rasa seakan2 dada kita sangat sesak, payah nk bernafas.. seakan2 spt dada kita kena himpit atau tekan sesuatu.
Tetapi setelah dia berkonsentrasi secara spiritual, dadanya akan terasa sangat lapang, dan rasa berat yg menyumbat kepalanya spt hilang.
Hasil dari konsentrasi rasa yg betul ialah dada kita akan terasa spt penuh dgn tenaga / energi. Kita rasa enak dan sihat.
Pada wanita di atas, ketika rasa dingin bergerak ke titik wusto di tengah dada, dia terasa spt sebak nk menangis.
Kemudian, bila konsentrasinya bertambah mendalam.. timbul pula rasa panas pijar di bahagian depan dada dan uku hati.
Saya kata padanya : Dia kena tekun melakukan konsentrasi itu hingga yg panas pijar itu hilang.. sebaliknya berganti dengan rasa dingin dan bertenaga
Ada seorang lagi wanita 30an.. seorang cikgu yg mengajar subject science.
Dia juga menghadapi masaalah yg hampir sama, tapi tak adalah tebal muka atau kurang pendengaran.
Sayangnya, cikgu tu sukar diajar teknik konsentrasi sbb tak cukup keazaman.
Dalam mengubati penyakit TERLAMPAU BIMBANG ini, dia kenalah ada tekad yg kuat untuk sembuh
Di dalam al Qur'an ada ayat yg bermaksud : DENGAN INGAT ALLAH HATI JADI TENANG
Tetapi sudah banyak ayat dan tasbih dibaca... kenapa hati tak tenang juga ?
Di sinilah kita perlu kaji...
Kenapa wanita yg pertama tadi boleh dapat ketenangan, walaupun baru belajar dan amalkan dalam 20 minit ?
Cikgu ke 2 tu kata : Mungkin saya kurang kebolehan.
Tidak ! Saya fikir bukan kurang bakat, tetapi kurang TEKAD
Lama dulu... ada 1 lagi wanita muda yg sudah ada anak kecil.
Dia ada masaalah yg sama, dan lbh gawat lagi, dia nampak makhluq halus secara sekilas pandang..
Wanita itu mahu belajar. Alhamdulillah dia cukup berbakat dan boleh buat sgn baik
Beberapa bulan kemudian dia datang ke klinik kerana masaalah lain, dan penyakit yg dulu tu sudah sembuh.
Sebagai bonus, hasil latihan konsentrasi ini menghasilkan solat yg lbh khusuk dan enak. Alhamdulillah.. belajar sekali, faedahnya seumur hidup hingga ke akhirat
Sebenarnya banyak sekali kes2 kerisauan melampau begitu di kalangan orang Melayu
Ada juga lelaki Melayu yg kena.. muda atau tua.
Ada yg risaukan sakit jantung, risau kenser, risaukan sihir, risau sbb nampak benda2 pelik spt batu nisan jalan sendiri.. dan macam2
Ada yg datang dengan panic attack, cramps dan sesak nafas.
Comments
Post a Comment