BAGAIMANA MENCAPAI KHUSUK SOLAT

Untuk mencapai solat yg khusuk, kita kena kenali 3  unsur iaitu

1. Hawa nafsu

2. Akal

3. Angan2

Ya,  3  unsur inilah yg membentuk keperibadian kita, selain dari hati/qolbu

Bagaimana cara untuk mencapai khusuk ?

Langkah pertama ialah, tarik semua 3 unsur tadi ke hati yg di dalam dada.

Apabila kita tarik hawa nafsu, akal dan angan2 ke hati, ia seakan2 sudah menyatu dengan hati.. yg terletak di tengah2 dada

Bila hawa nafsu terbang ke tempat2 yg saya sukai... spt padang golf, pasar raya, tapak projek .... tariklah ia kembali ke hati kita.

Ini akan lebih mudah melakukannya apabila hati kita sudah tersa enak dingin.

Sebab itulah sangat bagus kalau kita rajin berlatih menumpukan rasa dingin di dalam dada

Ada beberapa qaedah untuk membantu dlm penumpuan ke dada :

1. Menggunakan air / ais yg disapukan ke dada  (tahap awal)

2. Menumpukan kpd nafas yg bergerak di dada  (tahap awal)

3. Menggunakan bacaan qarar (very low pitch) iaitu bacaan dada  (biasa difahami oleh ahli taranum al Qur'an)

Qaedah2 ini kita boleh praktikkan. 

Bila sudah advance... perasaannya akan berbeza.

Tetapi bagi mereka2 yg berbakat, spt kanak2, wanita muda, lelaki dan wanita yg tak banyak berfikir, orang2 yg sering dilanda emosi (emotional) ... mungkin mereka tak perlukan teknik2 tersebut

Mungkin mereka2 yg berbakat itu boleh ambil cara singkat sahaja, iaitu terus ke titik tujuan

Manusia banyak angan2..

Angan2 ini payah nk kawal, kerana ia berbentuk spt kapas atau bulu yg berterbangan

Sbb itu, kita kena usaha kurangkan angan2.

Kalau nk layan angan2 punn.. biarlah angan2 itu kerana mengharapkan kebahagian pertemuan  dengan Rabb kita.

Di dalam solat, kita mungkin boleh kawal hawa nafsu dan akal. Tetapi angan2 kita sangat mudah terlepas keluar dari diri kita

Ia cepat sangat terbang ke sana sini.

Sedang enak2 membaca al fatihah, angan2 sudah sampai ke Singapore

Jadi, bagaimana nak hentikan berangan2 ketika solat ?

Tumpukan kpd rasa dingin di dalam dada.

Tarik kembali angan2 yg berterbangan itu balik ke dalam dada

Latihan ini adalah latihan yg berterusan

Ya..

Setelah penumpuan ke dalam dada jadI sangat mantap, qolbu kita akan bercahaya.

Qolbu bercahaya kerana mentol sudah menyala, hidup dengan terangnya.

Atau perumpamaan lain : Api sudah bertemu dengan obor.

Di dalam dada ada pelita atau obor.

Hawa nafsu, akal dan angan2 adalah api...

Apabila api dibawa kpd obor, obor akan menyala

Maka dada akan dipenuhi cahaya

Cahaya itu menyuluh ke atas, bagaikan pancaran cahaya laser

PERSOALAN

Assalamu'alaikum.

Pada kias *Obor* bagaimana usaha dan ikhtiar sorg muslim.. Supaya dapat ia jadikan diri nya *Obor* tuan..?

Sbg cth... Ia sudah mula taat perintah dan larangan Allah Swf..

Ali 'Imran : 110

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ الْكِتٰبِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفٰسِقُونَ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Menjadi Muslim, iaitu orang2 yg patuh kpd perintah2 Allah

Maju ke hadapan lagi... berusaha menjadi Mukmin, iaitu orang2 yg Iman telah masuk ke hatinya

Maka bercahayalah hatinya

Setelah hatinya bercahaya, si Mukmin tadi akan berjalan dengan obor yg menyala untuk menerangi kehidupan ummat.

Bantulah ummat dalam menyalakan obor masing2

Ajaklah ummat kpd taat perintah dan baik hubungan dgn Allah

Comments

Popular Posts