DISKUSI AYAT 30-32 SURAH AL RUM
Jom di pagi ini kita kaji
2 ayat al Qur'an :
Ar-Rum : 31
مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلٰوةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah,
Ar-Rum : 32
مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا ۖ كُلُّ حِزْبٍۭ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.
Allah menyuruh kita BERTAUBAT kpd Nya, BERTAQWA kpd Nya, MENDIRIKAN solat, dan melarang menjadi MUSYRIKIN.
Dan Allah menyebutkan salah 1 ciri musyrikin yg Dia Subhanuhu wa Taala benci itu ialah memecah belahkan deen, yg kita terjemahkan sebagai agama... sehingga penganutnya menjadi berpuak2.
Dua ayat ini sudah sangat jelas maksudnya.
Ia dibaca selepas ayat 30, yg menyuruh kita menghadapkan wajah kpd agama islam dengan lurus / hanif / suci / ikhlas / benar.... seluruh arti kata itu.
Ar-Rum : 30
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِى فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui .
Menghairankan kerana Allah menggunakan istilah WAJAH pada ayat 30 ini.
Tidakkah anda hairan ?
Tetapi pada mereka2 yg memahami spiritualisma Islam akan dengan mudah memahaminya.
Ia adalah suruhan untuk menghadapkan wajah spiritual kpd Nya.. itulah tahap IHSAN dalam beragama. Tahap kosenntrasi yg tidak putus kpd Allah. Tahap ingat Allah dengan sangat banyak. Sesungguhnya, Allah benci kpd orang2 yg lalai.
Apabila kita hadapkan wajah spiritual ini dengan HANIF iaitu lurus, berarti kita telah mengikuti FITRAH atau KEJADIAN KITA yg diciptakan untuk ini dan di atas dasar ini.
Tidak ada perubahan pada fitrah ini.
Maka ayat 31 dan 32 menjelaskan dgn lbh lanjut pula bagaimana menghadapkan wajah kita dgn HANIF kpd agama Allah ?
Iaitu dengan perkataan ' MUNIBINA IALAIHI' ... apa makna perkataan ini.
Munib ialah kembali.. kita kembali kpd Allah.
Di dalam terjemahan al Qur'an ini, ia dimaknakan dengan makna bertaubat. Taubat juga bermakna kembali...
Selepas di suruh kembali, kita disuruh bertaqwa kpd Allah..
Tawa pula berasal dari kata ITTAQA yg bermakna pelihara, dan taqwa itu adalah di hati kita. Yg di lakukan oleh jasmani kita hanyalah penzahirannya.
Kerana itu, ada orang yg bersedekah, tetapi hatinya tidak bertaqwa.
Taqwa ini sangat penting difahami, untuk mampu melakukannya dengan betul.
TAQWA kpd Allah ialah HATI kita memelihara NYA , atau dengan kata lain, terus menerus menjaga haq2 Allahdalam ingatan, penyembahan dan ketaatan.
Tidak mudah bagi yg tidak dipermudahkan oleh Allah...
Sesungsuhnya yg paling mulia di sisi Allah ialah yg paling TAQWA
Selapas ISU HATI yg perlu bertaqwa... barulah Allah menyuruh kita MENDIRIKAN SOLAT, yg sudah tentu dengan penyertaan hati yg taqwa kpd Allah.
Di dalam situasi beginilah baru kita benar2 menghadapkan wajah kita kpd agama yg hanif / lurus.
Kemudian, Allah melarang kita memecahbelahkan agama hingga ummat menjadi berpuak2..
Ikuti sahaja agama yg lurus ini.
Comments
Post a Comment