BUAT APA YG ALLAH SUKA

Kita ini hidup di dalam masyarakat majmuk.

Ada Melayu, Cina, India dan penduduk yg lbh lama berada di tanah air ini.

Padahal pada asalnya kita semua adalah keturunan Adam dan Hawa. Adam turun dari syurga tetapi tubunnya dibikin dari tanah bumi juga...

Tanah itu akan kembali ke tanah

Kita semua akan mati, dan kita akan meraih hasil dari perjuangan kita..

Lalu, apa yg kita perjuangkan ? 

Jika kita mahu hasil perjuangan yg berpanjangan, kita kenalah memperjuangkan APA YG ALLAH SUKA.

Bukannya memperjuangkan APA YG KITA SUKA.

Ada manusia yg sukakan arak, khinzir, bangkai dan benda2 kotor... tapi Allah tak suka benda2 tu.

Allah haramkan benda2 kotor, tidak halal dan berdosa memakannya.

Begitu juga dgn segala perkara, kerana agama Islam itu lengkap mencakup semua perkara.

Sehingga ke sudut kemayarakatan juga ada ajaran Allah di dalamnya. 

Ada yg Allah suka, dan ada yg Allah benci.

Untuk mengetahuinya, kita kena pelajari al Qur'an

Contohnya, kita  mungkin suka makan minum yg lazat2 dan banyak.. hingga kadang2 sampai ke tahap pembaziran, sedangkan masih ramai manusia yg hidup dalam kesusahan.

Bila diingatkan tentang orang2 yg susah, kita kata bukankah sudah ada jabatan2 kerajaan yg ditubuhkan untuk membantu golongan yg susah.

Tetapi Allah sudah menurunkan aturannya : Makanlah , minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan...

Sehingga dalam makan minum pun ada aturannya di dalam al Qur'an.... apatah lagi dalam hal kemasyarakatan

Bila kita boleh bersarapan di bawah RM10, kenapa kita bersarapan hingga RM100 untuk 1 mulut ? 

Bukankah ini sudah dikira berlebih-lebihan ? 

Bila kita boleh tegur dengan teguran RINGAN sahaja, lalu ia sudah memadai... kenapa kita berleter hingga orang sakit hati ?

Bila pendapatan kita sudah mencukupi untuk kegunaan hidup kita, kenapa kita minta RASUAH untuk luluskan projek atau memudahkan projek ? 

Semua itu adalah sikap berlebih-lebihan yg mana sudah ada isyaratnya di dalam aturan makan minum...

Comments

Popular Posts