Diri kita adalah angkasawan

Di sini kita belajar bagaimana menyucikan hati dan jiwa.

Melakukan penumpuan dan bagaimana taqorrub kpd Allah

Proses penyucian BATIN kita kita lakukan dengan berlatih melakukan penumpuan. Ini langkah pertama.

Tanpa melakukan penumpuan, kita tak dapat solat dan tasbih yg khusuk.

Jika tak khusuk, maka tidak berlaku penyucian

Sebagai manusia, kita ada bakat yg berbeza2..

Untuk orang yg BAKAT nya hanya sederhana macam SAYA.. kita mulakan dengan melakukan latihan penumpuan  ke QOLBU yg terletak di tengah dada.

Ada rahsia besar kenapa kita lakukan begitu.

QOLBU adalah ibarat TAPAK PELANCAR ROKET.

Bila para angkasawan sudah masuk ke cockpit roket, maka mereka sudah sedia untuk meluncur ke angkasa lepas

Sukar untuk mencapai solat yg khusuk kalau para angkasawan asyik jalan2 makan angin.

Kena cepat suruh para angkasawan kita masuk ke dalam roket yg terletak di hati kata

OK alhamdulillah, nampaknya para angkasawan yg seramai 240,000 orang sudah berduyun2 masuk ke ruang dalam roket.

Roket sudah disejukkan..  Roket yg panas, payah nak terbang

Tapi sayangnya, masih ramai dari para angkasawan yg degil2 tu asyik mahu berjalan makan angin...

Adohai.. degilnya mereka

Angkasawan2  yg degil dan suka jalan2 makan angin itu ialah diri kita yg sebenar.

Sebab itulah solat kita payah nak khusuk.

Payah nk khusuk sebab diri kita suka jalan2 makan angin.

Siapa diri kita ?

Ia adalah diri kita yg perlu disucikan dan perlu hampirkan diri kpd Allah.

Diri kita itulah yg digelar sebagai

1. Hawa nafsu, seramai 80,000 diri

2. Akal seramai 80,000 diri

3. Angan2 seramai 80,000 diri

Semuanya hanya inginkan kehidupan dunia dan berlibur diri

Kita kena ajar diri kita supaya menuju kpd Allah... dunia akan hancur, tetapi wajah Allah akan kekal abadi

Comments

Popular Posts