ILMU KESUFIAN
Seorang kawan saya yg sudah meniggal dunia pada 5 tahun lepas pernah bercerita :
Dulu, dia ada belajar ilmu kesufian dengan 1 orang lelaki tua.
Beberapa orang kawannya turut belajar bersama.
Dalam mengajar ilmu kesufian, mereka menitik beratkan hal2 dalaman... spt merasai Allah melihat apa sahaja yg kita lakukan.
1 masa, dia minta muridnya untuk membawa setiap orang 1 ekor ayam yg siap disembelih.
Syaratnya, hendaklah ketika menyembelih itu, tiada siapa yg melihatnya...
Semua kawan2nya telah bawa ayam siap sembelih. Masing2 kata, mereka sembelih ditempat yg tiada siapa nampak.
Hanya kawan saya seorang yg bawa ayam hidup 😷
Inilah yg dikatakan test, atau ujian.
Kadang2 kita tak perasan yg kita ini sedang diperhatikan dan diuji.
Kalau ujiannya spt ini :
Adakah Allah melihat apa sahaja yg kita lakukan ?
Semua orang akan dapat jawab sgn betul. Semua dapat A ..
Tetapi, tidak semua orang sentiasa dilihat oleh Allah.
Adakah merasa sentiasa dilihat oleh Allah itu fardhu ain, fardhu kifayah, sunat atau harus ?
Rumit juga nk jawab ... kan
Tapi pokok pangkalnya, semakin mendalam iman kita, maka semakin terasalah bahawa Allah sentiasa melihat kita, zahir dan batin kita...
Dalam ilmu kesufian, penghayatan dalaman amat dititik beratkan.
Orang yg belajar ilmu kesufian kena bersedia untuk ubah diri DALAMAN nya. ....
Bukan sekadar belajar ilmu teori untuk lulus peperiksaan.
Tahu Allah melihat kita, dan merasainya sepanjang masa adalah lebih bermakna dari tahu macam2 ilmu, tapi sekadar tahu di dalam kepala.
Begitulah pendirian orang2 dlm aliran kesufian.
Adakah ini bertentangan dengan al Qur'an ?
Sudah tentu tidak.
Bahkan, inilah yg Allah kehendaki apabila Dia menyebutkan yg dia melihat apa sahaja yg kita lakukan..
Allah mahu kita ingat Dia dengan sebanyak-banyaknya, dan kita sentiasa sedar bahawa Dia sentiasa melihat kita.
Kawan saya bercerita lagi..
Ada seorang kawan yg belajar dgn guru ilmu kesufian itu mepersoalkan atau mempertikaikan apa yg beliau ajar, walaupun dia baru sikit je belajar.
Kemudian si guru ilmu kesufian itu berkata : Awak dah tamat belajar. Wes katam
Si kawan tadi kehairanan. Dia tanya kawan2 yg lain... bukankah dia baru je belajar, bagaimana dah khatam ?
Lalu kawan saya jawab : Sebab awak dah pandai.. jadi dah khatamlah 😆
Begitulah cara para guru ilmu kesufian mengajar. Sebenarnya mereka nk membentuk peribadi yg dalaman, terutamanya.
Mungkin mereka fikir, si murid yg mempertikaikan dia tadi itu belum bersedia untuk dididik. Dia lbh berminat kpd ilmu2 bersifat ilmiah berbanding ilmu membaiki peribadi dalaman.
Saya pula, kurang setuju dengan cara dia menamatkan pelajaran anak muridnya, walaupun ia berkesan untuk mendisiplinkan murid2 yg lain. .... tapi saya rasa dia kerugian kerana kehilangan 1 anak murid yg itu.
Allahu a'lam
Almarhum guru saya yg tua telah berbual2 dgn muridnya berkenaan solat tasbih.
Solat tasbih ialah solat yg dilakukan dgn membaca 300 tasbih dalam 4 rakaat.
Guru menerangkan, kita akan mendapat sekadar mana yg kita ingat Allah ketika kita bertasbih.
Kalau kita hanya ingat Allah ketika baca 100 tasbih, maka kita hanya dapat banyak itu...
Ada orang berpendapat, tasbih itu sendiri adalah zikrullah
Ada orang kata.. buat ajelah, dan serahkan kpd Allah apa hasilnya
Yg lain mungkin berkata, buat ajelah apa yg kita tahu
OK, siapa yg akan dapat hasil dari ajaran guru ? Iaitu mereka yg berusaha untuk ingat Allah secara berterusan ketika membaca 300 tasbih tersebut.
Yg 3 orang lagi tu , tiada apa2 perubahan pada dirinya. Dia akan terus di takuk lama.
Sayang sekali, kerana mereka kurang faham tentang konsep pelajaran kesufian.. iaitu penyucian hati dan jiwa, selalu ingat Allah, dan mendekatkan diri kpd Allah
Comments
Post a Comment