ISLAM ZAHIR BATIN
MUKMIN = luar dan dalamnya Islam/patuh
KAFIR = luar dan dalamnya ingkar
MUNAFIK = luar Islam/patuh , dalamnya ingkar
Dan ada 1 tambahan : Luarnya INGKAR, dalamnya PATUH
PERHAMBAAN KPD ALLAH yg menjadi tujuan hidup kita ialah kepatuhan kpd Allah di luar dan di dalam.
Kepatuhan di luar = kita patuh kpd semua perintah2 Allah
Kepatuhan di dalam = HATI dan JIWA BATIN mengikut semua peraturan2 yg telah ditetapkan untuknya.
KEPATUHAN DI LUAR
Kepatuhan ini adalah kepatuhan jasmani.
Ia meliputi perbuatan dan perkataan.
Mudah dilihat dan diukur.
Kepatuhan di luar ini digerakkan oleh dalaman insan, iaitu HATI BATIN (qalb) dan JIWA BATIN (nafs)
Kepatuhan di luar ini adalah meliputi semua pekerjaan kita yg merupakan ibadat khusus atau umum.
ibadat khusus = iaitu amalan yg kita lakukan kerana diperintahkannya oleh Allah. Tanpa perintah2 tersebut, kita mungkin tidak lakukan... contohnya mengucapkan syahadat, wudhu, mandi hadas, solat, puasa, zakat, haji, membaca tasbih, takbir, tahmid, tahlil dll.
Ia dilakukan sebagai simbol kepatuhan kpd Allah. Tanpa ibadat khusus ini, kita sudah dianggap ingkar kpd Allah.
Kerana itu, semua ibadat2 khusus hendaklah dilakukan mengikut cara yg diperintahkan oleh Allah.
Kalau kita melakukan ibadat khusus yg tidak diperintahkan... seperti menambah solat fardhu menjadi 10x sehari, ia tidak akan diterima, bahkan akan dimurkai oleh Allah.
Walaupun begitu, kita mesti berhati2 dalam hal ini. Kita jangan mudah berselisih faham dgn saudara2 Mukmin hanya kerana kefahaman yg berbeza dlm memahami sesuatu perintah oelh Allah. Jika kita berbuat begitu, kita akan berpecah belah sesama orang Islam, dan kita telah melanggar larangan Allah : wa la tafarroqu = dan janganlah kamu berpecah belah.
Rasulullah saw telah memberi panduan yg jelas tentang ijtihad di dalam agama : Jika benar dapat 2 . Jika salah dapat 1 (yg berarti, masih diterima oleh Allah).
Jika kita salah dalam ijtihad kita, tetapi hati yg di dalam itu patuh, maka itu tidak dinamakan ingkar kpd Allah, tetapi keliru. Maknusia adalah makhluq yg lemah, dan akal manusia mudah keliru...
Jika kita tidak mampu berijtihad, kita jadi muttabi' .. iaitu mengikut dengan faham. Kalau tidak mampu juga, kerana IQ yg sangat rendah dan tak bersekolah langsung, maka kita ikut begitu sahajalah.. yg dipanggil muqollid. Mudah2an amalan kita diterima.
Ibadat umum = ialah amalan2 yg memang menjadi pekerjaan harian insan, samaada diperintahkan atau tidak. Contohnya, menjaga kebersihan, berpakaian, makan minum, percakapan, pekerjaan mencari rezeki, bekerja sebagai professional, berniaga, mentadbir, memerintah, berperang..
Oleh sbb Islam adalah agama yg lengkap/ syumul, maka peraturan2 Islam juga meliputi amal2 umum ini.
Menjaga kebersihan secara syariat Islam
Makan minum secara syariat Islam
Bekerja sebagai professiaonal, berniaga, mentadbir, memrintah ... secara mengikit syariat Islam
Berkeluarga secara syariat Islam
Pergaulan secara syariat Islam
Ijtihad yg benar dapat 2 itu ialah markah ijtihad, bukan markah amalan ibadat khusus.
Kita juga sudah tahu bahawa amalan kebajikan akan digandakan 10x - 700× melainkan puasa. Untuk puasa, Allah sendiri akan tentukan, dan tiada batas pada kehendakNya.
Kerana itu, janganlah kita terlampau risaukan tentang perkara khilafiah (perkara2 yg ulamak berselisih pendapat kerana kelemahan akal masing2)
Risaukan lah kepatuhan kita : Adakah kita sudah patuh kpd Allah di luar dan patuh di dalam supaya kita dapat menjadi MUKMIN yg sebenar.
Al-Hujurat : 14
قَالَتِ الْأَعْرَابُ ءَامَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلٰكِن قُولُوٓا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمٰنُ فِى قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمٰلِكُمْ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah PATUH', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Memuji2 Allah dengan tasbih, tahmid, takdis, takbir, tahlil, istigfar, selawat dll itu adalah ibadat khusus. Bacaannya sudah diajar oleh Nabi Muhammad saw..
Sekarang, bagaimana pula jika kita memuji2 Allah dengan lafaz yg Nabi saw tunjukkan, tetapi dengan berlagu, bernashid, dengan bantuan muzik, dan dengan lenggok tubuh seakan2 tarian atau gerak yg tertentu spt gerakan ahli2 tarikat di Asia Tengah dan Afrika ?
Dalam situasi begini, ummat Islam sudah mula berselesih pendapat, dan ada yg berlecah belah, padahal ia adalah dilarang oleh Allah
Di mana garis pemisah perselisihan mereka ?
Golongan A : Biarpun bacaan tasbih itu datang dari agama, tetapi cara membacanya tidak ada ketetapan. Boleh sambil berdiri, duduk, mencangkung, atau dengan iringan muzik dgn gerakan tertentu. Yang penting ialah ia mestilah untuk mengagungkan Allah. Mereka anggap perbuatan2 tersebut adalah hasan atau baik. Disitulah yg terbitnya kata bid'ah hasanah.
Golongan B : Itu tidak boleh. Kita mesti rigid ikut apa yg Rasulullah saw amalkan. Kalau baginda tunduk, kuta kena tunduk. Kalau duduk, kita duduk. Kalau dengan suara perlahan, hendaklah perlahan, kalau tanpa lagu, hendaklah ikut juga... kerana Rasulullah saw mesti diikuti. Jika kamu cintakan Allah, hendaklah ikut Nabi Muhammad saw. Jangan terkeluar sedikitpun dari sunnah atau amalan baginda
Pada tahun 1998, ditakdirkan Allah ... saya dapat bertemu dgn guru muda yg saya kasihi.
Dia menyedarkan saya akan kewujudan GOLONGAN C .
Golongan C : Ketika engkau bertasbih samaada secara duduk atau berdiri, atau dengan iringan muzik, atau sambil menari... SIAPAKAH YG KAU INGAT ?
Secara beransur2 saya ditunjukkan kewujudan HATI BATIN dan JIWA BATIN.
Di dalam HATI BATIN itu bertempatnya IKHLAS, RIDHA, SABAR, SYUKUR, TAWAKKAL, CINTA, RINDU, TAKUT, GERUN, KESAL, GEMBIRA dan bermacam2 lagi..
HATI BATIN juga ada akal dan kefahaman yg tersendiri, ada hatI yg lembut, keras dan ada yg terkunci.
HATI BATIN kena selalu ingat kpd Allah dengan khusuk kerana Allah sentiasa melihat HATI BATIN dan amalan kita.
JIWA BATIN itu pula terdiri dari 3 unsur, iaitu hawa nafsu, akal dan angan.
HATI BATIN dapat jadi gelap atau terang. Boleh kotor atau bersih. Ia boleh dicuci, dan pencuci ialah ingatan kpd Allah.
Ketika itulah saya diajar tentang INGAT.
Bagaimana HATI BATIN INGAT ALLAH.. atau hubungan hati dengan Allah (HHDA)
Selanjutnya, saya ditunjukkan tentang JIWA BATIN.
Rupa2nya jiwa batin itu benar2 wujud.. ia bukannya nyawa, tetapi diri kita yg sebenar.
Jiwa batin itulah hakikat diri kita yg sebenar, yang perlu kita sucikan. Beruntunglah orang yg menyucikan dirinya dan rugilah yg mengotorinya.
Biarpun diri batin itu hanya 1 , tetapi setelah diperhatikan dan diteliti secara kebatinan, rupa2nya diri batin itu terdiri dari 3 unsur utama spt yg selalu saya tuliskan : hawa nafsu, akal dan angan2.
Hawa nafsu pula kelihatan spt sangat ramai, hingga berjumlah 80,000 hawa nafsu. Ada hawa nafsu yg sudah suci, dan ada yg masih hitam kotor.
Masing2 hawa nafsu itu cuba mempengaruhi kita...
Ada kalanya hawa nafsu yg suci itu menang, maka kita pun melakukan kebaikan.
Bila kita terpengaruh dgn hawa nafsu yg hitam kotor dan hodoh pula, kita akan terjatuh kpd maksiat sbb hawa nafsu yg itu belum masuk Islam lagi. Hawa nafsu itu masih ingkar, kerana ia enggan patuh kpd Allah
Sebagaimana hawa nafsu.. akal dan angan2 juga ada ribuan jumlahnya. Malangnya, akal dan angan2 ini mudah tunduk kpd hawa nafsu jika kita tidak kendalikan dengan betul.
Bila hawa nafsu yg kafir itu inginkan kekayaan, ia tidak pedulikan halal haram. Ia akan suruh akal dan angan2 untuk mendapatkannya.. membujur lalu melintang patah. Asalkan tercapai keinginan dan kepuasan.
Ketika itu, hawa nafsu yg sudah Muslim akan terpinggir.. termenung dan menagis, kerana ia masih lemah.
Orang2 yg bertuah ialah orang yg HATI BATIN cukup SIHAT/SEJAHTERA/Qolbun saleem
Hati batin yg sihat ini akan kontrol jiwa batin yg degil, sebagaimana RAJA mengawal menteri2 nya.
Raja akan panggil semua menteri2, dan kursuskan mereka. Hantar menteri2 ke kem ibadah dan kefahaman. Jadikan menteri2 tadi menteri2 yg bersih dan baik... selalu ikut kebenaran.
HATI BATIN dan JIWA BATIN yg merupakan rakyat jelatanya .... semuanya dilatih untuk terus menerus ingat kpd Allah. Ini sebagaimana yv diperintahkan :
Al-Jumu'ah : 10
فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلٰوةُ فَانتَشِرُوا فِى الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.
Ketika itulah saya diajar dgn lbh detail lagi :
1. Bagaimana hati batin ingat Allah dgn khusuk (alHadid ayat 16)
2. Bagaimana akal ingat Allah
3. .... angan2 ingat Allah
4. .... hawa nafsu ingat Allah
5. .... bagaimana mendekat kpd Allah
6..... bagaimana mendapatkan solat yg tidak putus INGATAN kita kpd Allah, kerana tujuan solat ialah bukanlah hanya kepatuhan jasmani, tetapi juga semua unsur BATIN yg saya sebutkan di atas.
Sebagai tambahan, saya di ajar tentang niat.
Dapatkan niat yg TERBAIK, iaitu jadikan semua ibadatmu untuk pertemuan dengan Allah.
Ketika itu saya rasa agak pelik.. guru2 saya sebelum ini tak pernah ajar saya tentang niat ibadat untuk bertemu. Semuanya cuma ajar 'LILAHI TA'ALA .
Mana ada niat untuk bertemu dengan Allah.
Kerana itu saya mahu pastikan kebenaran hal ini.
Bagaimana caranya ?
Saya siasat dari al Qur'an dan Hadith Nabi Muhammad saw.
MENGHARAP WAJAH ALLAH DAN PERTEMUAN (1) http://diskusikonsentrasi.blogspot.com/2014/06/mengharap-wajah-allah-dan-pertemuan-1.html
MENGHARAP WAJAH ALLAH DAN PERTEMUAN (2) http://diskusikonsentrasi.blogspot.com/2014/06/mengharap-wajah-allah-dan-pertemuan-2.html
Inilah sebahagian dari hasil pencarian saya..
Setelah melihat segala dalil yg sangat jelas itu, yakinlah saya bahawa apa yg kedua2 guru saya ajar itu afalah betul. Saya mesti ikut... tak ada alasan untuk membantah lagi.
CINTA DAN RINDU http://diskusikonsentrasi.blogspot.com/2014/06/cinta-dan-rindu.html
Agak lama juga masa yg saya ambil untuk sampai ke titik di atas..
Bersepah kertas2 catatan di rumah saya dgn nota2.
Isteri saya minta saya kemaskan catatan2 itu. Tapi alhamdulillah dia cukup sabar dgn karenah saya.
Itulah sejarah kehidupan ; mencari jalan yg LURUS
Kemudian pada tahun 2013 (kurang ingat) ... saya susun menjadi 1 buku.
Saya tunjukkan kpd kawan2 saya termasuk seorang mudir pesantren di Indonesia.
Alhamdulillah, tiada siapa yg membantahnya.
Bagaimana nk bantah.. kebanyakannya ialah ayat2 al Qur'an dengan sedikit hadith2 Nabi saw.
Di dalam buku itu, saya huraikan beberapa perkara yg jadi perselisihan ummat, walaupun tidak detail.
Kalau nk detail, datanglah ke sini.. 😀
Untuk para peminat diskusi sufi, saya harap tuan2 bacalah segera apa yg saya tulis setiap kali ia sampai.
Kalau tuan2 kumpulkan, tuan2 akan baca dengan speed reading. Ini akan menjejaskan kefaham tuan2 pada apa yg saya taipkan.
Maklumlah... saya kaji perkara ini bertahun2.. macam orang gila, sedangkan tuan2 baca secara speed reading atau baca awal-akhir.
Kalau tuan2 ada masaalah berkaitan telefon pintar tuan2, tuan2 boleh baca dari http://diskusikonsentrasi.blogspot.com
Tetapi saya fikir agak sukar untuk graps apa yg nk disampaikan melalui blog sahaja.
Tajuk2 blog itu tak tersusun awal akhir sebagaimana sepatutnya.
Comments
Post a Comment