LATIHAN KONSENTRASI

Yang dimaksudkan dengan konsentrasi adalah meliputi semua amalan ilmu hikmah ini yg terdiri dari mengingat dan menghampir.

Ingat adalah penumpuan hati sedangkan menghampir adalah  mengingat dengan disertai dengan gerakan menuju kpd Nya.

Tidak dapat tidak, kemajuan dalam konsentrasi mesti memerlukan latihan.

Ada yg sangat berbakat, hanya dengan beberapa sesi latihan sahaja dia sudah berjaya.

Ada yg mengambil masa bertahun2 tetapi belum berjaya... Allah lbh mengetahui.

Kata guruku :  Tidak boleh mencapai khusuk jika hanya setelah takbiratulihram baru mula berlatih.

Maksudnya, kita perlu banyak berlatih samaada di dalam atau di luar solat. Janganlah hanya berusaha untuk mencapai khusuk ketika mendirikan solat fardu, sedangkan di luar solat , kita terus menerus melupakan Nya.

Guruku sendiri mengamalkan banyak melakukan solat sunat mutlak, hingga berjumlah 40 - 50 rakaat demi untuk mencapai apa yg dikatakan solat yg khusuk.

Di luar solat pula, tak payah nak dikata lagi... dia memang lebih banyak mengingat dari lupa.

Guruku pernah berpesan kpd ku : Engkau pegang 1  ini sudah cukup, iaitu INGATLAH AKU MAKA AKU AKAN INGAT KPD MU   ( fazkuruuni azkur kum )

Ketika guru hampir meninggal dunia, anak2nya mengingatkannya : Ayah, ingatlah Allah... Dia jawab : Aku tidak pernah lupa kpd Allah.

Begitulah hasil dari latihan yg sangat banyak, sehingga ketika dia tidur pun, HATINYA TETAP INGAT KPD ALLAH.

Mataku tidur, tetapi hatiku tidak tidur...

Comments

Popular Posts