TABLIGH

Siddiq

Amanah

Tabligh

Fatonah

Inilah yg kita ketahui akan sifat2 Nabi Muhammad saw

Ia tidak perlu di syarahkan lagi

Tetapi saya ingin berbual pasal tabligh..

Apa itu tabligh ?

Tabligh ialah menyampaikan Islam  kpd orang lain.

Asal perkataannya ialah balagha yuballighu... menyampaikan

Begitulah ringkasanya.

Dakwah pula asal perkataannya ialah da'a ,  yad'u ...  menyeru

Kita menyeru orang kepada kebenaran

MENYAMPAIKAN

Istilah menyampaikan atau penyampaian, to deliver boleh kita perincikan begini :

Menyampaikan cahaya yg datang dari Allah kpd Rasululullah saw dan seterusnya kpd manusia umum.

Cahaya itu pula ada yg berbentuk ilmu agama yg boleh ditulis.
Ada yg berbentuk perasaan yg perlu dibentuk dan diasah.
Ada yg berbentuk nur yh hanya dapat dilihat dgn mata kebatinan

Kita mungkin hairan, kenapa ada manusia2 yg ilmu agamanya cukup banyak, belajar sehingga PhD, mengajar dan mengarang kitab, TETAPI dia sendirI belum masuk Islam, apatah lagi dimasuki iman ke dalam hatinya.

Belajar tinggi2 sampai pucuk kelapa
Lupa jaga diri
Jatuh jadi hina

Tugas tabligh atau menyampaikan kpd ummat adalah 1 tugas yg menarik

Kita bukan hanya menyampaikan apa yg tertulis, tetapi kita kena bawa lampu suluh sama...

Selain itu, kita kena motivasikan dia, kukuhkan keazamannya dan betulkan jika dia melakukan kesilapan.

Kita sampaikan cahaya itu bukan dgn hanya menyampaikan kitab untuk dibaca... kalau begitu, kita hanya jadi macam posmen.

Tapi jangan salah sangka... kerja macam posmen adalah kerja mulia.

Menyampaikan macam posmen itu tak berapa sukar.

Tugas itu sudah dilakukan di madrasah, tv dan media sosial.

Tetapi ketika kawan2 kita berada di dalam kegelapan, mereka perlukan cahaya untuk membaca kitab dan untuk berjalan...

Dari mana dia nk dapat mancis dan obor itu ? 

Itulah tugas kita, iaitu membawa api atau obor untuk menyalakan obor yg sedia ada padanya, tetapi GAGAL utk dinyalakan.

Itulah api kebatinan yg tidak mampu dilihat oleh mata kasar.

Tetapi setelah api kebatinan itu dinyalakan, menerangi hati dan persekitaran, maka akan diberkatilah kehidupan mereka yg mendapatnya.

Siapa yg berada di dalam api itu atau sekitarnya akan diberkati, sebab api itu adalah cahaya dan kebenaran.

Bagi mereka yg matlamat hidupnya hanya Allah

Yg mereka ingat hanyalah Allah

Allah

Al Wadud

Al Ghofar

Al Jabbar

Al Rahman

......

Sudah berpuluh tahun mereka berusaha untuk membuang ingatan hati kpd yg selain Allah

Mereka hanya isikan hati dgn ingatan kpd Allah

Dan mengharapkan pertemuan dengan al Wadud

Kerana Dia itu ' wa huwal Ghofuurul Wadud '

Comments

Popular Posts