MENANGIS KERANA ALLAH

Patutkah kita menangis kerana ingatkan Allah ? 

Salah seorang yg akan diberi perlindungan di hari Kiamat yg tiada perlindungan ialah orang yg menangis ketika dia bersendirian kerana ingatkan Allah

Perhatikan maksud ayat ini :

Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata: “Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.”    Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (QS. Al-Isra’: 107-109)

Juga lihat maksud ayat ini :

Dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (QS. Maryam: 58)

Hadith Nabi Muhammad saw :

Dari ‘Abdullah bin Asy-Syikkhir, ia berkata,

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُصَلِّى وَفِى صَدْرِهِ أَزِيزٌ كَأَزِيزِ الرَّحَى مِنَ الْبُكَاءِ -صلى الله عليه وسلم-

“Aku pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam shalat, ketika itu baginda menangis.   Dari dada baginda keluar rintihan bagaikan air yang mendidih.”

(HR. Abu Daud no. 904 dan Tirmidzi dalam Asy-Syamail Al-Muhammadiyah no. 322. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Tangisan di dalam solat ini juga ada pada diri S Abu Bakar. Kerana itulah Aysha ummul mukminin merayu kpd Rasulullah agar tidak meminta Abu Bakar menjadi imam solat kerana masaalah tangisannya ... tetapi Rasulullah saw tetap dengan perintahnya

Comments

Popular Posts