MALU MENJUAL CILI

Pada firasat ku  ( 😃 -- firasat konon ) , pemuda pemudi kita kena belajar menjual sesuatu sejak mereka masih berusia sangat muda, contohnya belasan tahun.

Menjual barang, perkhidmatan atau idea.

Inilah langkah awal untuk menjadi orang business

Dengan menjual mereka akan membina sifat / keperibadian / kebolehan : -

1. Bagaimana berkomunikasi secara yg betul dengan pelanggan

2. Belajar mengkaji apa yg pelanggan perlukan

3. Menilai sesuatu perniagaan itu akan untung atau rugi

4. Belajar memberi khidmat

5. Mengurangkan rasa malu untuk menjual dan keluarkan argument dengan baik

6. Membina semangat dan yakin diri

7. Membina cita2 dan matlamat dalam business

8. Belajar mencari sumber bekalan yg mahu dijual, mencari kawan dan membina rangkaian business

9. Menghargai ilmu kewangan membina financial IQ

10. Mengubah budaya Muslim kita... dari budaya sebagai pengguna kpd sebagai penjual dan pembekal.

Kelemahan bangsa kita yg perlu ditangani ialah sifat MALU yg melampau.. tetapi malangnya rasa MALU ini tidak kena pada tempatnya.

Contohnya, aku sendiri terasa sangat malu untuk membawa 5 kg cili ke kedai untuk menjualnya, padahal itu bukanlah kerja yg berdosa... TETAPI tidak pula terasa malu untuk melakukan maksiat kpd Allah, padahal Dia melihat diriku luar dan dalam, zahir dan batin .

Ketika membawa cili kampung itu, aku terasa spt nk campakkan sahaja ke dalam sungai Benut. Untung tak seberapa, banyak berhabis masa dan yg paling tidak enak ialah untuk menebalkan kulit muka.

Tetapi alhamdulillah... mengenangkan yg aku ini adalah bapa dan pendidik kpd 3 anaks, maka aku perkasakan diri juga...

Aku tunggu sehingga kedaI itu tiada pelanggan, baru aku dekati si tauke kedai.

Alhamdulillah juga kerana tuan kedai sudi mengambilnya dgn harga RM12 / kg walaupun dia masih ada stock cili kampung dan cili siam.

Barangkali jika aku telah dilatih sejak kecil untuk menjual... barangkali sahaja... aku tidak akan terasa begitu malu. Malu kasep ..

Alah bisa, tegal biasa... betul tak ?

Comments

Popular Posts