HABITUAL STRESS HEADACHE
Seorang gadis telah menderita sakit kepala selama lebih dari 1 tahun, tetapi menjadi bertambah tenat sejak 1 tahun ini.
Akibatnya dia telah bercutI dari persekolahan selama 1 tahun dan tidak dapat mendirikan solat.
Dia sukar untuk tidur disebabkan sakit kepala dan ada harinya hanya dapat tidur pada jam 4 pagi kerana sakit kepala.
Asalnya sakit kepala itu bermula ketika sesi sukan di tengah padang... ketika itulah dia terasa sangat tertekan dengan sakit kepala.
Sakitnya itu terasa lebih dibahagian ubun2 belakang dan bahagian belakang kepala. Tersentuh tudung kepala, bantal atau disentuh dengan tangan pun terasa sakit... Bahagian yg sakit itu akan terasa berbahang jika tangan kita menyentuhnya.
Ibu bapanya telah membawanya utk rawatan dibeberapa tempat termasuk bertemu pakar perubatan tetapi gagal untuk sembuh.
CAT scan tidak dibuat kerana pakar mengatakan ia ia bukanlah jenis ketumbuhan yg patut di scan.
Ketika saya lihat gadis itu, ia berkeadaan spt orang menahan sakit.. Beberapa jam sebelum itu dia telah dibawa untuk berurut tubuh badan
Lebih merumitkan baru-baru ini gadis itu mengadu yg dia ada mendengar suara2 di telinganya.
Apakah sudah ada masaalah sikosis pendengaran, atau mungkinkah telinga batinnya sudah terbuka ?
Allahu a'lam. Kedua2nya itu memang ada kemungkinan.
Berdasarkan pengalamanku, aku rasa masaalahnya bermula dgn stress headache.
Stress headache itu telah menjadi habitual stress headache yg sukar diubati.
Dalam keadaan sakit itu sudah menjadI habit, si gadis akan sentiasa menumpukan tumpuan RASA ke bahagian kulit kepala yg terasa sakit.
Rasa sakit itu menambah stress di dada.
Stress di dada akan menambah gelombang / wave yang menikam kulit kepala menyebabkan sakitnya bertambah..
Pusingan ini akan berterusan, dan akan berkurangan ketika tidur atau makan pil sakit kepala.
Tiada perubahan pada berat badan dan seleranya tetap baik.
Ringkasnya, sakitnya itu ialah kerana kesilapan berkonsentrasi ke bahagian kulit kepala yg terasa sakit hingga ia menjadi bertambah habit dan bertambah berat.
Bagaimana cara mengubatinya ?
Setelah pengetahui penyebabnya, maka dapatlah kita jalan untuk pengubatan ...
Caranya ialah dgn membetulkan konsentrasinya. Dari konsentrasi ke kulit kepala yg sakit, pindahkan ia ke benjolan tulang dibawah tengkuk.
Kalau tidak berjaya, pindahkan konsentrasi ke titik yg lbh bawah spt ke ponggong atau kaki.
Pada peringkat awal ini, gadis itu kena makan ubat tahan sakit kepala juga. Kalau rasa loya, makanlah pil tahan muntah.
In syaa Allah.... sakitnya akan berkurangan.
Tetapi untuk berjaya, gadis itu perlukan sokongan semangat ibu bapanya.
Kerana itulah aku menjelaskan dgn panjang lebar kpd mereka masaalah gadis itu...
Dan aku harap gadis itu akan dapat mendirikan solat dan hidup sebagai manusia biasa.
Selain itu, gadis itu kena kurangkan tekanan pada dirinya samaada zahir atau batin.
Kurangkan tekanan, alihkan laluan gelombang dan buka semburan gelombang yg menyembur naik 😀
Sekian.
Comments
Post a Comment