KONSENTRASI DAN FAEDAH KPD UMMAT
Adakah amalan konsentrasi mampu mencetuskan penyelesaian PROBLEM UMMAT ?
Setelah saya mempelajari ilmu ini sekian lama, saya percaya amalan konsentrasi dengan kefahaman yg betul mampu mencetuskan penyelesaian masaalah ummat
1. Allah menyuruh : dapatkanlah pertolongan dgn sabar dan solat. Yg demikian itu sungguh besar/sukar kecuali pada orang2 yg khusuk
2. Praktik konsentrasi secara kesufian adalah alat untuk penyucian hati dan jiwa. Inilah salah 1 masaalah besar di zaman ini.
3. Ia juga adalah usaha untuk mencapai cinta dan takut kpd Allah. Banyak perlanggaran syariat adalah kerana tiada kedua2 rasa tadi.
4. Allah sudah berfirman yg bermaksud : Apabila kamu ingat kpd Ku, maka Aku akan ingat kamu.
5. Konsentrasi hati yg berterusan adalah magnet untuk mendapat taufik dan hidayah
6. Konsentrasi menghasilkan kelembutan hati. Mudah di tarbiah dan ditegur kpd kebenaran
7. Konsentrasi yg mendalam akan menjadi kunci ilmu untuk melihat kesilapan2 selama ini, termasuk tabiat mudah mengkafirkan sesama Muslim
8. Konsentrasi juga menimbulkan kefahaman dan kesedaran bahawa pertelingkahan tentang perkara2 khilafiah patut di tinggalkan. Ia hanya melemahkan ummat, menghitamkan hati dan mengotori jiwa
9. Masaalah murtad dan kelalaian pada agama juga dapat dicegah dengan amalan konsentrasi. Bagaimana ? Sudah tentu, kerana apabila kita ingat Allah, cahaya Allah akan menyinari akal dan hati kita
10. Konsentrasi adalah kunci untuk mencapai taqwa. Taqwa ialah urusan hati kerana Nabi saw bersabda : Taqwa itu di sini... maksudnya ialah hati atau dada. Jika ummat bertaqwa, Allah akan turunkan keberkatan kpd negeri ini
Cukuplah dulu... 10 macam
Bila ilmu konsentrasi ini sudah sebati dgn diri kita, kita akan sentiasa rasa hubungan hati kita dgn Allah. Ia adalah 1 nikmat yg menyeronokan
Tetapi untuk mencapainya, terlebih dahulu kita kena pelajari, kemudian terus menerus berlatih hingga ia benar2 sebati dgn diri kita.
Bila ia konsentrasi ini sudah sebati, kita akan merasai 1 keadaan yg dipanggil UZLAH RASA atau UZLAH BATIN.
Dalam situasi ini, ZAHIR kita melakukan sesuatu pekerjaan , sedangkan batin kita mengingati Allah.
Inilah yg pernah disebutkan oleh al Marhum Ustaz Dahlan ... UZLAH SYUURIYAH TAMMAH... Allahu a'lam
Uzlah begini hanya dicapai apabila kita mampu mengamalkan HHDI = hubungan hati dengan Allah
Mungkin kita sekadar beranggapan, ia hanya sekadar perkara hati, atau kita fikir ia adalah amalan orang2 yg bercita2 menjadi wali Allah ...
TIDAK !
Saya biasa melihat bagaimana orang yg belajar mengamalkan konsentrasi ini, seluruh bentuk kehidupannya berubah.
Ada yg berubah secara drastik, dan ada yg slow..
Iaitu mengikut sekadar mana orang tersebut bersikap serius dgn amalan spiritual ini.
1 contoh ialah al marhum guru saya yg muda itu... setelah ia mempelajari konsentrasi ini (lbh kurang tahun 1992) dgn niat yg betul, dia telah berhenti dari menghisap rokok, padahal dahulunya dia seorang perokok tegar.
Dia menjadi seorang yg berterusan dlm kerinduan untuk pertemuan dgn Rabb. Tak pernah saya lihat kerinduan spiritual yg begitu mendalam, sebelum dan selepasnya
Ketika dia meninggal dunia pada tahun 2010, dia meninggalkan ramai murid di Sulawesi Selatan
1 hari, saya jumpai dia sedang menangis sendirian di masjid Benut dlm keadaan kerinduan kpd Allah.
Dia kata, kalau dia tak menangis ulu hatinya akan terasa sangat sakit kerana tak tahan. Jadi dia menangis itu untuk mengurangkan tekananan di ulu hatinya.
Ketika dia solat berjamaah dgn saya, dia biasanya menyuruh saya jadi imam kerana kalau dia yg di depan, suara tangisannya akan pecah berderai tidak berlagu
1 hari dia menjadi imam solat hari raya di pulau tanjung Balai Karimun... dia pecah dlm tangisan, dan begitu juga surutuh jamaah yg sedang mendirikan solat raya.. bagaikan kena jangkitan virus
Ini adalah sekadar contoh bagaimana amal spiritual mengubah kehidupan hamba Allah
Comments
Post a Comment