MENDALAMI SEJARAH

Pada pendapat saya, kita patut mendalami ilmu SEJARAH, terutama sejarah Islam.

Di sekolah dahulu, memang ada pelajaran sejarah. Tapi pelajaran sejarah ketika itu tidak menumpukan kpd jatuh bangunnya agama Islam... sedangkan ia amat penting.

Kita patut tahu sejarah perkembangan Islam sebelum hijrah dan selepas hijrah.

Kemudian apa yg berlaku pada 100 tahun pertama, ke 2  dan ke 3 .

Bagaimana perebutan kuasa dan peperangan berlaku.

Ini disertai dgn perkembangan mazhab2, samaada mazhab fikh atau tasauf.

Kita juga patut tahu sejarah penulisan hadith sedikit sebanyak

Tahu biography atau sejarah hidup sahabat Nabi Muhammad saw, ulama2 pelbagai mazhab dan sejarah dinasti kaum Muslimin.

Sejarah bagaimana Islam disebarkan ke seluruh dunia, bagaimana mereka menyebarkannya.

Sejarah bagaimana sukarnya nk mengembalikan ruh Islam yg semakin lemah disebabkan pelbagai faktor.

Apa kesan penjajahan Barat, perpecahan di kalangan ummat Islam, dan bagaimana orang2 Islam berebut dunia sebagaimana penganut agama yg dahulu.

Comments

Popular Posts