KISAH MENCARI TUHAN
Setiap orang ada sejarahnya mencari agama. Sudah tentu ada yg tak kisahkan agama dan meninggalkan agama.
Begitu juga saya...
IMBAS SEJARAH LAMPAU
Ia bermula ketika saya belum bersekolah... Saya lihat ibu bapa saya solat dan mengamalkan amalan2 rutin / ritual yg lain spt mengaji Qur'an, berwirid, berdoa, berpuasa, zakat fitrah dll
Ketika itulah saya belajar membaca Al Qur'an yg ayah saya sendiri ajar.
Saya bermula dengan belajar alif , ba , ta ... kemudian sebelum habis juzuk amma, bapa saya sudah suruh saya melompat ke surah Al Baqarah.
Belum habis al Baqarah... bapa saya meninggalkan rumah untuk bekerja sebagai buruh kasar.
Jadi, saya khatamkan al Qur'an dengan membaca sendiri... sampai habis juzuk 30.
Ketika darjah 1 saya khatam baca 30 juzuk dan ibu bapa saya buat kenduri khatam al Qur'an ...
Ketika itu suasana tempat saya tinggal adalah spt kampung pendalaman.
Keluarga saya bertanam padi huma, pinang, ada kebun kopi dan kemudian mengerjakan kebun getah.
Dengan pendapatan yg kecil itulah bapa saya keluar cari rezeki di tempat lain, spt di Bukit Mor , daerah Muar.,
Tapi.. bapa saya kena ceret beret. Pada masa itu orang fikir ceret beretnya adalah kerana penat kerja. Sampai sekarang pun orang masih ada idea yg kurang tepat pasal ceret beret.
Kerana itu, bapa saya berhenti dari kerja luar kampung.
Saya ceritakan kisah2 remeh temeh ini untuk memberi gambaran yg lbh jelas tentang perkembangan kefahaman saya tentang APA ITU ISLAM yg saya sedang nk bualkan ini.
Tanpa menyebutkan kisah2 ini mungkin pemahaman tuan puan akan jadi hambar
Ketika saya berusia 10-12 tahun , saya selalu terfikir, betulkah ALLAH itu WUJUD ?
Saya termenung memikirkan kata2 guru saya : Bukti Allah wujud ialah ada alam ini.
Jadi, saya perhatikan pokok pinang dan kelapa .... betulkah TUHAN MAHA PENCIPTA itu wujud ?
Nampaknya ketika itu hati saya belum cukup tenang. Saya rasa saya belum betul2 yakin akan kewujudan Allah.
Barangkali perasaan saya ketika itu adalah spt perasaan Nabi Ibrahim ketika kanak2 : Siapa Tuhanku ?
Nabi Ibrahim alaihi salam memerhatikan cekrawala di langit.. (kisahnya ada di dalam al Qur'an)
Tapi saya tak tinggalkan solat. Saya solat kerana saya takut, kalau benar Allah taala wujud dan saya tak solat.. tentu saya akan diazab Nya
Jika Dia tidak wujud.. tidak mengapa, dan saya tidak rugi. Apa ruginya kalau sekadar solat 5 minit ?
Pada peperiksaan penilaian darjah 5 , saya dapat 4A 1C.
Yang C itu tentunya BI. Maklumlah... sejak darjah 1 sampai darjah 4 tak de guru BI 😆
Dengan keputusan itu, saya ditawarkan ke SDAR di Seremban.
Saya masuk tingkatan 1 di SDAR pada 1975. Ketika itu sebenarnya saya dah berusia 8 tahun.
Di SDAR, pencarian kpd kewujudan Allah Rabb Maha Pencipta berterusan. Ketika tingkatan 1 atau 2 , sesekali saya akan duduk sendirian di tepi padang selepas solat Maghrib menunggu kelas wajib jam 8 malam.
Saya duduk sendiri memikirkan kewujudan Tuhan Maha Esa..
1 malam, saya nekad tak makan malam kerana hati saya rasa sangat sodih kerana belum dapat keyakinan itu.
Saya duduk di atas kerusi batu di tepi padang sambil menangis. Saya petik sehelai daun, saya renung daun itu... dan saya tanya diri sendiri... betulkah TUHAN itu ada ?
Syukurlah mata batin saya tak terbuka ketika itu...
Kalau iblis menjelma.. boleh kacau juga, kann ..
Tapi ketika itu saya tak takut apa2..
Saya fokus kpd pencarian keyakinan : UNTUK YAKIN KEWUJUDAN ALLAH
YAKIN...
Pada cuti hujung tahun tingkatan 2 , di surau SDAR diadakan kursus ibadah.
Saya sertai kursus itu..
Dan kemudian pada awal tingkatan 3 , saya sudah mula ikut usrah.
Saya pula diminta mengetuai kumpulan usrah.. agak besar juga group itu ... dalam 10 orang.
Setiap hari kami ada majlis taalim, iaitu baca hadis riadhus Salihin oleh imam Nawawi.
Kitab tu kami beli kongsi2.. Kalau tak silap, masing2 beri RM2 untuk dapat 2 jilid kitab itu.
Alhamdulillah, kami habiskan 2x baca kitab hadis Riadhus Salihin
Pencarian kewujudan TUHAN PENCIPTA ALAM terus berjalan..
Pada tahun 3 itulah saya baca kitab2 karangan paderi2 kristian yg menceritakan TUHAN.
Macam2 kitab saya telah baca. Tebal2 berbahasa Inggeris di perpustakaan sekolah.
Pada tahun 3 itulah juga saya jadi berminat kpd sejarah Islam dan fikh islam.
Buku fikh yg saya baca ialah fikh Sunnah Syed Sabiq, kitab2 hadis dan hukum oleh Hasbi as Siddiqi, kitab2 A Hassan Bandung, Sunnah dan Bidah oleh ibnu Hajar
Ada lagi yg kecil2...
Time cuti sekolah, saya akan habiskan waktu dengan membaca buku2 fikh.
2 buku sejarah yg menarik ialah sejarah ummat Islam oleh HAMKA dan Saviours of Islamic Spirit oleh Abul Hasan ali Nadwi Lucknow India.
Tetapi, perlahan2 saya tinggalkan taasub kpd ilmu fikh tadi.. dan saya beralih kpd fokus memahami sejarah dan gerakan Islam.
Ketika penghujung tingkatan 5 , saya sudah faham tentang gerakan2 Islam di Malaysia dan dunia..
Tapi hati saya masih tertekan dengan persoalan : BENARKAN ALLAH WUJUD ?
Menangis di hati itu sudah jadi kebiasan.
Saya hairan, bagaimana kawan2 saya boleh rasa tenang ... padahal kita tak nampak TUHAN
Ketika di SDAR itu, kami biasa puasa sunnat Isnin dan khamis.
Ketua usrah saya buat usrah jam 4 pagi , di bilik kelas 😆
Pada bulan Ramadan, selepas sahur jam 3 pagi, kami pergi ke surau untuk solat sunnat.
Begitulah kehidupan budak2
Bila dirangsang dengan agama, kanak2 akan terus terikat dgn agama.
Sejak kanak2 hingga saya berusia 24 tahun, definasi saya tentang APA ITU ISLAM ialah Islam adalah agama peribadatan yg syumul.
Islam adalah agama yg lengkap, meliputi 24 jam kehidupan kita .... yg mana kita jadikan semuanya itu sebagai ibadat kpd Allah.
Apa itu IBADAT ? Ibadat ialah pengabdian.
Ibadat lah MATLAMAT hidup kita, sebagaimana yg disebutkan di dalam surah 51 ayat 56.
Sudah tentu ia merupakan ibadat khusus dan umum.
Pada tahun 1986, iaitu ketika berusia 25 tahun, datang tekad yg kuat untuk mempelajari ilmu tasauf atau ilmu kesufian.
Ada beberapa sebab yg menimbulkan keinginan tersebut
Dari tahun 1986 hingga 1997 saya hanya mampu mengkaji buku2 tasauf.
Banyak juga koleksi buku tasauf yg saya buat.
Ada juga berbual dgn pembimbing tarikat, tapi dia ajak saya untuk amalkan cara mereka, pada hal saya ingin nk faham dulu.. jadi saya tolak
Saya cukup berhati2 dlm hal ini sbb training awal yg saya lalui ketika di SDAR ialah fikh. Saya perlukan dalil yg kuat dan jitu, dan berhati2 terhadap bid'ah dan khurafat
Tetapi konsep saya tentang bid'ah itu tidaklah begitu rigid sebagaimana sesetengah orang
Apa yg lbh penting ialah bagaimana nk mencapai CINTA kpd Allah dan NAFSUL MUTMAINNAH sebagaimana yg dikehendaki di dalam al Qur'an.
Saya belum bertemu dgn keinginan saya ini dgn melalui kaedah tarbiah sehingga tahun 1985
Tahun 1998 saya bertemu dgn seorang guru aliran sufi yg sama usia dgn saya. Dia begitu rindu kpd Allah hingga asyik menangia ketika solat atau mendengar bacaan al Qur'an
Saya kagum.. dan ingin tahu
Dia mengajar konsentrasi dan bagaimana nk mendapat kerinduan kpd Pencipta.
Tiada apa2 wirid bacaan. Hanya konsentrasi, banyak ingat Allah dan solat yg khusuk.
Caranya jauh berbeza dari aliran tarikat... tiada bai'ah. Hanya belajar dan amalkan.
Ilmu yg dia ajar hampir 100% kerohanian. Boleh di adjust dgn sebarang aliran mazhab fikh.. tiada masaalah
Pada masa yg sama, saya terus membuat kajian samaada ilmu ini ada dalil yg sah dlm agama... sekurang2nya ia tidak menyalahi aturan agama.
Sungguh panjang proses tersebut kerana saya perlu berhati2.. maklumlah, nk selamat ..
Setelah lebih kurang 3 tahun saya belajar dgnnya, dia pulang ke kampung halamannya di Sulawesi Selatan.
Kemudian, pada tahun 2003 saya berlepas ke sana untuk bertemu dgnnya dan gurunya, dengan MAS dan GARUDA.
Dari JB, KLIA, JAWA, MAKASSAR.
Berada di sana selama 5 hari . Seronok bertemu guru dan dan mendalami budaya orang2 di sana.
Kedua2 guru saya tu dah meninggal.
Yg muda pada 2010, dan bawah ni 2011
Comments
Post a Comment