KITAB DAN HIKMAH
At-Taubah : 6
وَإِنْ أَحَدٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتّٰى يَسْمَعَ كَلٰمَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُۥ ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْلَمُونَ
Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ketempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.
Sungguh menarik ayat ini. Ia menyebutkan, tentang kebagusan mendengar kalamullah oleh orang2 Musyrik yg meminta perlindungan.
Semoga mereka menjadi manusia2 yg berilmu (kerana mereka adalah orang yg tidak berilmu)
Uslub dakwah atau jalan dakwah pasti tidak dapat dipisahkan dari ciri2 orang yg hendak diajak kpd Islam.
Jika orang tersebut adalah orang Arab yg faham bahasa Arab, alangkah bagusnya jika mereka diperdengarkan kalamullah supaya mereka mengerti.
Pengertian amat penting dalam beragama.
Pengertian dipermukaan dan pengertian yg di lapis2 yg lebih mendalam lagi.
Mungkin juga orang yg mendengar ayat yg kita sampaikan itu akan lbh mengerti dari kita sendiri.
Mungkin kita hanya faham maksud ayat itu, tetapi dia pula faham maksud dan hikmah ayat.
Lalu dia mendapat pelajaran dari kitab dan hikmah sehingga mereka mendapat pengertian yg mendalam ...
Al-Baqarah : 129
رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ ءَايٰتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka ALKITAB dan ALHIKMAH serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
Rasulullah saw sebagai utusan Allah bukan sahaja membacakan kitabullah. Baginda membaca dan mengajar HIKMAH.
Hikmah adalah kefahaman yg lbh mendalam akan kebaikan2 sesuatu perkara, yg mana tidak terpampang di permukaan tetapi dapat dilihat oleh akal dan hati yg cerdas.
Seperti Luqmanul Hakim... beliau adalah manusia yg sangat cerdas dan mampu memahami hikmah2 dalam setiap perkara. Beliau nampak keutamaan2 setiap perintah Allah, dan apa hikmah2 di sebaliknya..
Nasihat2 yg diberikan oleh Luqmanul Hakim kpd anaknya jelas menggambarkan ilmu dan hikmah yg dikuasainya.
Perhatikan contoh hikmah yg dikuasai oleh Luqman di dalam ayat berikut :
Luqman : 12
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا لُقْمٰنَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِۦ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ
Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".
Bersyukur kpd Allah adalah perintah Allah kpd kita. Jika tidak mahu bersyukur maka menjadilah kita orang yg kufur.
Tetapi Luqman sudah ada kefahaman yg lebih dari itu...
Barang siapa bersyukur kpd Allah maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri. Bagaimana boleh jadi begini ? Di sinilah kita nampak betapa jauhnya visi akal Luqmanul Hakim.
Jika kita tidak bersyukur, maka Allah tetap MAHA KAYA dan Allah tetap MAHA TERPUJI, walaupun kita enggan memujinya.
Allah tidak perlukan terima kasih kita. Yg kita perlukan dengan terima kasih itu ialah UNTUK diri kita sendiri....
Kenapa begitu ?
Apa faedah yg diperolehi oleh orang yg berterima kasih kpd Allah ?
Bagaimana berterima kasih kpd Allah ?
Suatu petang ketika saya dan sahabat2 berada di dalam kereta dalam perjalanan ke JB, almarhum guru saya berkata : SYUKUR oleh orang2 yg KHUSUS ialah mengakui apa sahaja kebaikan yg ada pada mereka adalah pemberian Allah Subhanahu wa Taala
Bersyukur bukanlah dengan hanya dengan mengucapkan alhamdulillah, atau terima kasih ya Allah. Sebelum kita ucapkan itu, kita kena akui bahawa setiap kebaikan adalah pemberian Allah.
Tidak ada 1 kebaikan pun yg kita perolehi, yg pada hakikatnya berasal dari diri kita sendiri. Semuanya adalah dari Allah.
Bila kita sudah dapat mencapai ini... sangat bagus sekali.. kerana ia adalah ASAS KESYUKURAN. Jika kita tidak nampak ini, tentulah sukar untuk kita dapat benar2 bersyukur kpd Allah.
Ketika saya berada di 1 pulau, saya bertemu dgn seorang pemuda. Namanya, syeikh Ahmad. Setiap kali dia diberikan sesuatu atau dibelanja makan, dia telah berkata : 'TERIMA KASIH ALLAH'
Menarik.. dia nampak bahawa Allah telah berikan apa yg sampai melalui tangan manusia.
Di hatinya cukup jelas bahawa apa sahaja yg manusia hulurkan kpdnya, pada hakikatnya adalah ALLAH YG HULURKAN..
ILMU tidak terpisah dari HIKMAH.
Adapun ilmu yg tertulis itu memang cukup jelas untuk dimengerti, atau dapat dilihat dimata zahir kita... akan tetapi, hikmah pula hanya dapat diselami dengan akal yg tajam lagi berbakat, juga dapat diselami dgn mata hati.
Mata hati mampu melihat hal2 yg tidak kelihatan oleh mata kasar.
Contohnya, amalan2 agama yg kita kerjakan, mungkin kita kerjakan tanpa menyedari apa yg terjadi disebalik amalan kita itu.
Jika kitab nampak atau mengerti, sudah tentu kita akan mekakukannya dgn lbh baik lagi.
Misalkan kita ini adalah ibu bapa... maka kita juga adalah guru2 kpd anak2 kita..
Ibu bapa yg bijak akan mengambil Rasulullah saw dan Luqmanul Hakim sebagai guru contoh.
Bukan sahaja mengajarkan ilmu yg tertulis di muka kitab, tetapi juga mengajarkan hikmah di sebalik setiap ilmu.
Hasilnya, anak2 kita akan dapat membina kefahaman yg mendalam, dan bukan hanya kefahaman dipermukaan.
Hidup anak2 kita akan lbh bermakna... bukan hanya melakukan amalan secara ritual, tetapi amalan itu kekurangan pengertian.
Seorang penceramah sedang berceramah. Dia kata : Bila kau sujud, dan ada pasir lekat di dahimu, janganlah diusap, sbb ia akan jadi saksimu di hari Kiamat.
Almarhum guru saya berkata kpdnya : Ya, benar itu. Pasir itu akan berkata : Ya Allah, benar dia sujud, ya Allah... tapi bukan ENGKAU yg dia INGAT !
Lihat, bagaimana almarhum mengajarkan sesuatu yg tidak kelihatan dimata jasmani kita, tetapi yg merupakan HIKMAH MENDIRIKAN SOLAT, iaitu DIRIKANLAH SOLAT UNTUK INGAT ALLAH.
Comments
Post a Comment