PERLU LATIHAN KHUSUK

Proses penyucian BATIN kita kita lakukan dengan berlatih melakukan penumpuan. Ini langkah pertama.

Tanpa melakukan penumpuan, kita tak dapat solat dan tasbih yg khusuk.

Jika tak khusuk, maka tidak berlaku penyucian

Sebagai manusia, kita ada bakat yg berbeza2..

Untuk orang yg BAKAT nya hanya sederhana macam SAYA.. kita mulakan dengan melakukan latihan penumpuan  ke QOLBU yg terletak di tengah dada.

Ada rahsia besar kenapa kita lakukan begitu.

QOLBU adalah ibarat TAPAK PELANCAR ROKET.

Bila para angkasawan sudah masuk ke cockpit roket, maka mereka sudah sedia untuk meluncur ke angkasa lepas

Sukar untuk mencapai solat yg khusuk kalau para angkasawan asyik jalan2 makan angin.

Kena cepat suruh para angkasawan kita masuk ke dalam roket yg terletak di hati kata

OK alhamdulillah, nampaknya para angkasawan yg seramai 240,000 orang sudah berduyun2 masuk ke ruang dalam roket.

Roket sudah disejukkan..  Roket yg panas, payah nak terbang

Tapi sayangnya, masih ramai dari para angkasawan yg degil2 tu asyik mahu berjalan makan angin...

Adohai.. degilnya mereka

Angkasawan2  yg degil dan suka jalan2 makan angin itu ialah diri kita yg sebenar.

Sebab itulah solat kita payah nak khusuk.

Payah nk khusuk sebab diri kita suka jalan2 makan angin.

SIAPAKAH DIRI KITA

Ia adalah diri kita yg perlu disucikan dan perlu hampirkan diri kpd Allah, diri jasmani

Diri kita itulah yg digelar sebagai :

1. Hawa nafsu, seramai 80,000 diri

2. Akap seramai 80,000 diri

3. Angan2 seramai 80,000 diri

Semuanya hanya inginkan kehidupan dunia dan berhibur diri

Kita kena ajar diri kita supaya menuju kpd Allah... dunia akan hancur, tetapi wajah Allah akan kekal abadi

Kalau kita sayangkan kereta dan motosikal, kita jaga dan servis

Kita sayangkan rumah, kita pelihara dengan baik

Kita sayangkan hati kita, bagaimana kita jaga dan bersyukur ?

Sebaik2 penjagaan hati ialah sentiasa INGAT kpd Allah

Melihat orang2 yg makan tanpa HATINYA ingat kpd Allah, almarhum guru mengumpamakannya dgn : MAKAN MACAM LEMBU.

Kerana lembu itu tiada hati macam kita yg kita kena gunakannya untuk ingat kpd Allah

Belum sampaikah waktunya untuk orang beriman hatinya INGAT kpd Allah dan apa yg turun dari Al HAQ ?  Al Hadid : 16

Konsep KONSENTRASI ini mudah sahaja. 

Ia adalah penumpuan hati dan jiwa dengan menggunakan RASA. Bukannya dengan menggunakan fikiran.

Rasa ini pula adalah rasa dalaman atau spiritual. Derianya adalah deria batin.

Apabila konsentrasi rasa spiritual sudah cukup mantap, in syaa Allah kita akan mencapai tingkat khoshiin, atau orang2 yg khusuk.

Kalau tingkat orang yg sabar, yg dermawan, yg berjihad dll  perlukan training, maka begitu jugalah tingkat orang2 yg khusuk juga perlukan training / latihan.

Mana boleh, tanpa training / latihan... apabila kita takbiratul ihram,  terus jadi khusuk ?

Solat yg khusuk dan zikrullah yg khusuk akan menyuci hati dan jiwa kita.

Nabi Muhammad saw bersabda : Tiap sesuatu ada pencucinya, dan pencuci hati ialah zikrullah.

Sudah tentu ia adalah zikrullah dengan khusuk, kerana Allah tidak suka kpd orang2 yg lalai.

Setelah Allah mencuci hati dan jiwa kita, in syaa Allah kita akan jadi orang yg baik2... Tak payahlah khatib khutbah jumaat menjerit dgn harapan akan memberi kesan kpd hati ...

Kalau tidak, setiap minggulah khatib kena membaca khutbah dengan menjerit2 supaya hati orang yg mendengarnya bergetar takut dan insaf.

Comments

Popular Posts