MUJAHADAH UNTUK KHUSYUK
Sekiranya kita inginkan pertolongan atau ista'anah, dapatkanlah dari sabar dan solat.
Tetapi yg demikian itu amat sukar kecuali pada orang2 yg khusuk .. ( 2 : 45 )
Begitulah caranya yg al Qur'an ajarkan kpd kita jika kita mahukan pertolongan dari Allah.
Bukan sebarang solat. Ia juga tidak menyebutkan ayat dan surah yg kena dibaca.. tetapi ia hanya menyebutkan tentang perlunya menjadi orang2 yg khusuk jika mahu pertolongan dengan dgn cara bersabar dan solat.
Betul tuu
Setelah kita berjaya mencapai solat yg khusuk pada luaran dan dalaman, perkara2 lain akan jadi mudah, in syaa Allah.
Solat itulah tali penghubung di antara kita dengan Penguasa alam.
Jika sudah baik hubungan kita dengan Penguasa alam, nanti kita hanya perlu bersabar ... sebelum datang pertolongan dari Nya
Sebab itu kita kena bermujahadah untuk mencapai khusuk solat.
Untuk mencapainya, kita kena latih hati kita supaya selalu ingat kpd Allah dengan khusuk
Jalan untuk mencapainya ialah latihan konsentrasi.
In syaa Allah ia boleh dicapai, asalkan kita mahu belajar...
Tangguhkan dulu hajat2 kita untuk belajar perkara2 takhsiniat.
Pelajari dahulu bagaimana membuat hubungan hati dgn Allah (HHDA) .
INILAH perkara yg sangat penting yg kita perlu pelajari sebelum nafas kita yg terakhir.
Ayoh. ... jangan bertangguh2 lagi ...
Kalau keperluan hidup kita dah mencukupi, buat apa kita nk bertangguh lagi ?
Dan buat apa kita dahulukan mempelajari perkara2 yg kurang perlu spt kemahiran membuat perabut, membaiki barangan elektrik, belajar hydroponik dll... sedangkan solat kita masih teputus2 oleh kelalaian.
Sudah berpuas hatikah kita dengan solat yg sebegitu ?
Untuk belajar ilmu solat khusuk, kita tidak perlu berbelanja ribuan RM . ... Tidak spt perbelanjaan untuk menggenggam ijazah, master atau PhD.
Kita hanya perlukan 1 % dari perbelanjaan itu... bahkan mungkin jauh kurang dari itu.
Ada orang yg belajar ilmu khusuk hanya 1 jam di bawah pokok manggis.
Ada yg hanya 1 jam di warong prata
Ada yg hanya 1/2 jam di tempat kenduri kahwin
Ada sahabat saya yg inginkan makam2 yg tinggi
Jalan untuk mencapainya ialah dengan membaiki hubungan dgn Allah.
Permulaan langkah ialah mempelajari konsentrasi rasa dan bagaimana mendekatkan diri kpd Nya.
Janganlah fikir macam2.. nanti jadi keliru.
Perbaiki solat hingga mencapai solat yg khusuk, kemudian hati kita akan meperbaiki mana2 yg kurang betul.
Pokok pangkalnya ialah kita belajar baiki hubungan dengan Allah.
Kita kena baik hubungan dengan perintah dan baik hubungan dengan Allah.
Tak cukup sekadar kita taat perintah2 tetapi hati kita selalu lalai dari ingatan kpd Allah
Disuruh makan kita makan, suruh baca kita baca, tetapi hati terus lalai...
Comments
Post a Comment