SEORANG WANITA TUA

SEORANG WANITA TUA

Ada sebuah rumah batu beratap genting di tepi 1 jalan utama . Di dalam rumah itu , tinggallah seorang perempuan tua berumur 60an . Rumahnya besar , keretanya honda accord , halaman rumahnya luas dan kebun sawitnya pula  berpuluh2 ekar , siap dengan pekerja dan jentera untuk pengangkat buah sawit . Wangnya yang di dalam bank , janganlah ditanya jumlahnya !  Anak2nya semuanya serba cukup dengan rumah , kereta , pekerjaan dan wang .

Tidakkah anda cemburu dgn kesenangan harta benda wanita itu ?? Apabila anda merenung wajahnya , anda tidak nampak kegembiraan pdnya . Kenapa ?

Keremajaan telah meninggalkannya , dan suami yang menjadi temannya pun telah pergi menjadi penghuni makam  yang serba sunyi . Hendak upahkan pembantu rumah untuk jadi teman , bimbang pula jika lain jadinya . Boleh terjadi , dia pula yang bertukar jadi pembantu , dan pembantu pula jadi tuan rumah . Hendak tinggal bersama anak2 , tak sanggup pula nak tinggalkan rumah pusaka . Nak kahwin lagi , aset yg paling mahal , iaitu keremajaan , sudah lama meninggalkannya . Rambut sudah putih dan kulit pun dah mula berkedut . Bau tubuh pun dah tak seharum dulu .

Waktu inilah ketika yg paling lapang untuknya , jika dia mahu selalu berzikir , dan bermunajat kepada Allah . Kalau dia sudah bersedia sebelum hari tua , waktu inilah dia dapat beramal ibadat dengan tenangnya tanpa sebarang gangguan . Tetapi , adakah dia dapat menikmati kemanisan zikrullah dan munajat , jika tidak berilmu ?  Adakah hatinya dapat ketenangan tanpa amal kerohanian , amal  hati yg sepenuh tumpuan?

Al-A'raf : 205 - وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْءَاصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغٰفِلِينَ
Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.

Ketenangan dapat dicapai hanya dengan hati yg selalu ingat kepada Allah . Hati itu perlulah selalu berhubung dengan Allah dan hubungan itu perlulah dijaga dgn sebaik2nya . Bacaan2 tasbih , tahmid dan takbir yang sentiasa disebut2 dengan suara yang kuat itu belum tentu datang dari hati yg ingat kepada Allah . Hati yg ingat kepada Allah swt adalah hati yg konsentrasi .

Suami wanita tua itu telah lama pergi ke alam baqa . Dia tinggalkan semua harta benda yg telah dikumpulkannya untuk isteri dan anak2 . Dan bekas isterinya itu pun makan tak habis . Kereta pun orang lain yg tolong hidup2kan , takut rosak . Akhirnya , semua itu akan beralih tangan pula . Apa yang mereka bawa ke alam baqa ?

3 perkara yang mereka bawa , iaitu :
1 )  aqidah yg benar
2 )  tunaikan apa yg diperintahkan Allah dengan benar
3 )  menjaga hubungan dengan Allah swt .

Solat yg 13 rukun itu , adalah tiang agama . Tiang itu benar2 kukuh jika hubungan hati dgn Allah benar2 dipelihara . Jika solat itu separuhnya lalai , maka separuh sahajalah kekuatan tiang itu . Jika solat itu rosak , maka rosaklah amal2nya yg lain . Begitulah yang dimaksudkan oleh hadis Nabi Muhammad saw . Orang yg cerdik ialah yg selalu memelihara hubungan hatinya dengan Allah dan sentiasa taat kpd peraturanNya .

Sebagaimana memelihara hubungan dengan perintah memerlukan ilmu , begitulah juga hubungan hati dan jiwa dengan Rabb , perlukan ilmu .

Dengan kata lain , konsentrasi hati perlu dipelajari .

KONSENTRASI

Apakah yang di maksudkan dengan konsentrasi ketika zikrullah ? Konsentrasi bermakna penumpuan. Kita melakukan penumpuan ketika zikrullah. Tetapi persoalan selanjutnya ialah, kepada apakah penumpuan itu dilakukan ? Adakah kpd kalimat2 yg dibaca dan arti bacaan tersebut, ataukah kepada Allah sendiri. Jika penumpuan itu adalah kepada Allah, adakah dalil naqlinya ?

Di dalam beberapa hadis, Nabi Muhammad saw ada menyebutkan , " Ihsan itu ialah beribadat kpd Allah seolah2 melihat DIA , ... " .

Dari hadis tersebut, jelaslah bahawa zikrullah itu hendaklah menumpukan kpd-NYA jika kita mampu, kerana apabila kita dapat melihat DIA sudah tentulah kita akan mengadap kpd-NYA.

Bagaimana pula jika kita tidak mampu melihat-NYA tetapi tetap mahu menumpu atau konsentrasi kpd-NYA ?  Adakah di dalam al Qur'an atau hadis Nabi Muhammad saw ada menyebutkan ' di mana Allah ' ?

Secara umumnya, al Qur'an dan hadis Nabi saw menyebutkan bahawa Allah swt adalah istawa di atas Arasy dan Dia juga sentiasa bersama manusia di mana manusia berada, bahkan Dia lebih hampir dgn manusia berbanding urat leher manusia sendiri. Dapat di ringkaskan, yang istawa di atas Arasy ialah ZAT Allah yg Maha Tinggi, sedangkan yg sangat hampir dengan manusia pula ialah Ruh-Nya yg Dia sendiri tiupkan.

Manusia sendiri adalah terdiri dari ruh yg lain yg disebut dlm al Qur'an sebagai nafs atau jiwa. Tidak sama antara al Ruh yg ditiupkan oleh Allah swt yg sentiasa suci, dengan nafs manusia yg perlu disucikan.

Comments

Popular Posts