MASA DAN RUANG

MASA DAN RUANG

'Masa' adalah diantara perkara yg dikaji oleh ahli sains fizik. Albert Einstain telah menemui teori relativiti, iaitu apabila sesuatu 'benda' bergerak dengan sangat laju seperti kelajuan cahaya, maka masa/waktu akan menjadi slow/perlahan.

Ini bermakna masa adalah sesuatu yg terikat dengan hukum fizik.

Apakah pula hukum fizik?

Hukum fizik ialah peraturan tertentu yg tetap, yg diciptakan oleh Allah untuk alam fizikal atau alam kasar, supaya alam fizikal ini tidak jadi kacau bilau. Itulah salah satu dari tafsiran ' tidak berubah sunnatullah '.

Oleh kerana 'masa' itu pun terikat dengan hukum fizik atau sunnatullah, maka tentulah 'masa' itu makhluk! Makhluk berarti 'yang dicipta'.

Allah tidak terikat dengan masa.. Qadimnya Allah adalah diluar jangkauan masa. Masa itu sendiri pun Dia yg menciptanya.

Alam fizikal ialah alam kasar kita ini. Alam metafizik alam alam yg berbeza dari alam kasar.

Di dalam alam metafizik seperti alam barzah, waktu adalah berbeza.

Alam metafizik adalah alam yg lbh tinggi darjatnya, dan gerakan atau gelombang unsur2 di alam itu adalah lbh laju lagi berbanding dgn alam fizikal. Kerana itu 'masa' di alam tersebut menjadi lbh perlahan lagi.

Satu hari di alam yg lebih tinggi itu, masanya  berlalu dgn sangat perlahan hingga disebutkan dlm surah al maarij, 1 hari yg sama dengan 50,000 tahun, dan dlm surah as Sajadah, 1 hari yg bersamaan dengan seribu tahun. Walaupun begitu, 'masa' di alam itu adalah fleksible, tidak seperti alam kita ini yg sangat rijid.

Pernah tak dengar cerita dongeng dimana seorang pemuda telah masuk ke alam bunian dan berkahwin. Belum berapa lama dia pun ingin kembali ke kampung halamannya. Keluar dari alam getaran tinggi, turun kealam frequency rendah.

Dia dapati keluarganya dah tua! Ada yg dah meninggal dunia. Mungkin orang yg mencipta cerita dongeng ini ada belajar teori relativiti.

Jika kita dapat naik satu roket dengan kelajuan yg sangat tinggi, naik menembusi 7 lapis langit dan maarij... maka masa kan menjadi sangat perlahan untuk kita. Selepas 1 hari bersiar2 di puncak alam itu, kita pun kembali ke bumi ini.

Apabila kita sampai ke dunia dan lihat kalendar, tarikhnya ialah tahun masihi 52, 014... he he..mana keluarga kita? Mana Melayu yg tidak hilang di dunia itu???

Berbalik kpd topik waktu. Waktu memerlukan kpd ruang (space). Pergerakan perlu berlaku dlm ruang utk membolehkan waktu terwujud.

Matahari perlu bergerak dlm ruang galaksi yg luas.

Bumi perlu bergerak pd orbitnya mengelilingi matahari dan berputar pd paksinya.

Gerakan & putaran ini memerlukan ruang. Gerakan & putaran dlm ruang ini membolehkan wujudnya pagi, tghari, ptg, dan malam - fasa2 waktu yg membentuk waktu.

Gerakan dan putaran ini mesti berlaku secara tertib (orderly). Ketertiban ini membuat fasa2 waktu menjadi konsisten dan boleh difahami, dihayati & dialami oleh manusia.

Bagaimana pula apabila ruang mengecut atau mengembang menyebabkan daya2 tarikan dan tolakan antara objek terganggu lalu menyebabkan gerakan dan putaran tidak lagi kekal dan konsisten spt mana yg manusia biasa alami & fahami?

Comments

Popular Posts