OTAK DAN FUNGSINYA
OTAK DAN FUNGSINYA
Otak manusia itu boleh dikelaskan kepada 3 bahagian .
PERTAMA adalah yang berkaitan dengan fungsi tubuh , seperti denyutan jantung , pernafasan , dan kawalan suhu badan .
KEDUA pula adalah sistem limbik , berkaitan emosi dan perasaan . Untuk bahagian ini, haiwan seperti kambing dan lembu pun ada sistem limbik. Adapun kegunaannya adalah untuk menerbitkan emosi seperti sayang anak , marah dan syahwat . Kerana itu sistem limbik sering juga disebut sebagai bahagian otak emosi.
KETIGA ialah untuk fungsi yang lebih tinggi yg mana bahagian ini terdapat pada cerebrum. Fungsinya ialah untuk daya fikir. Ia mampu memikirkan pelbagai perkara yang rumit, bercakap, berkhayal dan sebagainya. Walaupun haiwan juga mempunyai cerebrum tetapi ia sangat rendah dari segi kemampuannya. Dengan daya fikir inilah manusia faham syariah dan mereka mampu memajukan dunia dengan pelbagai macam kemajuan material .
HATI DAN SISTEM LIMBIK
Selain dari otak bahagian kedua tadi, qalbu atau fuad juga mempunyai fungsi sebagai pusat perasaan. Malah qalbu atau hati adalah raja kepada seluruh diri manusia. Jika ia baik , baiklah semuanya , dan jika hati itu sakit maka sakitlah seluruhnya yang lain.
JANGAN HANYA MEMAJUKAN OTAK INTELEK
Manusia moden , majoritinya hanya menumpukan kepada memajukan fungsi otak bahagian 3 iaitu bahagian berfikir, dengan anggapan bahawa ia akan membawa kepada kebahagian . Yang sebenarnya, kerja otak bahagian yang tinggi itu adalah kerja akademik atau ilmiah. Tidak pernah jemu manusia mengasah otak akademik tersebut, sambil melupakan fungsi otak bahagian kedua dan hatinya. Sedarkah mereka bahawa jika otak bahagian kedua itu dipenuhi dengan ciri2 negatif seperti benci , marah , tamak , dan nafsu serakah, mereka tidak akan mendapat kebahagian yang mereka kejar itu? Jika perasaan dan jiwa seseorang itu dipenuhi dengan sifat-sifat negatif, kelebihan intelek itu akan hanya digunakan untuk kemusnahan kemanusiaan , bukannya kebajikan!
KUASAI DAN MAJUKANLAH EMOSI DAN MINDA BAWAH SEDAR
Adakah kita telah belajar menguasai kemarahan kita , rasa benci dan kasih , keyakinan diri, ilmu persahabatan dan setia kawan? Perasaan tersebut terbitnya di hati dan otak bahagian kedua atau sistek limbik . Otak bahagian ini perlu dikuasai . Ia perlu ditenangkan , untuk mencapai keadaan jiwa yang tenang .
Tetapi , kelebihan manusia bukan hanya pada otak bahagian ke tiga sahaja . Apabila manusia mengkaji alam , dan membaca dalil ketuhanan , bahawa Allah adalah Maha Pemurah dan Maha Penyayang, maka akan timbullah kasih kepada Tuhannya , dan ingin bertemu denganNya. Kombinasi kerja otak bahagian kedua dan ketiga itu mampu menghasilkan makrifah dan cinta kepada Yang Esa
Allah ciptakan semua bahagian otak itu , supaya kita menjadi hambaNya yg terbaik , lebih baik dari haiwan2 . Binatang hanya ada 2 bahagian sedangkan bahagian ketiga adalah sangat primitif . Manusia pula ada bahagian ketiga iaitu bahagian intelek.
Manusia dapat jadi manusia , apabila dia gunakan hati , otak bahagian kedua ( otak emosi ) dan bahagian ketiga ( otak intelek ) dengan sebaik2nya .
BAGAIMANA MENCAPAI POTENSI MAKSIMUM ?
Dengan adanya ketiga2 bahagian tadi , manusia akan dapat mencerna dalil2 , samada tersirat di alam ini , atau yang tersurat di dalam kitab . Dia akan mengenal syariat . Syariat itu artinya jalan yg perlu diikuti , atau jalan hidup .
MANUSIA ADALAH IBARAT PELAJAR SEKOLAH
Apabila kita masuk kolej , akan ada proses orientasi. Di antara objektifnya ialah untuk memperkenalkan apa yang perlu dilakukan dan dielakkan . Selagi kita menepati peraturan2 itu , kita akan dianggap murid yang baik . Samada kita pelajar terbaik , atau tercorot. Selagi kita ikut dan patuh peraturan2 kolej , kita tetap siswa yang baik .
Jalan kecemerlangan itu sememangnya sudah ada dalam peraturan kolej , tetapi malangnya ramai siswa hanya menumpukan kepada peraturan tersebut . Mereka asyik berselisih faham berkenaan peraturan kolej . Peraturannya , bangun pagi sebelum jam 5 , solat subuh berjamaah di surau , selepas siren berbunyi hendaklah mereka pergi ke dewan makan . Tadah tangan dan amin-kan doa makan . Lepas itu pergilah ke kelas . Jam 7.30 pagi ialah waktu masuk ke kelas. Selepas itu duduk diam-diam hingga cikgu datang. Begitulah seterusnya jadual kehidupan di sekolah berasrama, dan begitulah pengalaman kita dahulu .
Siswa yang terbaik bukanlah mereka yang sekadar mengikuti 100 % peraturan2 kolej , tetapi adalah mereka yang selalu cemerlang di dalam akademik dan selalu aktiviti extra curricular.
Tetapi , ketua kolej tidaklah hanya mahu pelajarnya sekadar menjadi baik dalam arti kata mentaati peraturan shj . Dia juga mahu sebahagian siswanya berkembang maju menjadi pelajar kebanggaan kolej , siswa juara yang dapat dibanggakan di hadapan kawan dan lawan .
MANUSIA ADALAH IBARAT KOMPUTER
Manusia adalah ibarat komputer peribadi dengan software yg sangat bagus . Jika kita ikut manualnya yang paling asas , komputer itu akan terjaga dengan baik , dan dapat berfungsi dengan baik . Ada komputer peribadi yg telah digunakan untuk merancang bermacam2 hasil2 kejuruteraan yg hebat , seperti keretapi laju , pesawat terbang yg hebat, kereta dan enjin . Tetapi , komputer aku hanya dapat jadi tempat rujukan dan alat menulis menulis sahaja. Adakah aku salah peraturan menggunakan komputer peribadiku ?
Yang dapat aku kata nanti ialah , aku jaga baik2 komputerku ini , dan aku tak rosakkan . Persetan dengan potensi dan power komputer tu .
Besok , jurutera yg mencipta komputer peribadi nak jumpa aku , di warung Benut . Dia nak tengok setakat mana aku gunakan komputer aku . Adakah sekadar macam budak yang belum sekolah , ataukah macam profesional . Hai.. nampaknya , malulah aku !
Jurutera komputer akan tersenyum tawar kepadaku . Dia mungkin akan kata ... membazir sahaja aku memerah otakku mencipta komputer peribadi yang paling canggih .. yg digunakan oleh orang ini hanya ciput shj ..
Nah , sekarang .. bukankah manusia ini adalah hasil ciptaan Allah yang paling canggih dan paling baik sekali ? Kenapa ciput shj yg kita gunakan . Apalah yang akan dikatakanNya nanti kepada kita ???
Kita adalah komputer yg paling canggih , lebih hebat dari segala komputer . Kita ada hati , dan tiga bahagian otak . Kita ada saraf dan hormon . Dan kita ada masyarakat yang dapat saling bantu membantu . Sedangkan komputer2 di bumi ini , manusialah yg mengilangnya.
KEMATIAN ADALAH KEBAHAGIAAN
Ada orang memandang akhirat ialah azab api neraka , atau kebahagiaan fizikal di dalam syurga . Tetapi ada orang yang kematian adalah hari kemanisan rohani , dapat menemui WAJAH yang dirinduinya .
Ada orang , kematian adalah hari ketakutan samada selamat atau azab . Ada pula yang memandang kematian adalah hari kembali , samada dapat kembali atau tidak ..
Ada orang bersujud kepada Allah untuk selamat di akhirat , ada pula orang yg bersujud kepadaNya demi menzahirkan kesyukuran seorang hamba .
Ada orang yg memandang Tuhannya sebagai bersifat kasar dan suka menghukum dan menzalimi, tetapi ada hamba yang memandang Tuhannya sebagai yang Maha Pemurah , Penyayang dan Pengampun .
Orang yg bersikap negatif akan memandang kematian adalah sesuatu sangat buruk , dan dia hampir putus asa kerana sikapnya itu. Orang yg bersikap positif pula akan semakin lebarlah senyumannya , teringatkan pertemuan yang akan menjelang .
Comments
Post a Comment