CERITA

KISAH PENGLIPUR LARA

Siapa yang menolak ?
Pada 1 malam , seorang sultan mengadakan jamuan besar2an ,  dgn dihadiri orang sekalian rakyat jelata . Ketika itu baginda sultan pun bertitah :  Wahai rakyat jelata sekalian , adapun tujuan beta mengadakan jamuan ini adalah kerana puteri beta sudah remaja dan sudah sampailah ketikanya untuknya bersuami . Oleh itu ,  beta berhajat mahu memilih suami untuk puteri beta itu . Akan tetapi beta sudah sediakan 1 ujian , maka sesiapa yang berjaya berenang menyeberangi sungai di hadapan kita ini hingga ke seberang , beta akan kahwinkan dengan puteri beta dan 1  permintaannya akan beta tunaikan  . Tujuan beta adakan ujian ini adalah kerana beta mahu memilih bakal menantu yg berani dan sanggup menghadapi cabaran yang berat2 .  Tetapi ingat , sebagaimana yang kamu semua tahu , sungai ini adalah lubuk kepada buaya2 yg ganas . Kerana itu , kamu mesti berani menghadapi risikonya .
Tam !!!!   Dengan bunyi letupan selaras senapang ,   baginda pun memulakan sayembara itu ..
Sunyi sepi keadaan malam itu . Masing2 saling berpandang2an .  Hai... nampaknya , bakal jadi andartu lah puteri beta .. Tiba2 .....  Gedebur !!!!   Dengan disertai percikan air , terjunlah seorang pemuda tampan berenang dengan sepantas2nya ke seberang sungai . Tersangat pantasnya pemuda itu berenang , dan diikuti pula oleh sultan dan hulubalang2 yang  ikut sama menyeberang sungai melalui  jambatan berdekatan ..Pemuda itu dengan pantas dan termengah2 , memanjat tebing sungai meninggalkan buaya2 ganas di belakangnya . Ketika itu sultan dengan wajah gembira pun menghampiri si pemuda bakal menantunya , dengan diapit oleh tuan puteri dan bonda puteri yang  tersenyum2 melihat ketampanan pemuda itu ..
Sultan pun bertitah :  Wahai rakyat jelata sekalian , dengan ini beta dengan sukacitanya mengisytiharkan bhwa , oleh kerana tidak ada orang lain yang berani menyeberang sungai ini , maka pemuda ini adalah pemenang pertandingan ini . Dia akan beta tawarkan menjadi menantu beta , dan permintaannya akan beta tunaikan ..Wahai pemuda .. , apakah permintaan kamu ?   Tanya sultan .
Pemuda itu menjawab : Ampun tuanku , hanya 1 shj permintaan patik .  Patik ingin tahu , siapakah gerangan yg menolak patik ke dalam sungai itu ???
Hari berganti minggu , minggu berganti bulan dan bulan pun berganti tahun . Telah banyak tahunlah berlalu , dan si pemuda itu telah berumahtangga dengan tuan puteri . Mereka hidup dengan bahagia dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata . Kini ,  baginda sultan telah lanjut usianya , dan pemuda itu tinggal menunggu hari untuk mengambil alih kerusi sultan memerintah negeri .
Walaupun begitu , persoalan siapakah yang telah menolaknya ke dalam sungai itu belum terjawab juga ..Pemuda yang sudah dilantik menjadi putera mahkota itu selalu termenung memikirkan hal itu . Bagaimana  dapat dia berterima kasih kepada si penolak , yg telah menolaknya ke dalam sungai . Tercetus dari tolakan itulah yang memulakan segala kemanisan hadup yg dirasainya sekarang .
Tuan2 , pernahkah tuan2 ditolak kpd 1 cabaran , atau beberapa cabaran , yang kemudian menjadi permulaan kepada bermacam2 kebahagiaan ???  Tidakkah tuan2 juga pernah mengalami peristiwa semirip itu ?  Tolakan dari arah arah belakang , yang mendorong tuan2 menjadi maju dan berjaya ?   Siapakah yang telah menolak tuan2 ???

Tidak mengenal potensi
Suatu ketika seorang Indian menemukan sebutir telur burung rajawali dan meletakkannya di sarang seekor ayam kampung.  Akhirnya telur itu menetas dan anak burung rajawali tersebut dibesarkan bersama-sama dengan anak-anak ayam kampung tadi.  Sepanjang hidupnya, si rajawali menganggap dirinya sebagai ayam kampung.  Ia berlaku seperti ayam kampung.  Mengais-ngais tanah untuk mencari biji-bijian dan serangga sambil berkokok.  Terbang sejauh beberapa kepakan sayap dan melayang setinggi beberapa meter dari permukaan tanah – bukankah ayam kampung memang hanya sanggup terbang sejauh itu? 
Tahun demi tahun berlalu dan si rajawali menjadi sangat tua.  Suatu hari, ia melihat seekor burung menakjubkan sedang terbang tinggi di langit yang jernih membiru.  Dengan memanfaatkan hembusan angin yang kuat, ia melayang tinggi sambil sesekali mengepakkan sayapnya yang keemasan.  Kelihatan begitu agung dan perkasa!  “Luar biasa sekali burung itu!” kata si rajawali pada temannya.  “Burung apa itu?” “Itu burung rajawali – rajanya burung,” sahut temannya.  “Tapi, janganlah terlalu dipikirkan.  Kau tak mungkin menjadi seperti dia.”  Maka si rajawali tidak pernah lagi memikirkannya.  Ia pun mati dengan beranggapan dirinya hanyalah seekor ayam kampung.
Tragis sekali karena sampai matinya si rajawali hidup di tanah dan tidak bisa terbang!  Lingkungan yang salah membuat kita tidak menjadi seperti yang seharusnya kita jadi.

Kubur yg bercahaya

Manusia sering berbangga dengan harta dan pangkat . Berbunga2 hatinya apabila ada orang tahu dia berpangkat tinggi , punya rumah dan kereta yang besar dan berjenama . Tidakkah dia tahu bahawa persediaan untuk akhirat itu bukanlah terletak pada itu semua ? Tidakkah dia tahu bahwa akhirat itu ditempuh dengan iman dan taqwa , hubungan yang baik dengan perintah2 Allah dan selalu berhubung dengan Allah melalui ingatan2 yg tulus ikhlas kpdNya ???
Akhirat itu ditempuhi dengan kecintaan kepada Allah dan RasulNya , sebagaimana disebut dlm hadis Nabi saw , yang bermaksud : belum beriman seorang kamu hingga Allah dan RasulNya lbh dicintainya dari yang lain2 . Iman yang sejati itu dijanjikan oleh Allah swt dengan kejayaan , dan iman yg sejati itu menjadikan manusia amat cinta kepada Allah dan RasulNya .
Ada 1 kisah diceritakan orang , dan dikatakan sebagai kisah yang benar . 1 malam , ada seorang lelaki lalu dekat kuburan , dan ketika itu dia terlihat cahaya terang memancar ke langit dari salah 1 kubur . Dia cerdik , dan dia pun tandakan kubur itu . Besoknya dia selidiki , manusia siapa yg terkubur disitu , dan akhirnya diketahuilah olehnya bahawa pemilik kubur itu ialah seorang tua yang tinggal di hujung kampung .  Dia pun pergilah kerumahnya , bertemu isterinya , dan bertanya tentang suaminya , ilmu dan amalannya .
Kata isteri org tua itu , suaminya sebenarnya orang tak berilmu , dan tak pandai baca al Qur'an , tetapi setiap malam sebelum tidur , dia akan ambil mushaf al Qur'an yang ada di dalam biliknya , dibukanya dan diciumnya , dan dia berbicara sendiri . Dia mengakui kekurangan dirinya yang tidak mampu membaca tulisan2 al Qur'an dan mohon ampun kepada Allah . Ada kalanya pula dia menangis sendirian .
Tiada apa yang dapat dibanggakan oleh lelaki tua itu , tetapi barangkali dia cinta kpd Allah dan Rasulullah saw . Barangkali dia cinta kalamullah , cinta perintah2 Allah swt . Kita tidak tahu !!

Cermin tingkap yg kotor

"Pasangan muda yang baru menikah tinggal di sebuah komplek perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian.."
"Cuciannya kurang bersih ya", kata si isteri.  "Sepertinya dia tidak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih bagus.  "Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apapun.  Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaiannya.
Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul2 bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya:"Lihat, seolah2 dia telah belajar bagaimana mencuci dengan betul.. Siapa agaknya yang sudah mengajarnya? "Si suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita."
Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan pikiran (jendela) bilamana kita memandangnya..
Jika hati kita bersih, maka bersih pula fikiran kita. Jika fikiran kita bersih, maka bersih pula perkataan kita.Jika perkataan kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula perbuatan kita. Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya  (bersih/baik) ,  maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita tetap baik. Kerana itulah segalanya. HATI menentukan FIKIRAN  dan seterusnya FIKIRAN pula menentukan PERKATAAN & PERBUATAN...  2 hal yg paling baik di atas kebaikan.. : sangka baik kepada Allah & kepada Hamba Allah ..

Comments

Popular Posts