PERJUANGAN MENJADI GOLONGAN YG HAMPIR
PERJUANGAN UNTUK MENJADI GOLONGAN YANG HAMPIR
Adakah kita ummat akhir zaman ini mampu masuk kedalam golongan orang muqorobin ? IN SYA ALLAH boleh dengan mengusahakan yang berikut...
PERTAMA
Usahakan agar segala-galanya adalah kerana Allah, sebagaimana di dalam surah al An'am ayat 62..َ
Katakanlah: sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.
Sesungguhnya kehidupan kita di dunia hanyalah untuk berbakti kepada Allah sebagaimana firmannya dalam surah az Zariyat : 56ِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Allah juga menyebutkan bahawa manusia ini hanya diperintahkan untuk beribadat kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan.. Al-Bayyinah : 5ِ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya mengabdi kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.
KEDUA
Menjauhi syirik, kerana syirik adalah kezaliman yang sangat besar. Luqman : 13ٌ
Dan ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya syirik itumadalah benar-benar kezaliman yang besar".
Tuan guru juga telah berpesan," Aku berwasiat kepadamu, jagalah TAUHID ".
KETIGA
TAQWA.. dengan selalu berusaha memperbaiki HUBUNGAN dengan-Nya. Allah berfirman dalam surah Ta Ha : 14ٓ
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan Ilah selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk INGAT AKU.
Segala amal ibadat yg kita lakukan juga adalah bertujuan untuk mencapai taqwa, Al-Baqarah : 21َ
Hai manusia, mengabdilah kepada Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu BERTAQWA.
KEEMPAT
Utamakan ilmu di atas amal, kerana orang yg ber-IMAN dan ber-ILMU adalah lebih tinggi darjat mereka di SISI ALLAH, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Mujadilah : 11ٌ
Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan ORANG YANG DIBERI ILMU beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
KELIMA
Selalu taat kepada Allah, mendahulukan dengan yang wajib, meninggalkan yang haram, membanyakkan yang sunnat dan meninggalkan yang makruh.
Tersebut di dalam hadith yg diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya Allah Taala berfirman: Sesiapa memusuhi waliKu, Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada melakukan apa-apa yang difardhukan ke atasnya. Tidaklah seorang hambaKu mendekatiKu dengan melakukan nawafil (amalan sunnat ) melainkan Aku akan mencintainya. Apabila Aku mencintainya, Aku-lah pendengaran yang ia mendengar dengannya, Akulah pengelihatan yang ia melihat dengannya, tangan yang ia pergunakan dan kaki yang ia berjalan dengannya. Sekiranya ia memohon sesuatu daripadaKu, pasti Kuberi dan sekiranya ia memohon perlindunganKu, pasti Kulindungi." ( HR Bukhari, juga tersebut di dalam hadis Arbain oleh Nawawi )
Comments
Post a Comment