PECAHAN ALIRAN TASAUF

PECAHAN ALIRAN TASAUF

Pengenalan

Apakah ilmu tasauf ?

  Ia adalah ilmu untuk membersihkan jiwa yg kotor dan ilmu untuk mendapat kebenaran / hakikat dan makrifah kpd Allah swt . Dgn ilmu ini keyakinan kpd agama bertambah mantap dgn mendapat haqqul yaqin dan ainul yaqin . Tasauf dan tazkiyyah adalah mempunyai maksud yg sama iaitu menyucikan diri .  Sebagaimana ilmu2 Islam yg lain , ilmu ini telah berkembang dgn berkembangnya ilmu , pengalaman dan pemikiran ummat Islam . Kerana itu secara umumnya aliran2 tasauf dewasa ini dapatlah dikatakan terbahagi kpd 3 aliran utama .

3 macam aliran

Pertama ialah aliran filosofi .

Aliran ini berdiskusi dan menggunakan pemahaman akal untuk mencapai keyakinan kpd hakikat Allah . Mereka tidak menggunakan zikir untuk mencapai makrifah , malah mereka berfahaman hakikat adalah tahap tertinggi dan bukan makrifah . Hakikat itu dicapai dengan aqal . Makrifah atau pertemuan dengan wajah pula pada fahaman mereka adalah mustahil .

Contoh kitab yg menjadi rujukan aliran ini ialah 'ana al haq oleh Muhyiddin ibn al Arabi ( 1165 - 1240 M ) . Kitab lain yg jadi rujukan ialah Insan Kamil oleh Abdul Karim al Jilli ( 1366H -  ?  ) . Didalam kitab ini konsep wahdatul wujud diterangkan sebagai mertabat 7.  Antara diskusi penting kumpulan ini ialah tentang konsep keujudan tunggal atau mutlak Yg benar2 ada ialah Allah swt . Yg melakukan tiap perkara ialah Allah swt . Yg berkehendak dan menentukan segala perkara ialah Allah . Inilah Iman , dan yg kita cari ialah Iman .

Aliran kedua ialah aliran kumpulan tarikat .

Contohnya ialah Qadiriah , Naksabandiah , Ahmadiah , Maulawiah ,  syaziliah dll .  Aliran tarikat itu ada organisasi tersendiri dan ada salasilah perguruan mereka hingga kpd Nabi Muhammad saw . Aliran tarikat Ahmadiah ada sedikit perbezaan , iaitu guru mereka bernama Ahmad bin Idris mendapat ilmu tarikat itu secara direct dari Nabi Muhammad saw di alam kerohanian . Aliran Ahmadiah ini berusaha untuk menghampir kpd Nabi Muhammad saw dlm usaha mereka mendapat makrifah .

Amalan utama kebanyakan kumpulan tarikat ialah mujahadah , riadah dan  zikrullah secara membaca wirid2 samaada di mulut atau di hati . Antara qaedahnya ialah penyucian 7 latifah , kerana latifah2 tersebutlah yg dikatakan menjadi punca kepada sifat2 buruk manusia .  Di peringkat yg lbh tinggi  mereka sampai kepada amalan kerohanian disebut tawajjuh . Mereka tidak menggunakan rasa sebagai alat zikir dan tiada mikraj .  Mereka tidak bermursyidkan Ruh atau Ruhani .  Objektif kumpulan tarikat ialah untuk menyucikan jiwa dan naik ke makam2 yg lbh tinggi . Akhirnya mereka mengharapkan Makrifatullah .

Aliran ketiga ialah aliran konsentrasi .

Aliran ini biasanya menggunakan rasa sebagai alat untuk konsentrasi .  Mereka berusaha untuk konsentrasi ke bahagian tengah  ( wusto ) dada , dan seterusnya ke atas iaitu kpd Allah yg istiwa di atas Arasy . Apabila mata batin menjadi lbh terang ,  mereka akan gunakan mata batin untuk tawajjuh disamping menggunakan rasa untuk konsentrasi dan mikraj . Matlamat mereka ialah makrifat , kerana mereka mencintai Allah dan ingin bertemu denganNya .  Apabila makrifat sudah dicapai maka barulah ibadah menjadi benar2 sempurna .

Aliran konsentrasi ini tiada menggunakan perantara antara mereka dengan Allah swt  , tetapi terus shj kpd Allah . Mereka hanya mengharapkan pertolongan Allah swt dan tidak mengharapkan mana2 makhluk dialam ghaib untuk mendekatkan mereka dgn Allah . Persamaan antara aliran tarikat dan aliran konsentrasi ialah kedua2 aliran ini mencari ilmu hakikat dan makrifat dan kedua2 aliran tersebut berusaha mencapai makam2 yg tertinggi dengan zikrullah . Akan tetapi pemahaman mereka tentang amalan zikrullah itulah berbeza .

Apakah perbezaan2  aliran konsentrasi dengan aliran tarikat ???

1 ) tiada organisasi yg besar seperti aliran tarikat kerana perkembangan kerohanian mereka adalah berdasarkan ilmu dan usaha masing2 .

2 ) tiada salasilah ilmu yg bersambung2 lbh dari seribu tahun hingga kpd Nabi g saw , tetapi dasar ilmu mereka ialah pemahaman al Qur'an dan hadith .

3 ) mereka tiada wirid2 atau bacaan2 tertentu . Bagi mereka selagi setiap amal saleh yg disertai ingatan atau konsentrasi kpd Allah adalah baik dan amal yg tiada ingatan kpd Allah adalah buruk .

4 ) tumpuan riadah mereka ialah berlatih konsentrasi , menumpukan kpd Allah dan bertawajjuh kpdNya apabila mampu . Latihan itu mereka lakukan samaada secara sendirian atau berjamaah , dan kemuncak ingatan mereka kpd Allah ialah ketika solat dimana mereka berusaha agar ingatan mereka kpd Allah ketika itu tidak terputus .

5 ) praktik kerohanian bercirikan israk dan mikraj .

6 ) mereka hanya berniatkan :  hendak bertemu Allah . Tiada hasrat yg lain . Mereka juga menolak penawaran2 yg selain dari makrifatullah .

7 ) tiada perantara antara mereka dgn Allah untuk mencapai makrifah . Perjalanan kerohanian dilalui secara solo tanpa bantuan makhluk . 

8 ) aliran konsentrasi ini memahami perbezaan antara jiwa dan ruh yg ditiup . Tugas jiwa ialah untuk mengenal dan berbakti kpd Allah swt .  Akan tetapi Ruh atau Ruhani pula ditiupkan Allah sebagai pembimbing kpd manusia .

9 )  Mereka selalu memberi tumpuan kepada hati sebagaimana yg selalu disebut sebagai isra' , wukuf qolbi , solatul wusto atau khusuk hati ingat kpd Allah .

Aliran filosofi menggunakan minda atau aqal untuk mencapai maqam hakikat . Ada pula yg  terbenam dlm faham wahdatul wujud . Kesan dari itu Ada sebahagian mereka pun memandang rendah atau meringan2kan syariat . Alasan mereka antara lain ialah kerana tujuan syariat ialah untuk mencapai hakikat . Itulah yg benar2 berarti dlm kehidupan ini . Alasan kedua mereka ialah siapa yg menyembah dan siapa yg disembah ?

Aliran tarikat dan dan aliran konsentrasi juga dapat mencapai kefahaman ilmu hakikat secara pengalaman kerohanian , dan mereka juga dapat terkeliru pada apa yg mereka lalui . Setelah ratusan tahun ilmu tasauf berkembang , aliran filosofi dan aliran2 lain sudah saling berinteraksi antara satu sama lain . Sebab itu tidak hairanlah jika ada penganut2 dari aliran tarikat juga mempunyai kefahaman wahdatul wujud yg sgt popular dikalangan aliran filosofi . Perbezaannya ialah aliran wahdatul wujud di dlm aliran tarikat itu tidaklah meringan2kan syariat .

Jika kita teliti kesemua aliran tasauf ini , kita dapati niat asal mereka adalah baik iaitu untuk mendapat kesempurnaan Iman .  Ada yg menggunakan kekuatan fikiran dan ada yg guna kekuatan kerohanian . Untuk berada dijalan yg lurus , maka hendaklah al Qur'an dan hadith Nabi Muhammad saw  dijadikan pegangan dan panduan. Ayat2 yg sudah jelas tidak perlulah ditokok tambah atau dikias2kan kerana Allah lbh mengetahui . Terima shjlah dengan penuh kerelaan apa2 shj yg Allah turunkan . Bukankah Allah lebih mengetahui ??

Comments

Popular Posts