NUR MUHAMMAD, INDERA BATIN DAN DIMENSI ALAM

NUR MUHAMMAD, INDERA BATIN DAN DIMENSI ALAM

NUR MUHAMMAD

Kisah Nur Muhammad adalah berkaitan sejarah kejadian semua makhluq. Terlampau banyak kekeliruan dan perselisihan tentang perkara ini, dan oleh itu ada baiknya kita renungkan sekali lagi konsep Nur Muhammad tersebut agar ia dapat menyatukan kembali ummat Islam yang saling terpisah.

Ada satu hadith Nabi saw yg dipertikaikan kesahihan periwayatannya berkaitan Nur Muhammad . Ia didipertikaikan kerana masaalah pada perawinya ( sanad )  , bukan pada isi ( matan ) . Hadis itu ialah tentang Nur Muhammad sebagai penciptaan yg pertama , dan semua makhluk Allah yg lain diciptakan dari Nur Muhammad .

Beginilah kupasannya :
Makhluq yang paling mula dicipta oleh Allah adalah Nur Muhammad = Nur yang terpuji dari Nur Jamal Allah SWT. 
((Nur Jamal Allah bukanlah zat Allah , bukan WajahNya . Nur Jamal bermakna cahaya keindahan )).

Nur Jamal   Allah adalah sifat-Nya . Sifat tidak semestinya melekat dengan zat . Ada sifat yg tidak melekat dengan zatnya . Contoh : besi yg panas membara , sifat panasnya itu dapat dirasakan oleh jari kita walaupun jari itu jauh dari besi . Begitu juga panas matahari .

Sewaktu Jibril mikraj bersama nabi , Jibril ridak dapat melepasi satu tahap kerana tidak mampu bertahan dengan Nur-Nya .

Dari Nur yg indah inilah diciptakan makhluk tahap pertama iaitu dipanggil Nur Yang terpuji . Kenapa terpuji? Kerana ia kenal kepada Allah dan beriman kepada Allah . Nur terpuji ini terus menerus bertasbih kepada Allah dan mentauhidkan Allah .

Dari makhluk yang pertama inilah diciptakan segala makhluk yg lain , samaada arasy , kursy , malaikat , jin , manusia , langit , bumi , jiwa  dan lain-lain . Artinya , tubuhnya segala makhluk tersebut dibentuk dari Nur Muhammad , kerana itu tubuh makhluk itu sentiasa bertasbih kepada Allah , tanpa kecuali , samada makhluk yg taat atau yg maksiat , tubuhnya sentiasa bertasbih kepada Allah .

Nur Muhammad itu masih ujud dan terus bertasbih kpd Allah . Cara mengetahuinya ialah buka indra batinmu dan teruslah dengar semua puji-pujian indah dari sekalian makhluk itu .

Al-Hadid : 1   سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ  Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Itulah Nur Muhammad yg bertasbih . Meja itu dicipta dari Nur Muhammad , maka ia terus menerus bertasbih , tetapi hanya dapat didengar oleh telinga hati. Telinga kasar tidak dapat mendengarnya. Malangnya kebanyakan telinga hati sebenarnya telah tumpul kerana terlampau lama tidak digunakan.

Biasanya telinga hati kanak-kanak masih sangat baik . Begitu juga  , telinga batin orang yang hampir meninggal dunia akan dapat melihat tempatnya kelak samaada bahagia atau celaka . Indra batin orang yg berbakat juga sangat baik , walaupun mereka bukan ahli ibadat . Mungkin atas faktur keturunan  .

Mengkaji indera batin adalah serupa macam sains diri kita sendiri yg jika kita faham dan tahu tekniknya maka ia sangat berguna dalam kehidupan . Ilmu mata batin , bagaimana kaedah yg betul menggunakannya dan lain-lain bukanlah syariat . Ia adalah salah satu alat dalam kehidupan kita ini yg dapat membantu membaiki agama kita .

Janganlah terus menuduh orang yang percaya kepada konsep Nur Muhammad itu semuanya sesat . Mereka hanya sekadar percaya dari bahan apakah diciptakan semua makhluq ini. Kita pun melalui kajian sains telah percaya bahawa setiap jisim itu terbentuk dari atom yg sangat banyak, dan atom pula terbentuk dari tenaga nuklear yg sangat kuat.

Ia adalah sekadar perbezaan pendapat dalam memahami alam makhluq sahaja. Ada yg kata hadis itu daif , tetapi percaya kpd konsep Nur Muhammad tadi tidaklah menjadikan seseorang itu musyrik selagi ia tidak menjejaskan ubudiah atau tauhid kpd Allah . Yang salah pula ialah apabila dikatakan Nur Muhammad di ciptakan dari Zat Allah !

Ada juga orang yg berfaham bahawa diri batinnya ialah Nur Muhammad atau Nur terpuji . Oleh sebab itu , dia tidak akan diazab dihari hari akhirat nanti . Dia berhujah , masakan Allah akan mengazab Muhammad yang terpuji . Ini pun fahaman yang salah . Disebabkan fahaman seperti inilah maka penganutnya beranggapan tidaklah ada apa-apa bahaya jika mereka melakukan maksiat kepada Allah, kerana hakikatnya mereka adalah Nur Muhammad . Bukankah Allah sudah menyatakan dengan sangat terang bahawa di akhirat nanti ada orang yg bahagia dan ada orang yg celaka .

INDERA BATIN

Indera batin dinamakan juga ilmu kasyaf ghaib , iaitu indera untuk melihat atau mengesan alam yg lebih tinggi dari alam dimensi ke4 atau alam jisim . Indera batin ini boleh dipelajari dan mungkin juga datang secara sepontan sahaja , maksudnya indera batin tanpa belajar .

Indera batin tanpa belajar tu macam apa yg dilihat dan didengar oleh orang yg hampir mati , ketika cerebral cortex menjadi lemah kerana kekurangan bekalan darah dan zat makanan atau ia telah di kalahkan oleh emosi yg terangsang di sistem limbik di dalam otak. Pada waktu itu ia akan melihat dan mendengar bermacam-macam perkara pelik . Orang yang baik sewaktu kehidupan di dunia Insya Allah akan di bantu oleh Allah . Orang yang memang sudah belajar bab ini, mungkin menghadapi saat itu dgn lebih mudah kerana lebih faham situasi tersebut, tetapi tentulah semuanya itu dengan izin Allah jua . Kita hanya berusaha ..Allah yg menentukan..

Alam dimensi non-material yang bebas dari rupa dan bentuk yang di diami oleh jin adalah sukar untuk ditembusi oleh manusia yang tersekat oleh sempadan alam material. Ada ketikanya di mana manusia itu sama ada dengan sengaja atau tak sengaja boleh melepasi sempadan yg memisahkan kedua-dua alam ini. Dalam keadan yg tidak bersedia, seseorang itu boleh jadi sasau & sukar mengawal keadaan, di mana dia tidak punya persediaan ilmu atau pengalaman untuk berhadapan dan memahami apa yang berlaku di alam dimensi yang lain itu.

DIMENSI ALAM

Dimensi bermaksud darjat atau tahap alam.

Dimensi keempat ialah alam jisim atau alam kasar.

Alam jin dan iblis itu pula dipanggil alam dimensi ketiga. Di alam itu ada bentuk dan warna . Ada bau , ada cantik dan ada hodoh . Tetapi ukuran mereka tidak rigid seperti di alam dimensi ke4 , iaitu alam kita ni .

Dimensi kedua ialah alam  malaikat. Ia lebih tinggi dari darjat dimensi ketiga, iaitu alam jin , iblis , bunian , jembalang , hantu raya dan lain-lain.

Dimensi pertama ialah alam ketuhanan yang juga dipanggil alam lahut. Ia Esa , tapi bersifat infiniti. Yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa berada di dimensi ini. Ia tidak terikat dengan masa dan tempat , malah masa dan tempat juga adalah ciptaan-Nya . " Katakanlah, dialah Allah Yg Maha Esa, Allah as Syomad, Tidak beranak dan tidak di peranakkan, Dan tiada apa pun yang seimbang dengan-Nya ( al Ikhlas : 1-4 ) .  Dimensi pertama itulah yang  mempunyai hakikat keujudan . Yg ke 2 hingga 4 itu dicipta oleh Allah yang merupakan KEUJUDAN DIMENSI PERTAMA. Keujudan makhluk dan seluruh perjalanan hidup mereka, semuanya bergantung kepada Allah , yang diistilahkan sebagai DIMENSI PERTAMA .

Lihat ..ini makhluk dimensi ke 4

M = mass atau jisim , jisim kelihatan sebagai satu zat yg ujud , tetapi ..
E = energy , adalah tenaga atau kekuatan , atau daya  = adalah suatu sifat
Dan E = M x C xC  
atau Mass/ jisim adalah bersamaan dengan Tenaga / kelajuan cahaya diganda dua.

Jadi mass atau jisim kita dan alam ni , bukankah hakikatnya hanyalah energy atau tenaga yg dimampatkan oleh Yang Maha Pencipta hingga kenjadi atom-atom yang tidak terkira banyaknya ??

Dimensi pertama  itulah as Syomad , iatu zat pergantungan makhluk , yang mana makhluk itu adalah sifat-Nya .
Dari manakah asalnya semua tenaga ini , yang dimampatkan menjadi jisim alam kasar yang begitu luas terbentang kalau bukan tenaga yang berasal dari Allah atau kepunyaan Allah ?  Bukankah kita kata : ' Tiada daya dan upaya melainkan kepunyaan Allah atau pada Allah SWT . La haula wala quwwata illa bilLah ? '

Sekalian atom yang bisa ditukarkan menjadi tenaga yang begitu besar yang tidak terukur besarnya oleh kita , dan segala tenaga yg memang berupa tenaga seperti tenaga kinatik , elektromagnet , tenaga pada gelombang , haba dan sebagainya adalah hakikatnya Sifat ALLAH jua , tiada yg lain .

Daripada tanah kita diciptakan , dan kita di berikan jiwa yang merupakan gabungan akal , angan-angan dan hawa nafsu , dan dibekalkan penglihatan , pendengaran sebagai indera pencerapan , dan fuad / qolbu sebagai raja.

Janganlah kita mengatakan kita diciptakan dari zat DIA .Atau Nur Muhammad di cipta dari Zat DIA . Atau oleh kerana batin manusia itu dicipta dari Nur Muhammad , maka ia tidak akan diazab jika melakukan maksiat .  Atau kita ini pada hakikatnya ialah ZAT ALLAH . Semua itu adalah salah dan tersesat .  Al-Mulk : 2

الَّذِى خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيٰوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, Tugas kita ialah mengabdi kpd Allah swt  (  as Zariat : 56 )

Comments

Popular Posts